Damia Qalisya memandang lama telefon bimbitnya yang sedang berdering minta diangkat. Dia teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Namun, jari runcingnya menekan juga punat hijau itu. Damia Qalisya pantas menjawab salam yang diberi oleh si pemanggil.
"Mia sihat?"
"Alhamdulillah. Mia sihat. Fiq macam mana?" sapa Damia Qalisya. Entah kenapa lidahnya menjadi kelu tiba-tiba. Mungkin kerana sudah lama tidak bertegur sapa dengan Afiq. Afiq hanya mendiamkan dirinya selepas Damia Qalisya menolak pinangan daripadanya. Mungkinkah Afiq masih memarahinya?
"Fiq pun sihat. Sebenarnya Fiq ada dekat KL sekarang ni. Jadi, Fiq nak ajak Mia keluar malam ni boleh?" terang Afiq.
Damia Qalisya mendiamkan dirinya. Macam mana ni? Kalau aku cakap tak nak, nanti apa pula dia cakap? Dia buntu seketika.
"Orang cakap diam tandanya setuju," ujar Afiq bersama ketawa kecil di hujung katanya.
"Errr..." Damia Qalisya teragak-agak untuk menerima pelawaan Afiq itu.
"Mia ni, hari tu dah tolak pinangan Fiq. Kali ni jangan la tolak permintaan Fiq. Lagipun, bukan senang Fiq nak jumpa dengan Mia," luah Afiq.
Ada benarnya kata Afiq tu. Lagipun, tidak salah rasanya aku terima pelawaan dia. Macam yang Afiq cakap, bukan senang nak berjumpa dengan dia sebab sekarang ni dia bekerja di Johor.
"Okey. Malam ni Fiq datang ambil Mia dekat rumah. Kita nak pergi mana, ya?"
"Fiq nak bawa Mia tengok wayang. Lama kan kita tak tengok wayang sama-sama. Boleh?" ucap Afiq penuh ceria. Dia sudah tidak sabar untuk menjemput Damia Qalisya malam ini.
"Boleh. Mia pun dah lama tak tengok wayang. Selalunya kan Fiq yang belanja Mia," ujar Damia Qalisya.
"Kalau macam tu, apa kata malam ni Mia yang belanja Fiq."
"Mana aci. Tak gentleman la Fiq ni. Ajak Mia tengok wayang tapi Mia yang kena belanja." Kata-kata Damia Qalisya disambut gelak tawa oleh Afiq. Damia Qalisya turut ketawa bersama. Sungguh, dia rindukan keakraban mereka ini.
"Mia, Fiq sangat rindukan Mia."
Damia Qalisya terdiam. Begitu juga Afiq dalam talian. Masing-masing terkaku sendirian.
"Mia ada kerja la, Fiq. Malam nanti kita sambung borak, ya?" bohong Damia Qalisya. Beberapa minit kemudian, mereka pun menamatkan panggilan.
Damia Qalisya meraup wajahnya berulang kali. Maafkan Mia, Fiq. Fiq sangat baik dengan Mia selama ini. Damia Qalisya berasa sangat bersalah dengan Afiq. Lelaki itu masih melayannya dengan baik walaupun pinangannya pernah ditolak oleh Damia Qalisya.
Afiq merupakan temannya sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Lagipun, mereka pernah berjiran suatu ketika dulu. Hubungan mereka memang sangat rapat. Oleh sebab itu, Damia Qalisya menganggap Afiq tidak lebih dari seorang teman dan abangnya. Perhubungan yang akrab itu tiba-tiba bertukar menjadi sepi apabila Afiq mula meluahkan perasaan sebenarnya kepada Damia Qalisya.
Bermula dari situ, Damia Qalisya mula menjarakkan dirinya dari Afiq. Namun, Afiq tidak pernah tahu erti berputus asa. Dia sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian Damia Qalisya. Dia berusaha menunjukkan betapa ikhlas perasaannya terhadap Damia Qalisya.
Malah, dia bertindak berani dengan menghantar rombongan meminang ke rumah Damia Qalisya walaupun dia tahu apa jawapan yang bakal dia terima. Selepas pinangannya ditolak, Afiq menyepikan dirinya dan Damia Qalisya terkejut apabila dikhabarkan yang Afiq membawa diri ke Johor. Dia memilih untuk menerima tawaran bekerja di sana. Mungkinkah dia masih marah kepada aku? Damia Qalisya bermonolog sendirian.
YOU ARE READING
Sayangku Mia
RandomHidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegu...