BAB 9

3.1K 290 9
                                    

"Sebab..nyawa kau milik aku"

Mendengar sahaja jimin berkata begitu.Eunhae pantas menjauhkan dirinya dari jimin.Dia mengundur  ke belakang dengan perlahan-lahan sehingga dia tersandar di pintu.Dia terpempan melihat perubahan mendadak jimin.Apa yang dia dengar tadi cukup buat dia takut.

Dia pasti lelaki yang berada dihadapannya sekarang memang jimin tapi...mata yang merah tu membuatkan dia menjadi orang lain.

'A-apa yang telah berlaku dengan dia ni?'

Perasaan takut eunhae semakin menebal saat jimin cuba mendekati dia dan sekarang jarak antara mereka berdua sangat dekat.Eunhae tak mampu melarikan diri lagi apabila jimin melekapkan kedua-dua tangannya di dinding sambil tersenyum sinis.Matanya tajam merenung setiap inci wajah eunhae.
Melihat sahaja jimin merenung tajam ke arahnya membuatkan dia semakin gelabah.Kalau boleh ingin saja dia tolak tubuh lelaki tu tapi tengok dari raut wajahnya yang serius..Fuh!Soalannya'Kau berani ke?!'

"Are you afraid of me?"bisik jimin dengan perlahan dan cukup sinis.Eunhae dapat rasa
dengusan nafas jimin menyapa lembut di wajahnya
saat ini. Debaran di dada semakin memuncak.

Pantas eunhae menggelengkan kepalanya."TIDAK!"balasnya.
Entah dari mana datangnya perasaan beraninya nak jawab soalan jimin.
'Ok eunhae!kau sengaja nak cari pasal ke?Apasal kau pandai-pandai cakap TIDAK dengan dia!'

Jimin tersenyum sinis lagi.
"Why?"Dia mendekatkan lagi wajahnya pada wajah eunhae.

Eunhae diam terkaku.Lidahnya kelu nak jawab soalan jimin.

"Why!!"sekali lagi jimin menyoal.Dengan nada yang sedikit meninggi.

Eunhae hanya mendiamkan diri.Dia tersentak lalu memalingkan wajahnya ke kiri.Tak berani bertentangan mata dengan jimin.

"Aku tanya dengan kau ni!"Nada jimin seperti menahan rasa marah apabila eunhae masih mendiamkan diri.

"Er...itu..er...."Eunhae tergagap-gagap ingin menjawab pertanyaan jimin tadi.

"Tak pe..kau tak nak jawab ye..."kata jimin sambil jari telunjuknya menyentuh bibir eunhae dan turun perlahan ke leher lalu menggoreskan sedikit leher Eunhae menggunakan kuku tajamnya.

Akibat takut dengan jimin,Eunhae menolak kuat tubuh jimin dan bersedia membuka pintu tetapi dengan pantasnya jimin menarik rambut eunhae dengan kasar dan dia menolak tubuh eunhae sehingga jatuh terduduk di lantai.

"Aku dah kata kau tak boleh lari dari aku!!bodoh!Kau ingat macam tu aje aku nak lepaskan kau,
hah?"jerit jimin.Nafasnya tidak menentu.Dia pandang tubuh eunhae dengan renungan tajam menyinga.

Jimin mendekati eunhae.Dia menyambar dan mencengkam kedua-
dua belah pipi eunhae agar memandang tepat
pada matanya. Dia ketawa sinis.

"Kau dengar sini!kau..tak boleh keluar dari bilik ni selagi aku tak dapat nyawa kau.Kau faham!!"
dengan kasar
pipi eunhae dilepaskan.

Eunhae memegang pipinya yang perit di
cengkam jimin.
Dia memberanikan diri memandang tepat mata jimin.
"Nyawa aku?Apa yang kau nak sangat dengan nyawa aku.Kau ni dah kenapa,jimin?Kau sedar ke apa yang kau buat ni?"dengan beraninya eunhae bersuara.

"Hahahaha.sedar?ya memang aku sedar apa yang aku buat.Dengan nyawa kau tu kuasa aku akan bertambah.Dah lama aku impikan semua tu"

"Tapi...'dorang' dah ganggu aku..halang aku untuk dapatkan semuanya."Tambah jimin lagi.Dia seperti berdendam dengan 'dorang' yang dia maksudkan.Bola matanya tajam.Seolah-olah memancarkan api yang terzahir dari jiwa yang berbahang api.Marah menyala-yala.

"Dorang?"Eunhae tak faham dengan 'dorang' yang jimin maksudkan.

"Ya.Kau kenal 'dorang' semua tu"ujar jimin dan serentak itu satu bunyi ketukan kuat di pintu kedengaran.

[PJM]: My GUARDIAN DEMON Where stories live. Discover now