Bab 1

33K 541 14
                                    

Alunan muzik mengkhayalkan para pengunjung kelab malam itu. Semuanya sedang hanyut dalam dunia masing-masing. Malah, kelab malam yang terkenal di tengah ibu kota itu makin dipenuhi dengan para penggemarnya. Di suatu sudut kelab malam itu, sepasang mata sedang liar memerhati keadaan sekeliling. Dia, Tengku Zharif Iskandar Tengku Tahirudin. Nama yang tidak asing lagi menjadi pengujung kelab malam itu. Malah, kelab itu sudah diibaratkan seperti rumah kedua baginya. Banyak masanya dihabiskan di situ.

"Mana Syamil ni? Datang ke tak?" rungut Amir, teman kepada Tengku Iskandar.

Ramai kenalan Tengku Iskandar di kelab malam itu. Namun, yang paling rapat dengannya ialah Amir, Syamil, Akmal dan Zikri. Mereka rapat sejak zaman universiti lagi. Perangai kelima-limanya lebih kurang sama sahaja namun yang jelas, Tengku Iskandar adalah yang paling teruk perangainya.

Tengku Iskandar tersenyum mendengar rungutan temannya itu.

"Sekejap lagi sampailah tu. Awal-awal tadi dia memang tak nak datang. Puas aku pujuk, baru dia ubah fikiran," beritahu Tengku Iskandar.

"Agaknya apa yang bakal isteri dia buat sampai dia dah tak selalu lepak dengan kita, kan?" ujar Akmal pula.

"Hoi! Kau orang mengumpat aku ke?" Syamil yang baru sampai terus mengambil tempat di sebelah Tengku Iskandar. Pertanyaan Syamil itu meletuskan tawa mereka berempat.

"Kau tu la. Tahulah nak jadi suami orang pun tapi takkan dah lupakan kami?" ujar Zikri berbaur merajuk.

"Bukan macam tu. Aku nak berubah jadi baik la," tegas Syamil.

Kata-kata Syamil membuatkan Tengku Iskandar menghamburkan tawanya.

"Habis tu, kau nak yang cakap kami ni jahat la?" soal Tengku Iskandar berserta senyuman lebar.

Syamil tersengih mendengar pertanyaan Tengku Iskandar.

"Apa kata kita sama-sama berubah?" Jika tadi hanya Tengku Iskandar yang menghamburkan tawanya namun kini mereka berempat terus menghamburkan tawa sekuat hati.

"Kau orang ni, aku serius la. Sudah-sudahlah mainkan hati perempuan. Perempuan untuk dicintai bukan untuk disakiti," tambah Syamil lagi.

Gelak tawa mereka berempat semakin kuat kedengaran.

"Apa dah jadi dengan kau ni, Mil? Apa yang bakal isteri kau tu buat sampai kau jadi macam ni?" seloroh Amir.

Syamil menggeleng.

"Dia tak buat apa-apa dekat aku. Dia banyak menyedarkan aku. Apa yang kita buat selama ini salah."

"Excuse me... Bukan kita, ya? Kau sorang saja. Belum sampai masa untuk aku berubah," ujar Tengku Iskandar serius.

Syamil mengeluh berat.

"Dah la Mil, malam ni kita nak celebrate kau yang bakal tamatkan zaman bujang kau tu, bukan nak bertekak. Dan kau tak payah nak tunjuk alim depan kami dekat sini." Selamba Tengku Iskandar berkata.

"Betul tu. Kita tutup cerita pasal ni. Bukannya kita ni jahat sangat pun. Sekadar tukar pasangan tu, biasa la," tambah Akmal kali ini.

"Tapi, kalau nak ukur tahap kejahatan kita berlima ni, aku tahu siapa yang akan menang." Zikri menambah.

Tengku Iskandar mengangkat sebelah keningnya apabila keempat-empat mereka memandangnya bersama senyuman yang pelik.

"Eh! Apa pasal semua pandang aku?" Tengku Iskandar berpura-pura tidak tahu. Bukannya dia tidak tahu mereka berempat sedang berkata tentang dirinya.

"Buat tak tahu pula kawan kita ni. Is, kau kan yang paling banyak sakitkan hati perempuan? Setiap hari tukar pasangan. Ni, mana perginya Wawa?" soal Akmal.

Sayangku MiaWhere stories live. Discover now