"KAU ni Mira Ezuryn kan?"
Gadis cantik di hadapannya itu bertanya. Mira Ezuryn sedikit tersentak. Teman sekerjanya Ainnur, yang duduk semeja makan bersamanya itu turut memberikan reaksi yang sama.
"Ya, saya."
Gadis itu memfokuskan pandangan matanya pada Mira Ezuryn atas dan bawah. Hujung bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Taklah cantik sangat." Gadis itu mencebik. Dua rakan di sebelah gadis itu turut mencebik dan mengangguk mengiakan kata gadis itu.
Dahi licin Mira Ezuryn berkerut. Siapa pula gadis cantik ini? Dia tidak mengenali gadis tersebut.
"Awak ni siapa?" Ainnur membuka mulut. Dia tidak senang dengan sikap gadis itu yang tampak angkuh dan tidak beradab itu.
"Kau nak tahu aku siapa?" Gadis itu menghalakan jari telunjuknya pada dirinya sendiri. Gadis itu tertawa kecil.
Cemberut muka Ainnur, Kalau sudah tidak dikenali sudah tentulah ditanya. Apalah punya sengal perempuan seorang ni. Tidak nampak di mana lucunya pertanyaannya itu.
"Kami tak kenal kau pun." Cebik Ainnur. Makin meluat dia melihat gelagat gadis tu bersama teman-temannya. Mira Ezuryn mencuit bahu Ainnur. Kalau boleh dia tidak mahu menimbul kekecohan di situ.
"Aku Yuslina tunang Amel Fattah." Tajam pandangan gadis itu merenung muka Mira Ezuryn.
Bagaikan terkena kejutan elektrik Mira Ezuryn mendengar kata-kata gadis bernama Yuslina itu.
"Tu...tu... tunang Amel..." Suara Mira Ezuryn terputus-putus.
"Kau terkejut bukan. Ini buktinya aku tunang Amel." Yuslina menayangkan cincin yang tersarung di manisnya itu. "Kalau kau tak percaya, aku boleh call mama Amel. Kau boleh bercakap dengan dia."
Ainnur memandang Mira Ezuryn. Jelas riak terkejut pada wajah temannya itu.
"Entah-entah cincin palsu, saja nak buat cerita dongeng macam drama tv." Desis
Ainnur.
"Hey, aku tak tipu tau." terangkat-angkat kening nipis Yuslina.
"Maaf... saya benar-benar tak tahu yang awak ni tunang kepada Amel."
"Huh, tak tahu atau buat-buat tak tahu. Berdoa tahu rampas tunang orang!" Yuslina memuncungkan bibir merahnya.
"Aku rasa lagi berdosa perempuan yang pakaian tak cukup kain macam kau tu." Ainnur mencelah.
"Kalau ada cili atas meja ni, aku cili-cilikan mulut kau kawan ni." Rengus uslina. Geram dengan sikap Ainnur yang suka menyampuk.
"Amel tak pernah cakap pada saya yang dia sudah bertunang."
"Takkan dia nak beritahu pda kau. Lagipun kau ni cuba untuk suka-suka aja. Perempuan yang takde apa-apa makna. Mungkin kau ni macma ibarat habis madu, sepah dibuang kut."
Mira Ezuryn menarik nafas panjang. Spontan dia menyimbah air minumannya pada muka Yuslina. Yuslina menjerit lantang. Tidak diduga tindakan Mira Ezuryn itu.
Ainnur bertepuk tangan. Suka benar dengan tindakan temannya itu. Elok sangat perempuan tidak tahu malu disimbah dengan air. Muka cantik tapi mulut tidak berinsurans. Mudahnya merendahkan maruah orang lain.
"Let's go Ainnur. Selera tekak aku dah mati." Mira bingkas bangun dari tempat duduknya diikuti oleh Ainnur.
"Eeiii... perempuan tak guna!" Yuslina mendengus. Bahunya mahal sudah basah dan dikotori air berwarna merah itu.
