BAB 10

3.5K 298 10
                                        

Jimin membuka matanya perlahan-lahan.Dia dapat rasakan seluruh tubuhnya berasa sejuk sekali.Entah sejak bila dia terlena,dia sendiri tak pasti.Apa yang dia tahu sekarang dia sedang terbaring di satu tempat.Dia cuba bangun sambil memegang kepalanya yang terasa sedikit pening.

"Aku kat mana ni?"
Dia pandang sekeliling, memerhati segenap
ruang yang agak asing itu.Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia
berada di tempat ni tetapi daya ingatannya gagal.Dia memejamkan matanya lagi.Sakit dikepalanya semakin terasa.

"Jimin..."

Tiba-tiba jimin terdengar satu suara sedang memanggilnya dengan nada yang sayu.Suara tu seperti pernah dia dengar..tapi dimana?dan suara siapa?
Lantas dia membuka matanya kembali.

"Tolong hentikan semua ni..."

Sekali lagi suara tu berkata.Seakan-akan sedang merayu.Jimin makin keliru.
"Hentikan?nak hentikan apa?"

Lama jimin cuba memahami maksud suara tadi sambil itu dia cuba mengingati pemilik suara tadi.

"E..eunhae...?"perlahan dia menyebut nama tu.Dia pasti suara tadi milik eunhae.Rasa risau mula menyelubungi dirinya.

"Eunhae!!!!"jerit jimin.Matanya melilau melihat setiap sudut untuk mencari eunhae namun dia langsung tak nampak kelibat eunhae.Dia dapat rasakan eunhae perlukan dia sekarang tapi..

"Tsk.Kesian aku tengok kau ni.."satu suara tiba-tiba menyapa dari arah belakang.Dengan pantas jimin menoleh ke belakang.

Apa yang dia lihat sekarang ialah seorang lelaki.Lelaki yang menyerupai dia namun yang hanya membezakan mereka berdua ialah warna rambut dan mata lelaki tu berwarna merah.

Muka jimin kelihatan serius.Tajam matanya memandang 'lelaki' tu.Lelaki tu bergerak kehadapan perlahan-lahan dan jimin hanya memerhati sahaja gerak-geri lelaki tu.
Dari raut wajah jimin,dia langsung tak berasa takut apabila melihat kemunculan seorang lelaki yang menyerupai dia sebab dia dah pernah alami sebelum ini.Lelaki tu adalah jelmaan sisi gelap dia dan ini merupakan pertemuan semula mereka.

Jimin mendengus kasar.
'Takkan semua tu telah berulang lagi..'keluh jimin.Dia cukup bosan alami semua ini.Kalau sisi gelap dia dah muncul,tu maknanya dia tak dapat kawal diri dia lagi.Tubuhnya telah diambil oleh jelmaan sisi gelapnya dan eunhae juga akan...

'Kejap?eunhae?!'jimin baru tersedar sesuatu.Kalau sisi gelap dia muncul,kemungkinannya eunhae juga dalam keadaan bahaya sekarang.Dia pandang wajah lelaki yang berada dihadapannya dengan pandangan tajam.

"Kau...jangan sesekali sentuh dia!"Marah jimin.Lelaki tu hanya tersenyum sinis.

"Kalau kau berani sentuh dia,aku takkan lepaskan kau bodoh!"

Wajah lelaki itu tak menunjukkan dia berasa takut dengan amaran jimin."Takkan lepaskan aku?"soalnya pada jimin,sinis.

"(Evil laugh)kau dah terlambat.."tambahnya lagi.

Jimin mengerutkan dahinya.'Dah terlambat?apa maksud dia?'

Lelaki dihadapannya seperti dapat meneka apa yang difikirkan oleh jimin.Seketika kemudian,secara spontan lelaki itu memetik jarinya tiba-tiba dan seluruh ruang tu bertukar satu tempat yang jimin kenal.Lelaki yang tadi telah hilang.

"Inilah maksud aku..kau dah terlambat." Hanya suara lelaki itu sahaja kedengaran.

Jimin terasa tangannya sedang mencengkam sesuatu dan baru dia sedar dihadapannya sekarang adalah eunhae.Dia terkejut apabila dia menyedari tangannya sendiri sedang mencekik leher eunhae.

"Eunhae!"panggil jimin namun eunhae tak mungkin mendengar suaranya.

Jimin cuba menarik tangannya tapi tak dapat.Dia tak dapat kawal diri dia sendiri.
Muka eunhae dilihatnya pucat dan semakin lemah.Jimin mula panic.

[PJM]: My GUARDIAN DEMON Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang