Amaran: Bab ini untuk pembaca matang sahaja.
Malam itu Yusri dan Mariana berlayar di lautan. Yusri selaku nakhoda memulakan pelayaran dengan penuh ketenangan. Ke kanan dia mendayung, ke kiri dia mengayuh, kadangkala dia menduga-duga air. Air yang cetek perlu didalami, barulah perahu meluncur laju.
Kini nakhoda di geladak hadapan, air mulai dalam, perahu meluncur laju, laut semakin berombak kuat.
Yusri sedar, menjadi nakhoda tidak mudah. Apalagi berlayar di lautan yang tidak pernah dijejak orang. Melalui selat yang sempit, perahu harus dikayuh perlahan-lahan, semakin ke depan semakin berombak. Selepas sepelaung, akhirnya mereka berjaya menerobos samudera luas.
Yusri lega, pelayarannya kini tenang. Perahu dibiarkan beroleng dibawa ombak. Mariana pula... hanya memandang bintang kejora di langit malam.
YOU ARE READING
Entahkan jadi entahkan tidak
AdventureYusri pemuda biasa. Pemuda biasa punyai cita-cita biasa, hidup yang biasa, dan wajah biasa-biasa sahaja. Dia memang tidak mahu jadi luar biasa.