Pappp!!!
Belum sempat jackson berbuat apa-apa,tangan youngji kelihatan ringan melayang ke pipi jackson.Kesemua member got7 terkejut dengan tindakan gila yang dilakukan oleh gadis tu.
Youngji merenung tajam wajah jackson.Renungannya seperti ada sesuatu yang dia tak puas hati dengan lelaki tu.Setelah lama dia merenung tajam tanpa bersuara,youngji terus keluar dari kelas tu.Kesemua member got7 hanya terkebil-kebil melihat youngji sehingga dia keluar.Masing-masing terkejut dan pelik dengan youngji.Gadis tu tiba-tiba menampar jackson tanpa sebab.
"Ceh!Siapa perempuan tu?"soal jackson setelah youngji keluar.Pipinya yang perit akibat ditampar diraba lagi.Dia menggerak-gerakkan rahangnya.
"Ow~tu Heo Youngji dari class 2-B."jawab Bambam.
"Kalau tak silap aku,Dia tu kawan rapat Eunhae"Tambahnya lagi."Heo youngji..?"sebut jackson,perlahan.Dia meraba semula pipinya yang perit.Otaknya masih menerawang kepada gadis yang begitu berani menamparnya.
Apa sebab dia ditampar,itu dia tak tahu.Memang pelik."Sakit tak?"Yugyeom menyindir.
Jackson tersenyum sumbing."Kau nak aku tampar kau?"
Yugyeom dan bambam tergelak-gelak.
••••••••••••••••••
Jari jemari eunhae terketar-ketar tatkala menyeka darah merah yang mengalir daripada dada Jimin dipangkuannya.
'Ke..kenapa dengan jimin ni?'Eunhae terkejut melihat keadaan jimin.
Sedaya upaya dia mengoncang tubuh tu agar jimin membuka matanya bila nafasnya semakin lemah."Yah!Jimin,Ireona!"Eunhae menepuk pipi jimin beberapa kali dengan tangan yang berlumuran darah.Entah mengapa,melihatkan helaan nafas jimin yang semakin lemah tu membuatkan eunhae berasa takut hinggakan air matanya mengalir sendirinya tatkala mata jimin yang sedari tadi tertutup rapat terbuka separuh.Merenung ke dalam anak mata eunhae dengan lama.Bagaikan hendak menyatakan rasa sakit yang tak tertanggung.Bibirnya bergetar hendak mengucapkan sesuatu tapi tidak pula terluah.
Air mata eunhae laju menitis.Takut kehilangan jimin di depan matanya sendiri.
"Miannei eunhae~"Hanya itu yang mampu jimin katakan.
Dia memegang jemari eunhae dengan tangannya yang kian lemah hingga akhirnya dia terkulai."Andwae~"eunhae mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia tak nak jimin tinggalkan dia.Dia sendiri tak tahu apa sedang berlaku sekarang.Seseorang mesti jelaskan kepadanya.
"Jimin! Ireona!~"Eunhae mengoncang-goncangkan tubuh jimin sekali lagi.Tiba-tiba..bunyi derapan tapak kaki kedengaran membuatkan eunhae tersentak.Bunyi tu semakin lama semakin menghampiri dia dan akhirnya berhenti dihadapannya.Pantas eunhae mendongakkan wajahnya.Seorang lelaki menyerupai jimin sedang berdiri dihadapannya.Mata merah milik lelaki tu mengingatkan eunhae ketika sisi gelap jimin muncul.Eunhae semakin gelabah.Peluh-peluh mula memercik didahinya.
'Kenapa dia ada kat sini!'
Dadanya sudah berombak kencang kerana terlalu takut."Tiada siapa boleh halang aku.."kata lelaki tu.
"Nyawa kau tetap milik aku"Lelaki tu ketawa berdekah-dekah dan Ia amat menakutkan sehingga Eunhae memejamkan matanya serapat mungkin.Semakin lama bunyi ketawa lelaki tu menjadi lebih kuat hingga membuatkan kepala eunhae berasa amat sakit..Dia menekup telinga sekuat-kuatnya. Dia tak mahu dengar suara ketawa tu.Kepala dia berasa berat dan berdenyut-denyut."Hentikan..Jebal~'kata eunhae dalam hati.Dia tak dapat tanggung menahan kesakitan tu.
"Jebal~"Badannya dah semakin lemah.Semakin lama..semakin.."Eunhae..Eunhae-ah~"Masa inilah anak telinga eunhae menangkap satu suara memanggil namanya yang sayup-sayup kedengaran.Perhatiannya tertumpu ke arah suara tu.Badannya seperti digoncang-goncang oleh seseorang.