Bab 8

13.3K 240 2
                                    

"Bismillah..." Sekali lagi Damia Qalisya cuba menghidupkan enjin keretanya namun tetap gagal. Tiba-tiba dia diserbu perasaan takut apabila melihat keadaan sekeliling.

Kalau ya pun nak rosak, kenapalah kau pergi rosak dekat tengah-tengah bukit ni? keluh Damia Qalisya. Mana tidaknya, kini dia berada di laluan bukit yang menuju ke Kelantan. Sebenarnya, semalam dia berada di Perak dan hari ini dia terpaksa bertolak ke Kelantan kerana esok dia perlu menghadiri satu seminar di sana. Ini adalah arahan daripada papanya sendiri. Maklum sajalah, Damia Qalisya baru sahaja bekerja seminggu yang lalu.

Itulah, siapa suruh gedik sangat nak drive sendiri? Papa siap sediakan tiket flight dan driver untuk kau tapi kau tolak semua tu. Padan muka kau Mia, kutuk Damia Qalisya kepada dirinya sendiri. Telefon bimbitnya dicapai. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi abang dan papanya tetapi panggilannya langsung tidak dijawab. Apa aku nak buat dekat tengah-tengah bukit ni? Aku nak minta tolong siapa? Ada ke orang sudi nak tolong aku? Pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya.

Damia Qalisya akhirnya membuat keputusan untuk melangkah keluar dari kereta kerana terlalu panas dengan keadaan di dalamnya. Salahnya juga kerana tidak pergi servis kereta terlebih dahulu sebelum datang ke sini. Damia Qalisya duduk memerhati kereta yang lalu-lalang di kawasan tersebut. Patut ke aku tahan mana-mana kereta yang lalu sini? Jam tangan dibeleknya. Hari pun dah nak malam. Macam mana kalau aku terpaksa bermalam sorang-sorang dekat sini? Dengar-dengar, gajah pun ada di kawasan ni. Uwaaa!!!

Damia Qalisya terkejut apabila tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Seorang lelaki yang umurnya lebih kurang dalam lingkungan lima puluhan keluar dari kereta dan melangkah ke arah Damia Qalisya.

"Kenapa ni, cik?" Pertanyaan lelaki itu membuatkan Damia Qalisya mengurut lega dadanya. Alhamdulillah, mujur ada orang sudi tolong aku, ucapnya dalam hati. Takut juga jika lelaki itu ialah seorang peragut.

"Kereta saya rosak. Dah banyak kali cuba nak hidupkan tapi tak boleh," beritahu Damia Qalisya.

Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia berjalan mengelilingi kereta Damia Qalisya.

"Cuba buka bonet depan. Abang nak tengok apa yang tak kena," ujar lelaki itu.

Damia Qalisya menelan liurnya. Lelaki itu masih tersenyum simpul memandangnya. Abang? Tak sedar diri punya orang tua. Kau tu sebaya papa aku, takkan aku nak panggil abang. Gatal punya orang tua, bebel Damia Qalisya dalam hati namun dia mengikut juga apa yang lelaki itu suruh.

"Kenapa dengan kereta saya ni, encik?" Damia Qalisya sekadar bertanya setelah agak lama membiarkan lelaki itu membelek-belek keretanya. Dia melangkah menghampiri lelaki itu yang berada di depan keretanya.

"Saya rasa kena bawa ke bengkel ni. Rasanya rosak teruk. Cik nak ke mana?"

"Saya nak ke Kota Bharu," jawab Damia Qalisya pendek. Sebenarnya dia takut memandang lelaki di sebelahnya itu. Pandangan lelaki itu sangat menakutkan. Ya Allah, selamatkan aku ini, doanya dalam hati.

"Apa kata abang hantarkan awak ke sana."

Damia Qalisya terkejut apabila tangannya tiba-tiba disentuh oleh lelaki itu. Wajahnya pucat lesu sekarang ni. Dirinya benar-benar takut.

"Apa encik buat ni? Lepaslah." Terus dia merentap tangannya dari tangan lelaki itu.

Lelaki itu dilihatnya tersenyum panjang malah makin menghampirinya.

"Sombongnya. Jom la ikut abang." Sekali lagi lelaki itu cuba memegangnya namun mujurlah dia sempat mengundurkan dirinya ke belakang.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba sebuah kereta Nissan GTR berhenti di hadapan keretanya. Dia berharap agar dirinya diselamatkan kali ini. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan berjalan menghampirinya. Damia Qalisya terkaku apabila melihat kelibat yang berjalan menghampirinya itu. Alahai, kenapa buaya darat ni boleh ada dekat sini pula? Macam mana ni? Ah, biarkan la... Terdesak sangat dah ni. Terus lengan lelaki itu ditarik ke sisinya dan dengan mesra Damia Qalisya memeluk lengan sasa itu.

Sayangku MiaWhere stories live. Discover now