BENCIKU CINTAIKU - Bab 2

288 12 3
                                    

"TUAN Tajul..."

Matanya melirik ke arah kereta yang bergerak meninggalkan parkir restoran terbabit.

Dia menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Kau dapatkan maklumat tentang lelaki ni."

"Baik."

"Berapa lama hubungan mereka?"

"Dalam tiga tahun."

Tiga tahun? Hujung dagu dipaut. Tidak diketahui apa yang berada dalam benak fikirannya.

Hubungan lelaki itu dengan Nina Ezuryn sudah berakhir. Namun, segala pergerakkan bekas isterinya masih diintip senyap-senyap. Masih ada perasaan kasih dan sayang lelaki itu pada bekas isterinya? Persoalan yang yang kabur jawapannya.

"Kita beredar," dia mengarah kepada orang suruhannya.

Kereta bergerak keluar. Lelaki itu membisu sepanjang perjalanan. Tingkahnya masih salam seperti tujuh tahun lalu. Tiada banyak perubahan. Riak tidak menunjukkan sebarang emosi dan sukar untuk dibaca.

Kereta dipandu memasuki ruang perkarangan vila mewah itu sebaik pintu automatik terbuka. Tajul Qhalif menolak pintu kereta lalu melangkah keluar. Vila mewahnya sunyi sepi dan suram. Tampak seperti tidak bernyawa. Persona yang memberikan nafas untuk bernyawa itu telah mengkhianati sang pemilik.

Ruang tamu yang luas sekitarnya hanya terisi dengan sofa tamu mewah jepara luxury classic dan sebuah televisyen. Tajul Qhalif seorang tidak gemar suasana yang padat dan menyakitkan mata. Dia lebih menggemari struktur rekaan dalaman yang ringkas tetapi berkualiti.

Segelas air kosong sudah terhidang di dada meja tamu. Air kosong itu tidak disentuh. Matanya dilirik ke arah wanita berusia yang berkerusi roda yang menjadi penghuni tetap dalam vilanya. Hampir sebulan mereka tidak bersua muka.

"Kau masih tak dapat lupakan perempuan itu?" Madam Freda tersengih.

Tajul Qhalif membongkokkan sedikit tubuh. Bibirnya didekatkan ke telinga wanita tua itu.

"Perempuan tua, jaga-jaga sikit mulut kau. Jangan sampai lidah kau ditarik keluar," bisiknya perlahan.

Madam Freda menjegilkan mata. Anak harimau jika dibesarkan akan membaham tuan yang membelanya.

"Kau ugut aku? Ugutan kau itu tidak mampu menggugat aku."

Senyuman sinis terukir di hujung bibir. Dia bukan boneka Madam Freda untuk dipergunakan dan dikawal pergerakannya. Madam Freda masih berada di vila ini kerana dia masih mengenangkan 'kebaikan' wanita itu membesarkan dia.

"Aku akui kau memang tidak pernah takut kerana kau umpama ular berbisa yang masih mempunyai tulang belakang. Macam-macam onar kau lakukan, kau masih bernasib tidak duduk dalam jeriji besi."

"Tempat itu tidak akan aku jejak sampai aku mati. Kau belum layak mengheret aku ke sana." Angkuh nada suara Madam Freda.

"Belum tiba masa untuk aku sumbat kau ke situ. Aku masih belum puas melihat kau sengsara dan menderita," balasan kata yang sentiasa menyemarakkan api kemarahan Madam Freda.

Tajul Qhalif mengaturkan langkah. Madam Freda merengus kasar. Perasaan benci terhadap lelaki itu tidak pernah padam. Api dendamnya masih panas membahang mencengkam tubuh. Dia ingin melihat keturunan lelaki itu tersungkur di kakinya.

"Bawa aku masuk ke bilik aku!" Madam Freda mengarah gadis di belakangnya.

Bibirnya menghamburkan memaki-hamun dengan butiran kata ditujukan kepada gadis terbabit. Tajul Qhalif memekakkan telinga. Tali leher dilonggarkan. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Bila bacaan itu menjadi tempat dia menenangkan perasaan yang berkecamuk. Benak fikirannya tidak pernah surut dengan masalah.

Musuh sentiasa mencari titik kelemahan untuk menjatuhkan dia. Malah ada antara musuhnya menginginkan dia mati. Tidak semudah itu dia terjerumus dalam perangkap musuh-musuhnya. Dia menutup kelopak matanya.

Perlahan-lahan pintu bilik itu terkuak. Kelihatan figura bertubuh kecil melangkah masuk.

"Papa..."

Budak lelaki berusia lingkungan enam tahu itu melekapkan kedua belah telapak tangan ke pipi Tajul Qhalif.

Tajul Qhalif membuka mata

"Papa penat. Berikan masa sedikit kepada papa untuk berehat sebentar. Papa akan temankan Aisy bermain."

Tangan kasarnya mengusap-usap kepala budak lelaki itu. Budak lelaki itu mengangguk memahami kata-kata ayahnya. Dia turun dari riba Tajul Qhalif lalu duduk berhampiran meja yang tersedia dalam bilik berkenaan.

Dia menarik zip beg mengeluarkan buku dan pensel warna. Raut wajah comel yang mula khusyuk melakukan kerjanya menjadi tatapan mata Tajul Qhalif. Mata berwarna coklat dan bibir itu saling tidak tumpah dengan ibunya.

"Nina..." Nama yang wanita yang dicintai dan melukainya meluncur dari bibir.

Masakan dia akan membiarkan wanita itu mengecapi bahagia. Nina Ezuryn tidak layak memiliki kebahagaan itu. Dia akan menghancurkannya. 

Bersambung....

BENCIKU CINTAIKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang