Eunhae menarik nafas panjang dan menghembusnya dengan kasar.
Pada masa yang sama juga kepalanya mula berasa pening.Dia terduduk sambil memegang dahinya.Apa yang dia lalui tadi memang amat sukar dia percaya. Dia yakin badannya seperti ditarik masuk ke dalam satu bulatan tadi dan seterusnya semuanya gelap.
Dan tak lama kemudian, Dia boleh ada kat sini secara tiba-tiba."Kau okey ke?" Soal seseorang dengan suara deep-huskynya.
Terperanjat Eunhae mendengar suara tu. Dengan pantas kepalanya menoleh ke sebelah kanannya.
Lelaki yang menyelamatkan dia tadi masih ada bersamanya.
Kedua-duanya saling berpandangan.Dalam diam,Eunhae bagaikan terpukau .Dia meneliti setiap inci wajah lelaki tu.
Bermula dari bentuk wajahnya, mata ,hidung dan seterusnya bibir ditelitinya. Ditambah lagi kulit mukanya yang flawless."Semuanya perfect..." kata Eunhae tanpa dia sedar.
Lelaki tu mengerutkan kening sebaik saja mendengar apa yang dikatakan oleh Eunhae.
"Apa yang perfect?" Lelaki tu bertanya."Hah?!tak adalah.." jawab Eunhae sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia mengalihkan matanya ke arah lain.
'Kuat sangat ke aku cakap tadi?'Lelaki itu tergelak kecil apabila melihat muka Eunhae yang merah padan menahan malu.Dia menghulurkan tangannya.
"Jom ikut aku.."
Eunhae menyambut huluran tangan tu tanpa rasa ragu-ragu.
Sebaik sahaja berdiri.Eunhae mengerang kesakitan di lengannya. Dia melihat kesan cakaran yang disebabkan perempuan tua tu.
Makin teruk dan juga darah mula keluar dengan banyak.Lelaki tu mendekati Eunhae sebaik sahaja melihat kesan cakaran tu dan meletakkan tapak tangannya ke luka Eunhae.
"Darah kau ni boleh menarik perhatian demon kat sini"beritahu lelaki tu. kemudian satu cahaya hijau muncul di tapak tangannya dan menyembuhkan luka tu.
"Demon??" Perkataan yang disebut oleh lelaki tu membuatkan Eunhae tertanya-tanya.
"Yups."Jawab lelaki tu.
"Dan kau sekarang berada dalam demon world."Eunhae memandang di sekelilingnya. Baru dia sedar tempat ini amat menyeramkan ditambah lagi mereka dikelilingi oleh banyak makhluk yang berwajah menakutkan. Semuanya memandang tepat ke arahnya dengan lidah yang terjelir panjang.
"Jangan risau.Mereka tak akan berani dekat dengan kau sekarang." Lelaki tu menarik tangan Eunhae.
"Jom aku nak bawa kau jumpa 'dia' ""Dan satu lagi..Kau boleh panggil aku Taehyung" kata lelaki tu sambil membawa Eunhae menuju ke satu tempat.
Ketika dalam perjalanan, Eunhae melihat semua Demon yang ada kat situ cuba mengejarnya tetapi disebabkan kehadiran Taehyung yang berada disebelahnya membuatkan mereka takut.