Yusri memecut. Motosikalnya yang terkenal dengan jolokan Arus Muara kini berada dalam momentum 150 kilometer per jam. Benar, kelajuan membunuh namun Yusri tidak peduli kerana dia benar-benar mahu menuju ke destinasinya.
Terngiang-ngiang di batu jemala Yusri akan kata-kata ayahnya tadi.
"Apa anakanda benar-benar mahu melakukannya?" Ayah Yusri seorang yang klasik, tutur kata yang keluar dari mulutnya hanya dapat kita jumpa dalam karangan Tun Sri Lanang.
"Benar ayahanda. Anakanda rasa inilah jalan terbaik." Yusri yang dipaksa menggunakan bahasa melayu lama sejak kecil membalas.
Yusri menyambung,
"Gelora angin tenggara boleh nakhoda jinakkan, gelora bawah laut tidak mungkin ayahanda. Tidak mungkin."
"Hmmmmmm..." Malik, ayah Yusri berfikir panjang.
"Salah perumpamaan anakanda itu dengan situasi sekarang tetapi tidak mengapa."
YOU ARE READING
Entahkan jadi entahkan tidak
AventuraYusri pemuda biasa. Pemuda biasa punyai cita-cita biasa, hidup yang biasa, dan wajah biasa-biasa sahaja. Dia memang tidak mahu jadi luar biasa.