*****
Motor Zaim diparkir. Senyum Syakir terukir, gigi bersusun menampak. Meja dipenuhi makanan. Sate cucuk diasing ayam dan daging. Nasi impit, potongan timun dan bawang menambah ceria warna. Kuah kacang sebagai gandingan. Air Sirap ais dan Teh ais melengkap. 'Menda banyak-banyak gini, sape nak bayar?' Gurau Zaim. Tangan Syakir yang asal nya dihulur untuk bersalam diganti dengan genggaman dan tumbukan ke bahu Zaim pemula sapa. 'Tak luak la sial duit kau!' Bentak Syakir. Zaim senyum sambil melabuh punggung ke kerusi. Lama tidak bergurau bersama kawan karib nya. Mungkin malam yang panjang. 'Ane, nescafe ais 1.' Pesan Zaim sebagai bersedia untuk bersengkang mata. Esok Sabtu, jangan sia-siakan hari cuti.
*****
2AM. Badan Zaim dijatuhkan ke katil. Penat, tetapi caffein menghalang mata melelap. Nyesal Zaim. Bilik bergelap. Kunci kereta yang diberi Syakir dibelek. 'Betul ke ni?' Cakap Zaim seorang.
******
'Nah kau amik kunci kereta aku ni, bak sini kunci motor kau. Balik ni kau bawak kereta aku. Motor kau aku bawak. Kau pergi la balik kampung jumpa nenek sane. Duit banyak ape ade hal. Kau pun dah lama tak balik kampung, pasal kerje kau rileks, amik je cuti seminggu. Kalau bos tak bagi pun pedehal, dia dah bagi bonus. Kau cabut je la. Bukan tak de kerja dah kat Malaysia ni.' Pujuk Syakir. Nenek yang riang, manis. Nenek kepada Syakir. Rapat. Zaim dilayan bak cucu sendiri. Pengganti nenek sendiri yang lama tiada, merasa ada. Syakir yang dikenali lebih 5 tahun, tidak lokek mengenal keluarga nya. Tiada ibu, meninggal ketika usia Syakir belasan tahun, hanya tinggal bapa dan adik perempuan nya. Kembali merasa kasih sayang ibu baru berselang 2 tahun selepas ketiadaan ibu kandung. Walau kekok pada awal nya tetapi kian terima memakan masa. Tetapi tidak mampu mengganti kasih sayang ibu kandung yang telah berjumpa Pencipta. Hanya nenek yang mampu mengubat rindu, cermin kepada ibu yang tiada.
*****
Zaim terlelap tanpa pinta, tanpa paksa. Sunyi.