Empat

1.2K 25 2
                                    

"Maafkan aku sayang."

Itu sahaja mampu diluah Yusri kepada buah hatinya. Dia tahu pemergiannya tidak direlakan namun demi sebuah perjuangan, dia nekad. Kendatipun terpaksa meninggalkan cinta hatinya.

Kedengaran di hujung corong telefon, seorang wanita sedang menangis. Tangisnya perlahan, penuh sopan. Sedunya tulus, penuh kasih. Langsung tidak sama seperti para peserta sebuah akademi yang sebak ketika menarik beg beroda.

Ayuh kita imbas kembali saat pertemuan pertama Yusri dan cinta hatinya.

Anugerah dari syurga. Itulah kata hati Yusri ketika melihat Mariana berjalan perlahan menujunya. Hari itu, Mariana memakai busana asli melayu buatan tangan yang dijahit penuh rapi oleh Mak Jakob. Baju kurung merah delima yang menutup seluruh tubuh Mariana jelas berjaya menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Sudah menjadi kewajipan sebuah baju kurung untuk mengikut syariah, mengurung aurat, dan melindungi pemakai dari pandangan mata penuh fantasi.

"Inilah namanya bidadari." bisik hati kecil Yusri.

Yusri yakin perempuan yang berdiri di hadapannya kini dikirim Tuhan untuk menerangi hidupnya. Bukanlah bermakna hidup Yusri sebelum ini penuh kegelapan namun selaku lelaki, tidak lengkap jika dia tidak berteman. Sudah menjadi kelaziman dan fitrah manusia untuk berpasangan.

"Hai Yusri. Lama tunggu?" itulah ayat pertama yang keluar dari bibir mungil Mariana.

Walaupun sudah hampir satu jam dia menunggu, Yusri yakin membalas, "taklah, baru sampai."

Dipendekkan cerita, 4 bulan kemudian mereka sah ber-kapel. Di dalam tempoh itu, entah berapa banyak selfie telah mereka lakukan.

Entahkan jadi entahkan tidakWhere stories live. Discover now