BAB 3
POKOK pangkalnya HATI, kalau ia menolak, semua tak menjadi...
Calon pertama yang diperkenalkan Kamarul .
"Kau buta ke ?" Sembur Dewi melalui corong telefon sebaik sahaja punggung diletak atas kerusi kereta. Geram sangat dia pada Kamarul, nak bergurau atau aniaya kawan sendiri?
Kamarul ketawa-ketawa di talian sebelah sana. "Dah jumpa?"
"Macam beruang hitam! Aku tengok dari jauh jek . Tak berani dekat"
" Dear, don't judge a book by its cover la , mamat tu power apa, sebulan saja sure target kau dah tercapai..." Pujuk Kamarul dengan suara lembut, tapi masih bersisa tawanya. Tujuan Dewi hanya mahu anak, bukan forever husband, alahh...macam kahwin kontrak gitu. Mana ada lelaki baik-baik setuju dengan syarat ini. Seorang dua sahaja yang boleh mempertimbangkannya, itupun golongan lelaki 'belasah' saja. Dewi ni...tak faham, ikut kata dia je yang betul.
"Eei... REJECT ! Yang macam ni aku tak sanggup. Meremang satu badan tengok tangan dia yang legam tu. ". Balas Dewi laju . "Agak-agaklah Kem! Kau ni menakutkan aku. Lagipun, kalau aku pregnant , sure anak aku macam anak beruang juga !"
Dewi dengar Kamarul terbahak-bahak ketawa . "Kau ni main-mainkan aku ke Kem? Pleaselah , aku betul-betul nak lahirkan anak. Serius!"
"Tahu kau desperate beranak. Nantilah aku kenalkan balak lain. Yang tu just ignore okey . But nothing is free tau...". Kamarul gurau saja fasal bayaran tu. Dia kalau dengan Dewi tidak pernah berkira pun, tetapi jika Dewi beri dia tak akan tolak. Kuikui...
"Hhmm..." Dewi sudah maklum itu. Dia tidak pernah makan budi Kamarul begitu sahaja. Best friend, best friend juga, namun setiap keringat Kamarul dia tidak pernah lupa bayar, walaupun pada perkara-perkara kecil. Walau , Kamarul banyak duit, anak orang kaya tapi Dewi tidak suka berhutang atau termakan budi pada sesiapa, tambah-tambah lagi pada makhluk bergelar lelaki, tidak kira yang tulin ataupun tidak!
Calon kedua. Lelaki bernama Rafar.
"Berapa you nak bayar I untuk sekali servis ?" Soal pemuda di hadapan Dewi, sebaik sahaja masing-masing memperkenalkan diri . Pertemuan di pejabat Dewi. Mata lelaki tersebut melilau sana sini , mungkin untuk menafsir harta yang Dewi ada.
"Huh?" Terbeliak mata Dewi dengar. Sangat jujur dan berterus -terang ! Ada juga pelacur lelaki ek? Main bayar-bayar pula. Dewi nak kahwin la, kemudian nak anak dengan cara percuma jek.
Lelaki itu senyum menggoda. Orangnya segak dan maco, mata coklatnya cukup menawan. Bergetar juga naluri beku Dewi bila ditenung lama-lama.
" Kalau you nak kahwin dengan I okey, tapi semuanya ada harga, termasuk yang setiap malam. Kalau you pregnant benih I pun ada harga juga,. I banyak pengalaman Banyak datin dan puan seri guna khidmat I. To me this is a business. You don't worry. Kalau nikah harga up sikitlah , banyak prosidur kena buat. Kemudian berceraipun ada pampasan you kena bayar"
"Hah?" Hanya 'huh' dan 'hah' saja Dewi boleh kata bila berdepan dengan manusia ni. Dewi yang kencang mulut tiba-tiba jadi speechless.
Boleh muflis macam ni. Fikir Dewi. Otak jantan ni setiap saat fikir sen . Agaknya nanti, setiap kali dia bernafaspun, Dewi kena bayar. Satu lagi , kemungkinan besar dia ni HIV positif. Bukankah dah banyak perempuan dia layan? Heei...scary...
REJECT!!
Calon ketiga.
Waah ...pucuk muda! Entah budak mentah dari sekolah nakal mana yang kawan Kamarul kutip? Main tangkap muat saja. Tak profesional lansunglah agen cari jodoh kawan Kamarul ni. Tak skrin dulu sebelum pas pada customer.
YOU ARE READING
DIA...ISTERI LUAR BIASA
RomanceKarya ke-4 Umie Nadzimah Dia...Isteri Luar Biasa Penulisan2U Adaptasi : Slot Akasia TV3 , 2015 Boleh dibeli online di www.karyaseni.my , dalam bentuk e-novel di e-sentral. Sinopsis SINGLE is simple, double is trouble... Itu moto hidup Dewi Yusra...