Teman-teman Yuslina menutup mulut menahan tawa.
MIRA Ezuryn memandang gelas minumannya yang kosong. Adakah berita 'pertunangan' yang dibawa oleh Yuslina adalah benar? Amel Fattah dan Yuslina sudah bertunang. Jika benar, mengapa lelaki itu berahsia dari dia. Mira Ezuryn duduk menyilangkan tangan. Riak wajahnya kelat. Hampir sejam dia menunggu di kafe itu, bayang Amel Fattah masih tidak kelihatan. Amel Fattah jarang lewat begini.
Mira Ezuryn mengerling semula jam di tangan. Renyai-renyai hujan di balik cermin kaca putih masih belum berhenti. Mungkin Amel Fattah tersekat di traffic jam. Mira Ezuryn cuba menghubungi Amel Fattah. Panggilan tidak berbalas. Hanya pesanan suara yang kedengaran.
Mira Ezuryn menopang dagu. Keluhan-demi keluhan keluar dari bibirnya. Kenapalah hidupnya susah sangat. Berliku-liku jalan di hadapannya.
"Mira..." Suara Amel Fattah menyentak lamunan Mira Ezuryn.
Amel Fattah sudah terpacak di depan meja.
"Maaf terlewat sedikit."
"Duduklah."
"Kenapa muka monyok ni?"
Mira Ezuryn mengalihkan pandangan mata dari menatap wajah Ame Fattah.
"Mira..." Amel Fattah memanggil lagi. Tidak senang dengan gelagat Mira Ezuryn yang seakan tidak mengendahkan dia.
"Kenapa Amel tipu Mira?"
"Tipu? bila Amel tipu Mira?"
"Yuslina... Yuslina tunang Amel datang bertemu dengan Mira."
Berkerut-kerut dahi Amel Fattah.
"Bila pulak Amel bertunang?"
"Siapa Yuslina?"'
"Yuslina tu kawan Amel dari kecil. Anak pada rakan karib papa."
"Oh, patutlah..."
"Mira... Amel memang tidak tahu-menahu hal ini. Percayalah."
Mira Ezuryn masih tidak mengalih pandang ke arah Amel. Dia berkecil hati. Nyata keluarga Amel Fattah tidak akan menerimanya sebagai bakal menantu.
"Family Amel tidak sukakan Mira."
Amel Fattah melurut rambutnya ke belakang.
"Amel hanya akan berkahwin dengan Mira."
"Mulut hanya boleh berkata-kata saja Amel." Mira Ezuryn memeluk tubuh. Dia sudah tiada sesiapa di sisi. Hidupnya terbuang. Dia mengharap dapat menumpang kasih pada keluarga lelaki itu tetapi sayang dirinya bukan calon menantu pilihan.
"Suka hati Miralah nak percayakan Amel atau tidak." Amel Fattah meninggikan suaranya.
"Mira tak mahu kacau tunangan orang."
"Mira... Amel tak suka ulang ayat yang sama. Amel tak tahu tentang hal pertunangan tu."
"Jadi, Amel tanyalah pada family Amel. Mereka lebih tahu bukan?'
Amel Fattah diam.
"Mira dah balik. Panas kerusi Mira tunggu Amel." Mira Ezuryn bingkas bangun.
Amel Fattah membiarkan sahaja Mira Ezuryn berlalu pergi. Tidak guna memujuk jika hati wanita itu sedang amarah.
bersambung....
YOU ARE READING
BENCIKU CINTAIKU
General FictionSinopsis Perkahwinan yang terbina antara Tajul Qhalif dan Nina Ezuryn terlerai akibat perasaan dengki manusia yang tidak suka melihat kebahagiaan mereka. Kejamnya Tajul Qhalif memisahkan Nina Ezuryn dengan anaknya yang masih kecil. Pilihan dibuat de...