DILB : BAB 4

1.6K 19 0
                                    

BAB 4

TANYA pada hati, apa mahunya...

Selepas blind date dengan Cik Kem atau lebih tepat lagi Encik Kamarul Baharin di Saloma Theatre Restaurant, Dewi terus memerap di kondominiumnya di Mount Kiara . Dua hari dia tak tengok matahari. Langsir bilik dia tarik rapat-rapat supaya tak ada sikitpun cahaya boleh masuk. Marah pada matahari , sedangkan yang sebenar-benarnya hati dia sangat-sangat panas pada Encik Kamarul Baharin tu.

Hanya Si Encik Kamarul tu sahaja yang tahu pelan Dewi untuk dapat anak melalui suami sementara, sedangkan Edapun tidak tahu apa-apa. Encik Kamarul tu yang janji carikan 'suami' yang sesuai untuk Dewi, alih-alih dia yang beria-ia offer diri sendiri selepas puas main-mainkan Dewi dengan sepuluh stok yang tak boleh dipakai . Malangnya stok lelaki yang terakhir tu lagilah yang paling tidak berguna!

Selama ni, Dewi ingat Kamarul tu ikhlas berkawan dengan dia tanpa ada ikatan perasaan. Rupanya dia silap! Kamarul tu awal-awal lagi sudah jatuh suka pada dia. Pura-pura jadi separuh lelaki semata-mata untuk mendekati Dewi. Bodohnya Dewi sebab tidak perasan dengan semua tipu helah Kamarul. Memanglah Kamarul tu acapkali kata dia suka Dewi, dan ada juga hint-hint, tapi Dewi ingat semua itu hanyalah gurauan. Tak terjangkaupun dek akalpun yang semua ni serius!

Petang tu, Dewi tinggalkan Encik Kamarul dan lamarannya dengan mendaratkan segelas air kosong ke muka lelaki itu. Kelihatan macam sangat zalim dan sangat sombong, tapi semua orang tak tahu betapa sakitnya hati Dewi dipermainkan lelaki itu!

Putus kawan! Putus business! Putus semua! Dewi tak kira! Lagipun Dewi tak pernah hutang dia apa-apa.

Ada 59 SMS dari Encik Kamarul , selepas Dewi menghidupkan semula talian telefon bimbitnya. Kebanyakan berayat sama sahaja 'Maafkan aku Dewi, aku betul-betul sayangkan kau'. Malas Dewi nak baca kesemua 59 tu. Geli geleman. Panggilan tidak berjawab ada 109 semuanya, dan 89 daripadanya adalah dari orang yang sama, selebihnya dari pejabat dan Eda. Dewi sentuh jari ke paparan nama Eda.

"Ya Allah Dewi, kau okey ke? "

"Okey je. Kenapa?" Dewi, kalau dengan Eda, tak pernah dia tak okey, sebab Eda tu perempuan lemah, jadi dia mesti kuat di mata Eda.

"Si popcorn la, bising tanya mana Mama Dewi, bosan katanya. Satu lagi , rumah ni asyik kena ganggu dengan Cik Kem , macam orang gila dia cari kau Dewi".

"Kau bagi alamat baru aku ke pada dia?"

Eda tergelak. "Manalah aku tahu. Nina je yang pernah ke situ..."

Dewi lega. Nasib baik si popcorn tu belum cerdik untuk hafal alamat kondonya. "Jangan pecah rahsia. Dia tu tengah kemaruk nak kahwin dengan aku..."

"Hah! Baguslah tu, kaupun tengah merancang ada anak sendiri. Macam mengantuk disorong bantal la nampaknya..." Eda gelak.

"Edaaa...kau nak kena maki dengan aku ke?"

"Opps...sorry..." Eda mengalah. Dia sendiri kadang-kadang tak faham kehendak kawannya, walaupun dah lama mereka berkawan. Biasanya, dia akan sentiasa mengalah pada Dewi. Jika tidak , sudah tentu persahabatan mereka dah lama terkubur. Tapi Dewi seorang kawan yang baik dan amat mengambil berat. Tanpa Dewi, mungkin dia sudah merempat dibuang suami. Selama ini, susah payah Eda, hanya Dewi yang sudi membantu. Keluarga sendiripun tak ambil kisah.

"Aku nak pinjam Si Popcorn tu lepas sekolah nanti eh?"

"Kau ambil di tadika ke?"

"Yup"

"Jangan toucher anak aku lebih-lebih..." Pesan Eda.

Yeah... Dewi nak lupa sekejap pelan 'suami sementara' yang lintang pukang dan lebih-lebih lagi nak lupa terus fasal Encik Kamarul yang mabuk cinta tahap gaban. Pada Dewi ,Si Encik Kamarul lagi bahaya dari spesies Idham. Bayangkan, untuk dapat cinta Dewi , dia sanggup putar alam bagai, kalau dia tak suka Dewi nanti...seribu satu cerita dia boleh reka. Ampun...

DIA...ISTERI LUAR BIASAWhere stories live. Discover now