BAB 6
SETIAP yang berlaku, ada rahsia tersurat...
"Apa ni abang ngah?" Buntang mata Azam, adik sepupu Radin Amzar. Tangan dia laju tarik sehelai 'sotong' serta seluar kecik warna merah dari beg laptop , dilayangkan di hadapan muka abang sepupunya yang masih mamai terbaring lesu kerana jet lag . Niat untuk keluarkan laptop Radin Amzar terpesong bila lihat khazanah-khazanah pelik ada bersama dalam beg tersebut. Yang itu lebih menarik perhatiannya.
Radin Amzar terus melompat dari katil. Terkejut sangat dia dengan apa yang dilihat. "Reta siapa ni Zam? Macam mana ada dalam beg abang ngah?".
Azam ketawa ."Buat-buat tanya kita pula? Kalau duk dalam beg abang ngah ni, takkan girl friend Azam punya kut?". Azampun rasa pelik juga. Abang sepupu kesayangannya masih bujang trang tang-tang, orang baik-baik, pandang perempuan pun tak nak kalau tak terpaksa, takkan ada hobi baru kumpul benda-benda begini . Hahaha.
"Bukan abang ngah punyalah! Gila ke apa abang nak pakai benda-benda ni..." Terus dia sambar beg sandang di tangan kanan Azam dan punggah segala isi didalamnya keluar. Berdebar-debar dada. Terbeliak mata Apa dah jadi ni?
"MasyaAllah... bukan beg laptop abang ngah ni Zam!" Terduduk Radin Amzar di birai katil. Sungguh dia tak sedar beg yang disandang dari perut kapalterbang hingga dicampak ke kaki katil sebaik sampai semalam bukan miliknya.
"Habis , beg siapa yang abang rembat?" Azam duduk atas lantai ,terpegun mengadap barang-barang yang dilambakkan abang sepupunya. Macam-macam ada, selain laptop dengan harta-harta 18sx, ada sebuah organiser dan beberapa fail plastik yang berisi dokumen .
Radin Amzar mengeluh . "Habislah abang ngah macam ni..." Dilurut rambut ke belakang beberapa kali. " Semua dokumen-dokumen abang ngah ada dalam beg dan laptop tu. Serba mak nenek di situ. Gone!".
Panik. Apa tidaknya, laporan kajian projek dan persidangan yang dihadiri perlu disiapkan segera . Minggu depan dah kena hantar pada pihak universiti dan kementerian. Kebanyakan data-data kajian ada dalam laptop itu. Ya Allah...apa dah jadi ni?
"Fuhh!" Dia melepaskan keluhan lagi. Muka di raup-raupnya. Habis kali ini!
"Rilek...rilek la abang ngah. Cuba fikir, tertukar dengan siapa ? Mesti perempuan punya ni..." Azam cuba menenangkan . Dia dah capai organiser hitam atas lantai, kalau-kalau dapat membantu. " Cuba ingat balik...awek cun mana yang abang ngah nak tackle sampai terambil beg dia..."
Lama Radin Amzar diam berfikir . Mungkin tertukar dengan si dia. Terlintas di mata senyuman manis Cik Bravo kali pertama dan terakhir untuknya sebelum mereka berpisah. Selepas dia menghulurkan beg sandang yang dia tolong ambil dari tempat barang, setelah lihat gadis itu terkial-kial mencari. Masa tu dia ingat jantung dah gugur, dan kepala langsung dah tak dapat fikir apa-apa .
"Abang ngah rasa abang tahulah bertukar dengan siapa" Terus dia rampas organiser dari tangan Azam.
Tergamam Azam dengan tindakan kasar abang sepupunya.Sekejap kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Geli hati teringat abang sepupunya yang tak pernah berdunia dengan perempuan , boleh angkut 'sotong' merah balik rumah. Kalau Kak Long Zahra tahu hal ini ,tentu ribut. Apa-apa je abang ngah ni...
**********
DEWI yang baru sampai ke pejabat terus mengadap dokumen-dokumen yang bersusun atas meja untuk tindakan segera. Satu mingu outstation, sebanyak tujuh hari jugalah segala kerja berlonggok di hadapan sekarang. Cek-cek untuk pembekal bahan mentah perlu ditandatangan kerana sudah agak terlewat dari jadual pembayaran. Sebelum ada yang mengejarnya, lebih baik diselesaikan segera. Duit maa..orang dungupun tahu nilainya, inikan pula orang berniaga yang obsess dengan perkataan 'untung, untung'.
YOU ARE READING
DIA...ISTERI LUAR BIASA
RomanceKarya ke-4 Umie Nadzimah Dia...Isteri Luar Biasa Penulisan2U Adaptasi : Slot Akasia TV3 , 2015 Boleh dibeli online di www.karyaseni.my , dalam bentuk e-novel di e-sentral. Sinopsis SINGLE is simple, double is trouble... Itu moto hidup Dewi Yusra...