"Better kau jumpa pakar kaunseling, bro. Mana tahu boleh bantu kau," cadang Amir.
"Aku rasa penyakit kau ni dah parah, Is. Baik kau pergi jumpa doktor," cadang Zikri pula.
"Aku setuju dengan kata-kata Zikri tu. Makin lama makin bahaya, Is. Doktor Aisya kan ada. Dia kan doktor peribadi kau," tambah Syamil pula.
"Is, tak pun kau pergi jumpa dengan psychiatrist," cadang Akmal pula.
"Kau ingat aku ni dah gila ke sampai nak pergi jumpa psychiatrist?" marah Tengku Iskandar. Rasa menyesal pula menceritakan masalahnya kepada mereka berempat.
"Aku tengok simptom-simptom yang kau ada tu bahaya Is. Lebih baik mencegah daripada kau jadi gila, kan?" ujar Akmal bersama sengihan panjang di hujung katanya.
Tengku Iskandar tersedar daripada lamunannya apabila terdengar bunyi hon kereta. Dia tidak sedar bahawa lampu merah sudah bertukar hijau. Orang di belakang keretanya sudah mula memarahinya yang masih belum bergerak. Hesy, pusing kepala aku ini, bebelnya dalam hati. Dan kini, dia dalam perjalanan berjumpa dengan doktor peribadi keluarganya iaitu Doktor Aisya. Nasihat teman-teman rapat akhirnya diikuti juga. Aku tak nak jadi gila, ucapnya dalam hati.
"Doktor Aisya ada?" soal Tengku Iskandar sebaik tiba di kaunter pertanyaan klinik Doktor Aisya. Seorang gadis kecil molek yang menjaga kaunter tersebut tersenyum manis melihatnya.
"Ada," jawab gadis kecil molek itu bersama senyuman lebar. Siapakah jejaka handsome di depannya ini? Dengar suara pun macam nak lemah lutut aku ini.
Tentu gadis di hadapannya ini pekerja baru klinik ini. Sebelum ini gadis lain yang menjaga kaunter ini. Maaf ya cik adik manis, lain kali abang mengurat awak, kata Tengku Iskandar dalam hati namun senyuman gadis itu tetap dibalasnya. Terus kakinya dilangkah menuju ke bilik Doktor Aisya.
"Eh! encik, nanti dulu. Kena buat pendaftaran dulu." Cepat-cepat dia mengejar Tengku Iskandar yang sudah pun melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Beberapa mata di situ turut memandang ke arahnya. Baru gadis itu tersedar akan tugasnya yang sebenar. Mana boleh lelaki ini terus masuk sedangkan orang lain menunggu giliran untuk masuk berjumpa dengan doktor.
"Doktor, saya minta maaf. Encik ni belum daftar lagi," terang gadis itu sebaik masuk ke dalam bilik doktor tersebut. Wajah Tengku Iskandar masih berlagak tenang. Langsung tiada respons bahawa dia akan melangkah keluar dari situ.
"Tak apa, Dina. Dia dah call saya tadi."
Dina mengangguk laju. Terus dia melangkah keluar dari bilik doktor tersebut.
Tengku Iskandar tersengih mendengar jawapan Doktor Aisya. Pandai juga doktor aku ni kelentong orang. Gelaknya dalam hati.
"Dina? Budak baru ke, doktor?" soal Tengku Iskandar bersama sengihan panjang.
Doktor Aisya menggeleng.
"Is, jangan berani nak try budak tu. Dia budak lagi. Bawah umur." Doktor Aisya memberikan amaran.
Eh! Doktor ni macam tahu-tahu aje aku nak try budak tu.
"Baik, doktor."
"Apa yang urgent sangat sampai datang ke sini?" soal Doktor Aisya. Dia merupakan doktor peribadi kepada keluarga Tengku Tahirudin, jadi dia sudah kenal benar dengan Tengku Iskandar.
"Errr... Doktor kena tolong saya. Saya ada masalah besar sekarang ni. Saya sakit, doktor. Sakit saya ni makin menjadi-jadi."
Tercetus ketawa kecil Doktor Aisya mendengar kata-kata Tengku Iskandar.
"Is, kalau awak datang sini nak main-main, baik awak keluar. Saya masih ada ramai pesakit dekat luar tu," ujar Doktor Aisya serius.
"Saya tak main-main, doktor. Betul saya sakit. Saya sakit dekat sini," ujar Tengku Iskandar serius sambil menepuk-nepuk dadanya.
YOU ARE READING
Sayangku Mia
De TodoHidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegu...