DILB - BAB 2

2.4K 26 4
                                    

BAB 2

IT NEEDS two persons to have one...

Perempuan tak kahwinpun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya , yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Issy...mesti ada jalanlah...

Dewi serius! Walau dengan apa carapun, Dewi tetap untuk punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda. Anak yang lebih comel dan lebih bijak dari Nina! Eda dengan Idham tidaklah sepandai Dewi. Sebab itu Dewi yakin anak dia lagi pintar. Itu fakta tau, gen yang bagus akan meghasilkan keturunan yang terbaik. Titik! Fakta yang selalu dicebik Si Eda.

Laju jemari Dewi bermain tetikus komputer menghalakan kursur mencari laman sesawang berkaitan.

"Yes! Yes!" Bibir Dewi senyum lebar .

*********

KLINIK Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Doktor Shanti.

" GIFT, sperma lelaki dicantumkan dengan telur perempuan dan dimasukkan ke salur falopian sejurus selepas itu, yang kemudiannya janin akan membesar selama sembilan bulan lebih dalam rahim seperti biasa. Ataupun boleh buat dengan kaedah IVF, In Vitro Fertilization , telur dan sperma dicantumkan di makmal dalam jangka waktu tertentu sebelum dimasukkan ke dalam rahim wanita untuk tumbesaran janin"

Dewi terangguk-angguk mendengar penerangan Doktor Shanti. Jelas dia faham. Lagipun, apa yang dikatakan oleh doktor tersebut sama sahaja dengan apa yang dibacanya dalam internet.

Kedua-duanya kaedah Bayi Tabung Uji, Dewi rasa inilah jalan terbaik baginya . Tak perlu kahwin. Tak perlu untuk hambakan diri pada spesies bernama lelaki , tak perlu sakit-sakit hati, tak perlu seksa perasaan seperti apa yang dialami ibu dan Eda. Dia serik ! Go to hell Mr Husband! Hulalala...I'm gonna to be a single mother soon! Without married! Never!

"Kenapa tak datang dengan husband you? Lagi mudah kerja kalau both of you faham dan jelas dengan procedure" Tanya Doktor Shanti dengan tiba-tiba.

Dewi angkat muka untuk pandang wajah doktor di awal empat puluhan di hadapan dengan sedikit rasa bengang. Ahaks...keluar juga soalan yang tak ada kaitan dengan hidup Dewi. Ingatkan orang melayu je yang selalu busy body .Mahu ada doktor yang hilang kena telan karang!!

"I am still single. No husband" Jawab Dewi jujur dan penuh yakin. Patut bangga apa, perempuan yang masih single dan virgin sanggup mengandung dan nak jadi ibu pada keturunan sendiri.

Doktor Shanti membalas pandangan mata Dewi dengan gaya semacam. "So, why have you been here?"

"To have a baby without husband !" Kata Dewi , masih dengan gaya yakin.

"Who said you can do it here? You are Muslim right? We have to follow the rules. Yang belum kahwin tidak dibenarkan. GTF and IVF hanya untuk legal couple".

"Owh...like that ha?" Dewi tak tahu pula ada undang-undang bagai. Kenapalah dia tak terfikir sebelum datang sini. Itulah...selalu sangat puji diri tu bijak pandai, tahu segala benda, kan dah kantoi...kena bantai dengan orang bukan Islam lagi.

"Kalau you nak anak ,why not pergi kahwin then buat anak seramai yang you mahu. Semua you akan dapat, happiness, peluk husband. Owesome you know , bukan setakat dapat anak sahaja..." Doktor Shanti ketawa di hujung kata-katanya. Sebentar tadi Doktor Shanti rasa hendak marah pada Dewi, tapi dapat bertolak ansur bila sedar mungkin Dewi tidak tahu prosidur sepenuhnya. Iyalah kan, jangat ingat semua orang tahu apa yang dia tahu. Ini bidang dia, tentulah dia menguasainya tetapi tidak sama dengan individu lain .

DIA...ISTERI LUAR BIASAWhere stories live. Discover now