BAB 8

1.3K 14 2
                                    

Mengarut! Mengarut betul la kak long ni. Suka sangat interfere hal-hal perasaan dan masa depan adik-adik dia. Tak ke dia faham, setiap individu ada pilihan dan citarasa sendiri. Tahulah kak long dulu kahwin dengan abang long atas pilihan keluarga, walaupun dia sudah ada pilihan sendiri secara diam-diam di universiti. Kak long saja je nak balas dendam , kalau dia kena ikut kehendak keluarga, adik-adiknya pun wajib ikut.

Dan kak long terlalu konservatif ,kata dia sahaja yang betul . Okey, Radin Amzar tidak nafikan yang Nurul Fateha tu sangat sempurna, perfect tapi naluri lelakinya berat saja untuk terima. Rasa tak ngam , tak ada kuasa tarikan kutub utara kutub selatan , tak ada aura pelik-pelik yang mengancam, tak buat jantungnya bagai nak luruh!

Tak ada 'chemistry', kata orang la la ni...

Rasanya spesies seperti Nurul Fateha tak serasi di jiwa dia. Awal-awal lagi dia rimas!

Contohnya masa dalam perjalanan, teman Nurul Fateha sempat tegur fasal ring tone telefon.

"Err...nanti Tiha bolehlah tukarkan ring tone abang ngah ya? Tone yang best sikit" Tak teragak-agak lansung kawan Nurul Fateha bersuara dari kerusi belakang , memecahkan suasana bisu mereka berempat dalam kereta.

Tiba-tiba Radin Amzar rasa jengkel semacam. Apa hal? Tiba-tiba memandai-mandai ? Ayat budak tu buat Radin Amzar rasa geli geleman, Ber abang ngah bagai, ada juga tak 'malu'nya kawan gadis baik ni ya.

Radin Amzar terus diam, buat-buat tak dengar. Tapi sempat juga lihat melalui cermin pandang belakang , Nurul Fateha jeling-jeling manja pada kawannya. Owh...dia pun setuju dengan ayat gedik kawannya tu. Eei...tak kuasa...

Azam di sebelah merah muka menahan gelak. Hehe...padan muka abang ngah! Gua cakap lu tak percaya...kan dah kena perli. Tak guna ada handset canggih, kalau tak reti apply.

"Abang ngah berangan!" Azam tepuk bahu Radin Amzar. Terkekeh-kekeh dia ketawa .

Radin Amzar tersentak, terkejut. Eh, dah lambat, terkocoh-kocoh dia bangun dari sofa menuju pintu.

"Abang ngah lawa-lawa nak ke mana? Ikut!"

"Eh, tak payahlah. Abang ngah tapau makanan nanti !"

Azam degil, cepat-cepat dia kunci pintu rumah, lalu lompat ke kerusi penumpang di hadapan. Radin Amzar tak terkata apa. Nak tolak keluar tak sampai hati pulak. Alamat rosaklah date dia malam ni!

Date? Bukan datelah! Cik Dewi Bravo ajak makan malam di restoran nasi ayam dia je. Dia suruh angkut anak isteri sekali, nak belanja satu keluarga . Hehe..mana nak cari anak bini? Budak bedebah ni adalah! Pengacau besar...

Eh...muka Radin Amzar ni macam muka bapak orang ke?

Jatuh saham!

"Abang ngah sejak menyimpan pakaian ghairah tu, perangai semacamlah! Asyik sampai ke bulan bintang jer..."

"Pandailah kau Zam, bulan bintang je? Kenapa tak sebut nama semua planet yang kau belajar kat sekolah? "

"Nak juga , tapi malam ni semua nama terlupa. Eh , abang ada date ya ?"

"Nanti jumpa kawan abang , jangan buat perangai bukan-bukan, malu satu keturunan je"

DIA...ISTERI LUAR BIASAWhere stories live. Discover now