'Arghh!!Dah lambat dah!!pabo!apasal aku boleh tertidur pula kat library tadi.'
Marah Eunhae sendiri.Kakinya melangkah dengan pantas sekali sambil tu mulutnya tak henti-henti mengomel.
Namun secara tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila melihat seorang pelajar sedang berdiri tidak jauh darinya.
"Apa pula dia buat berdiri kat situ?" Eunhae mula berasa pelik apabila pelajar yang bernama Chan Hee tu seperti bercakap dengan seseorang.
Tapi..
'Betul ke apa yang aku nampak sekarang ni?ke mata aku yang ada problem ni?'
Eunhae mengosokkan kedua-dua matanya tapi masih tetap sama apa yang dia lihat.'Dia bercakap dengan siapa?'
Eunhae menggelengkan kepalanya,perlahan.
Tak sangka pelajar yang paling hot kat High School ni suka bercakap sorang-sorang.
"Eh!apa yang aku buat ni sekarang?"Eunhae melihat jam tangannya.
"Dah nak masuk class dah ni.."Baru saja Eunhae nak melangkah pergi ke class,Tiba-tiba dia merasa ada seseorang menarik rambutnya dari belakang.
"Ouch!!"Eunhae menjerit kecil.
Eunhae berpaling ke belakang dengan muka yang menyampah.
'Yeah!!betul tekaan aku'
Dua orang perempuan sedang tersenyum sinis memandang Eunhae.
Kyung mi dan Yoo In. Siapa tak kenal dua perempuan ni.Lebih-lebih lagi Kyung Mi.
"Well~tengok siapa kat depan kita ni"
Kyung Mi senyum sinis.Tanpa sedar,Eunhae menghembuskan nafas berat.Dah penat sangat dia nak layan dua orang kat depannya ni.
"Kau!"
Kyung Mi mencengkam kolar baju Eunhae.Dia dah rasa mula tercabar."hey!apa ni?"
Eunhae menepis tangan Kyung Mi.
'Dah gila ke apa dia ni.'Cengkaman di kolar baju Eunhae semakin kuat apabila dia melihat Eunhae tak memberi sebarang reaksi.
Ini membuatkan Kyung Mi bertambah geram.Kalau ikutkan hati dia,dah lama muka ni ditamparnya.Memang dari awal lagi dia memang bencikan Eunhae.Semuanya disebabkan Eunhae telah malukan dia kat depan Chan Hee. Lelaki yang dia minat dari awal dia masuk kat sini.
Tambahan lagi Yoo In bagitau Eunhae juga turut ada perasaan terhadap Chan Hee.Ini menambahkan lagi kebencian dia terhadap Eunhae.Chan Hee tu hanya milik dia sorang.!
Yoo In hanya ketawa sahaja melihat apa yang dilakukan oleh Kyung Mi.
"Yah! Kyung Mi,kenapa tak tampar je muka dia "katanya sambil tersenyum sinis."Kau tak payah bagitau pun aku memang nak tampar pun tapi.." Matanya terarah pada seorang lelaki yang sedang memerhati mereka dari jauh.
"Takkan aku nak tunjuk aku ni jahat sangat depan lelaki yang aku minat.."Sambung Kyung Mi.
Kyung Mi melepaskan cengkamannya di kolar baju Eunhae apabila melihat Chan Hee menuju ke classnya.