BAB 7

1.3K 16 1
                                        

BAB 7

Semua yang masih tercari-cari...

Malam itu , baru Dewi berkesempatan untuk buka beg sandang laptop setelah beberapa hari terbiar atas meja bilik kerja. Itupun kerana dia perlu menyemak organizer hitamnya yang tersimpan di situ. Kad-kad nama rakan perniagaan yang sama-sama menyertai rombongan ke London tempohari semua diselitkan dalam buku tersebut. Itu yang penting, yang lain-lain tak menjadi hal kerana dia lebih suka mengemaskini semua aktiviti kerja dalam ipad sahaja.

Berderau darah Dewi bila buka beg , didapati barang-barang yang ada dalamnya bukan barang-barang dia. Beg saja sama, isi semua lain, tidak ada satupun hartanya. Laptopnya warna hitam, yang ini warnanya perak. Dokumen-dokumen Dewi semua di dalam fail plastik sedangkan yang ini dalam fail kertas dan pelik-pelik belaka. Yang sama cuma satu, organizer, warna hitam juga tetapi sah-sah bukan Dewi yang punya. Yang ini besar gedabak berbanding Dewi punya cute miut..

Betullah kata lelaki encik pensyarah yang barang Dewi ada dengannya. Dewi saja yang tak percaya siang tadi. Patutlah beriya-iya benar dia . Semua barang-barang dia juga ada dengan Dewi. Tentu dia perlukan begnya balik. Dewi mula rasa bersalah. Tak patut dia prasangka buruk sebelum mendengar penjelasan. Malah sebelum balik tadi Linapun Dewi marah kerana cuba menyampaikan pesanan pensyarah tersebut pada Dewi.

Lemah lutut Dewi . Terduduk lemah atas kerusi kerjanya. Baru padan muka! Terpaksalah Dewi menurunkan ego mencari lelaki itu semula. Jika tidak barang-barang dia juga tak dapat balik. Barang? Hah...termasuk yang rahsia-rahsia tu...uhh, malunya!

Memang dia suka standby pakaian 18sx sepasang dua dalam beg sandang jika naik pesawat perjalanan jauh. Manalah tahu kan, kalau-kalau ada emergency, tidaklah susah. Lagipun kulit Dewi jenis sensetif , gatal-gatal kalau benda alah tu dipakai lama. Mesti selalu kena tukar.

Kejap-kejap Dewi...itukan barang lelaki edisi terhad yang Dewi suka kan? Dia ni lelaki budiman la, cara dia hubungi Dewi sopan dan berbudi bahasa , Dewi je yang kurang ajar hempas-hempas telefon. Menyesal bertindak terburu-buru ikut emosi siang tadi.

Dewi terus teruja meneliti fail-fail yang ada satu per satu. Tak ada yang terlalu menarik perhatian, semuanya fasal kerja lelaki itu yang entah apa-apa. Tentang sel-sel pokok, kromosom, struktur gen, formula pelik-pelik... eei pening baca!

Terus Dewi tekan punat menghidupkan laptop warna perak di hadapan. Sedar tak baik gelidah hak peribadi orang, tapi adil la kan, pensyarah tu tentu gelidah barang Dewi juga, jika tak di mana dia tahu nombor telefon untuk hubungi Dewi. Kiranya halal la ni, sistem barter, kau tengok aku punya, aku tengok kau punya...opps!

Dari satu folder ke satu folder dia buka. Banyak betul khazanah encik pensyarah ni . Patutlah dia kelam kabut, tak berputus asa mendail...

Eh...fail biodatapun ada. Dewi tersengih-sengih, jari laju saja klik dua kali untuk buka fail yang lebih peribadi itu.

Nama : Dr Radin Amzar b. Radin Umar

Umur : 31 tahun

Pendidikan : PhD, (M-Phil Plant Genetic Engeneering , Cambridge, UK).

Jawatan : Pensyarah / Penyelidik (Professor Madya)

: Bla..bla..bla

DIA...ISTERI LUAR BIASATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang