Eunhae melangkah perlahan keluar dari bilik itu.Hampir satu jam telinganya dicuci oleh Mr.Kim hanya disebabkan dia buat hal masa dalam kelas Mr Kim.Itu pun disebabkan dia diganggu oleh makhluk menyeramkan yang tiba-tiba muncul didepannya.Dia mengeluh.Sudahlah kepalanya masih pening memikirkan apa yang berlaku dengan dia baru-baru ni,ditambah lagi bebelan Mr.kim.Boleh gila otaknya sekarang.
Eunhae menyandar badannya didinding.Perasaannya bercampur baur dengan apa yang berlaku pada dirinya.
"Aku dah tak tahan dengan semua ni"Eunhae menutup mukanya dengan kedua-dua tangan.
Ketika dibebel oleh Mr.kim tadi,fikirannya berserabut. Semua nasihat yang keluar dari mulut Mr kim langsung tiada satu yang masuk dalam otaknya.
Makhluk yang menakutkan itu datang kembali mengganggunya lagi. Sudah bermacam-macam jenis makhluk yang telah mengganggunya dan ianya seperti ingin membunuh dia.
Eunhae merenung pergelangan tangan kirinya yang dibalut dengan kain bandage. Dia teringat kembali kejadian semalam yang hampir meragut nyawanya. Bayangan yang muncul dicerminnya itu hampir membunuh dia dengan pisau tetapi dia sempat mengelak. Hanya tangannya sahaja yang cedera.
Eunhae tak tahu sampai bila dia nak bertahan untuk menghadapi semua ni. Dia merasakan semua yang berlaku pada dirinya ini bagaikan satu sumpahan.
Sedang dia termenung,tiba-tiba ada satu tangan menarik tangannya.
"Yah!sakitlah!"
Seorang budak lelaki tiba-tiba muncul menariknya dengan kuat sehingga sakit pergelangan tangannya.
'Dari mana datangnya budak ni?'
Eunhae tak pernah nampak seorang kanak di dalam kawasan high school ni. Jadi siapa budak ni??
Tiba-tiba budak lelaki itu berhenti.Cepat-cepat Eunhae menarik kembali tangannya dari genggaman budak lelaki tu.
Budak lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil membelakangi Eunhae.Entah mengapa,Eunhae mula berasa seram sejuk melihat budak tu.
"Er..adik nak apa ni?"soal Eunhae.Budak lelaki itu tidak bersuara sebaliknya dia terus memutarkan kepala tanpa menggerakkan sedikit pun badannya. Terkejut Eunhae melihat kepala budak lelaki itu berputar perlahan-lahan sehingga memperlihatkan wajahnya yang pucat.
Budak lelaki itu mendongak ke arah Eunhae dan merenungnya dengan anak mata terbeliak putih. Senyumannya perlahan-lahan tergaris panjang.Menyeringai.
Eunhae terdorong ke belakang lalu jatuh terduduk.
"Arhhhhh!!!" Jerit Eunhae.
Keadaan mula kecoh. Pelajar-pelajar yang berdekatan turut tergamam.
🍀🍀🍀🍀🍀
Sebaik sahaja mendengar Eunhae pengsan, Minyeon berlari laju pergi ke infirmary.Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu,tiba-tiba pintu infirmary yang tertutup rapat itu terkuak lebar dibuka oleh seseorang dari dalam.
"Sunbaenim..." perkataan itu terpancul dari mulutnya sebaik sahaja melihat Chan Hee.
Chan Hee pada mulanya terkejut melihat Minyeon tetapi dia cepat-cepat mengawal reaksinya. Dia memberikan senyuman pada Minyeon dan terus berlalu pergi.
Terkebil-kebil mata Minyeon melihat Chan hee sehingga lelaki itu jauh dari pandangannya.
'Hmmm...'
"Minyeon..." Suara Eunhae mematikan lamunannya. Cepat-cepat Minyeon mendekati katil Kawan baiknya.
Wajah pucat Eunhae dipandang dengan penuh kerisauan."Kau okey ke ni?"
Eunhae tidak menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya hanya mampu melemparkan senyuman tawar. Riak wajah Eunhae yang tidak ceria sudah memberikan jawapan yang jelas kepadanya.
"Apa sebenarnya yang berlaku ?"Soalnya lagi.
Bibir Eunhae seolah bergerak ingin mengatakan sesuatu, namun cepat-cepat dia mengelengkan kepalanya.
Minyeon menarik nafas dalam dan menghembus dengan perlahan. Dah pelbagai cerita yang dia dengar tentang Eunhae.Semua pelajar mula menjauh dari chingunya.
Dia dapat rasakan ada sesuatu yang Eunhae cuba sembunyikan.
"Its okey..kalau ada apa-apa..kau bagitau je aku.."
"Eunhae..Chan hee Sunbaenim buat apa kat sini tadi?"
Minyeon cuba mengubah topik perbualan."Dia yang tolong hantar aku kat sni.."
"Oh.."Minyeon menganguk kepalanya.
Kemudian, keadaan menjadi sunyi.Masing-masing berdiamkan diri.
"Minyeon..Kau percaya ke er.." Eunhae mula bersuara.
"Percaya apa?" Soal Minyeon.Pelik dengan tingkah laku Eunhae.
"Er..tak ada apa-apalah." Balas Eunhae,perlahan.Kemudian,keadaan kembali sunyi.
Secara tidak sengaja, Eunhae menjeling ke arah cermin yang berada di hujung bilik tu dan seluruh tubuhnya dirasakan seram sejuk. Spontan dia melarikan pandangan matanya.
Dengan tangan yang terketar-ketar, dia cuba menenangkan dirinya.
'Okey Eunhae..Anggap tu semua hanya imaginasi kau'
Tingah laku Eunhae diperhatikan Minyeon dengan perasaan hairan. Perlahan-lahan Minyeon menoleh ke arah cermin yang berada dihujung bilik tu, tetapi tak ada apa-apa pun kat situ.
"Kau betul-betul okey ke ni?" Sekali lagi Minyeon menanya soalan yang sama seperti sebelum ni.
Eunhae mengangguk laju sambil menjeling ke arah cermin yang tergantung di hujung bilik itu dengan hujung mata. Kosong! Pantulan imej seorang perempuan tua yang dilihatnya sebentar tadi sudah tidak ada di situ.
'Mungkin betul imaginasi aku aje tadi'
Eunhae cuba menyedapkan hatinya.Tanpa Eunhae sedar, perempuan tua itu sedang berdiri di belakang Minyeon.
Minyeon menggosok-gosokkan kedua tapak tangannya lalu dia memeluk tubuh.
"Sejuklah. Kau tak rasa sejuk sangat ke?" Soal Minyeon sambil memandang Eunhae."Mm..Taklah.." Balas Eunhae. Sekarang dia pula yang berasa pelik dengan Minyeon.
Tiba-tiba Minyeon terasa seperti ada yang menyentuh bahunya. Dia segera berpaling ke belakang,tetapi tak ada orang pun dia nampak.
Eunhae pula hanya memandang Minyeon tanpa bersuara. Matanya mula melilau melihat sekeliling ruang bilik itu. Hatinya kembali berdegup kencang.
"Minyeon,Jom balik." Eunhae segera turun dari katilnya.
"Ah?oh.okey-okey" Cepat-cepat Minyeon mengikuti Eunhae dari belakang. Dia pun memang ingin segera keluar dari bilik tu.Entah mengapa tiba-tiba ruang bilik tu menjadi seram bagi dia.
Perempuan tua itu masih berdiri disitu. Dia menyeringai menampakkan barisan giginya yang tajam. Nampaknya dia dah jumpa orang yang dia cari selama ni.
"Semuanya akan berakhir..."
Tangannya menyentuh kulit mukanya.Kemudian dia ketawa dengan suaranya yang nyaring.
🌺🌺🌺🌺🌺
VOTE(√)
COMMENT(√)
SHARE(√)🙇