MATANYA terus meliar ke serata rak buku terbabit. Dia menarik beberapa buah buku untuk melihat sinopsis di belakangnya.
Bunyi telefon bimbit di dalam beg tangannya mengganggu konsentrasi. Dia menarik telefon bimbitnya keluar lalu dilekapkan ke cuping telinga.
"Nina... aku ada berita tergempar untuk kau."
"Salam tak ada. Terus kau sembur ke telinga aku."
Sakit telinga dengan suara Ainnur yang bingit. Dia masih belum pekak sampai Ainnur cakap kuat sebegitu.
"Maaf... maaf... Assalamualaikum...."
"Waalaikumusalam. Apa cerita tergempar kau tu sampai tak menyempat bagi salam." Nina Ezuryn mendengus kecil.
"Aku staright to the point. Aku terserempak dengan Tajul Qhalif."
Tujuh tahun dia tidak mendengar cerita mengenai lelaki itu. Dia hampir memadamkan nama yang memberikan dia memori luka.
"Tiada... tiada kena-mengena dengan aku. Kalau dia mencari aku, tujuh tahun lalu dia dah cari aku. Kami ada perjanjian. Aku menjauhi dia kerana perjanjian tu..." Intonasi suara Nina Ezuryn agak bergetar.
"Nina... aku tak kisah jika kau tak fikirkan pasal lelaki tu, tetapi kau kena ingat tentang anak kau yang berada bersama dia. Kau tak rindukan anak kau."
"Kau fikir dia benarkan aku jumpa anak aku. Mustahil dia akan berubah hati."
Nina Ezuryn tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Dia yang akan lebih terluka. Tipulah jika dia tidak merindui anaknya. Sebak menujah hati apabila mengingati wajah comel itu. Anaknya membesar tanpa dia di sisi.
"Kau kena cuba, Nina. Anak kau kena tahu pasAL kau. Kau masih bernyawa. Fikir-fikirkanlah."
Talian terputus secara mendadak. Nina Ezuryn menghela nafas kecil. Dia menghantar mesej kepada Ainnur. Tiada niatnya untuk memutuskan talian sebentar tadi.
Beberapa hari ini, Naashif tidak menghubungi atau menghantar mesej kepada dia. Dia tidak mengambil hati sikap Naashif yang semakin yang ketara telah berubah. Hatinya tidak perlu dipujuk. Lelaki... mereka juga punya ego. Ego seorang lelaki lebih tinggi daripada seorang wanita. Ego Tajul Qhalif yang yang memikirkan hanya dirinya sahaja yang betul.
Dia tidak mahu dilihat wanita yang mendambakan cinta. Tjuh tahun dia hidup di atas kaki sendiri dengan usaha empat kerat tulangnya. Dia bangkit dari cengkaman duka yang menghantui hidup. Tiada guna menitiskan air mata mengenangkan kesedihan berpanjangan. Untuk apa terus ditangisi kisah cinta yang telah tamat. Lantas membiarkan diri lemah dan tidak berdaya. Itu bukan dirinya.
Satu rak ke satu buku dia beralih. Dia masih mencari-cari buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Dia lebih menggemari bau buku yang bercetak untuk mencjadi bahan bacaan dari buku digital.
Riak Nina Ezuryn berubah sama sekali sebaik matanya terpandang lelaki itu. Dadanya berombak kencang. Perasaan tidak enak mencengkam sekujur tubuhnya.
Tajul Qhalif...
Bibir diketap. Adakah ditakdirkan untuk mereka bertemu?
Pantas tangannya menyambar sebuah buku lalu dihelaian helai mukasurat. Lagaknya seolah-olah sedang membaca buku tersebut. Dunia bulat. Sejauh mana dia menghindari pasti satu masa akan bersuara jua.
Bunyi derapan tapak kasut melintasi di belakangnya. Nafas ditarik panjang. Dia menengadah kepala ke arah bunyi langkah yang semakin tidak kedengaran di corong telinga. Niatnya untuk mencari bahan bacaan dibatalkan. Dia ingin segera melangkah keluar dari kedai buku itu.
Langkahnya mati sebelum menghampiri pintu keluar. Sekumpulan lelaki bertopeng merempuh masuk dengan senjata ditanya. Suasana kedai buku menjadi hingar bingar dengan jeritan pengunjungnya.
Bunyi tembakan bergema. Rata-rata pengunjung meniarap di lantai. Nina Ezuryn masih terpacak berdiri. Dia kaku tidak mampu menggerakkan kedua-dua belah kakinya. Bunyi tembakan rancak menghentam ke ruang legar kedai buku terbabit.
Sebatang tangan menyambar pinggangnya lalu diheret ke belakang rak buku sebagai tempat perlindungan dari tembakan peluru. Nina Ezuryn yang tersedar dari kejutan menolak tubuh lelaki di sisinya. Lelaki yang menyelamatkan dia itu orang yang tidak ingin dia bertemu dua mata. Tajul Qhalif! Namun tindakan pantas Tajul Qhalif telah menyelamatkan nyawa dia.
"Pertemuan pertama kita setelah tujuh tahun cukup dramatik."
Mata Nina Ezuryn terarah pada lengan baju lelaki itu yang tergores. Ada kesan luka di situ.
"Lengan awak, Tuan Tajul..."
"Kau masih ingat dengan aku? Aku fikirkan kau sudah lupa siapa aku."
Nina Ezuryn tidak membalas. Ini bukan masa untuk bersoal jawab. Bunyi siren polis kedengaran bergema di luar mematikan ketegangan antara mereka.
Tajul Qhalif menjenguk dari rak buku tersebut. Beberapa orang anggota polis sudah menyerbu masuk setelah berbalas tembakan. Perompak-perompak berkenaan telah berjaya diberkas. Situasi cemas sebentar tadi beransur-ansur kembali tenang.
"Keadaan dah terkawal."
"Rawat luka awak."
"Kau mengambil berat tentang aku? Luka sekecil ini tidak menjejaskan tubuh badan aku."
Tajul Qhalif beredar menuju ke ruang tempat kejadian mencemas yang berlaku. Nina Ezuryn turut mengekori langkah lelaki itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
BENCIKU CINTAIKU
General FictionSinopsis Perkahwinan yang terbina antara Tajul Qhalif dan Nina Ezuryn terlerai akibat perasaan dengki manusia yang tidak suka melihat kebahagiaan mereka. Kejamnya Tajul Qhalif memisahkan Nina Ezuryn dengan anaknya yang masih kecil. Pilihan dibuat de...