Perempuan

112 2 0
                                    

'Weh pendek, weh!' Kalut Zaim mengegar Rashid. Mata pejam membuntang luas. 'Pahal, pahal?' Cemas Rashid menjawab sambil bingkas bangun dari baring. 'Tuhan suruh aku kejut kau sembahyang Subuh!' Lantas bibir Zaim dijuih kearah jam didinding, '6:25' berdetik. 'Cilake!' Ringkas bersulam marah. 'Kahkah!' Gelak Zaim bak gila. 'Bangun-bangun, Allah cabut nyawa kau aku tak tahu, haaa!' Sambung Zaim.
****
Zaim merasa seperti panas di punggung, celah kelengkang. Mata nya dibuka, muka diteleng dari tiarap. Terenjat Zaim lalu bangun melihat Rashid nyala api lighter di tangan. 'Kahkahkah!' Rashid bergelak meniru gaya Zaim awal pagi Subuh tadi. 'Bugima!' Jelas marah Zaim. 'Ha tadi Subuh kemain hang hingaq macam nak kiamat, ha rasa!' Seloroh Rashid, dendam berbalas. 'Ketik ketik' lighter dipetik, pancar muka puas. 'Bangkit la woi, nenek panggil makan!'. Berlalu Rashid keluar bilik sambil bersiul berlagu. 'Adoiii!' Teriak Rashid yang belum sempat melangkah keluar, dimuka pintu sambil kepala nya dipegang. Terus mata mencari kearah barang yang jatuh kelantai selepas berlaga dengan kepala nya. Lighter. Mata Rashid mengerling. Dua-dua jari tengah Zaim menegak, menunjuk megah. Berbalas. Sengih puas, gigi menampak.
****
'Assalamualaikum Nek Cu.' Seakan merdu, lembut. Suara menyentak Zaim. Rokok yang dipegang hampir saja ingin dibuang, terasa ingin saja berlari kearah suara. Tetapi kewarasan Zaim masih berbaki, 'Selamat la aku tak pi buang hang, dah la mahai, baru bakaq suku. Main gila haih!' Bercakap Zaim sendiri. Harapan Zaim biarlah, nenek ada didapur mungkin. Rokok nya kembali disedut, dalam. Belum sempat asap rokoknya dihembus, suara tadi kembali mengulang, sama. Salam yang awal nya tadi tidak bersahut. 'Haish, nak dibuang sayang.' Bara rokok nya dimatikan, memasang niat ingin menyambung.
****
Berlari Zaim dari pintu tangga hadapan rumah menuju ke dapur, dari suara yang memunca. 'Waalaikum........salam!' Zaim menggagap. Keliru. Ingin diteruskan jawapan salam atau mendiam menikmati wajah gerangan di depan nya. Tetapi adat mengajar, diterus menjawab walau menggagap. Bibir Zaim terukir senyum, kembali berbalas senyum.

'Nek cu mana? Dia ada?' Sungguh merdu suara, menyaingi ayu diwajah. Senyum. Keadaan menyepi, Zaim membisu seketika. 'Ekh my baby ada, lah kenapa tak masuk ni baby, kenapa tercegat je depan pintu ni baby girl. Ni kan rumah hang jugak, ekh you.' Muncul Rashid dari arah belakang. Baru pulang dari kedai runcit, memimpin plastik merah di tangan. Khayalan Zaim tersentak bak suara Rashid. Bingit, geli. 'Eee ang ni geli la. Aku mai ni nak bagi ni ha, kueh untuk Nek Cu, untuk hang dan hang, hmm kalau cukup.' Zaim geli hati melihat telatah si dia. Senyum sendiri. 'Ang plak dah kenapa sengih-sengih, gila?' Si dia membahasakan Zaim. 'Kahkahkah!' Rashid berdekah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zaim, Lalat.Where stories live. Discover now