BENCIKU CINTAIKU-Bab-5

325 14 5
                                    


"APA semua ni mama?" Amel Fattah mendengus. Dia langsung tidak tahu-menahu tentang pertunangan yang diaturkan oleh papa dan mamanya itu. Tup-tup dia dan Yuslina sudah bertunang.

"Kami sengaja nak suprisekan Amel."

"Surprise apa kebendanya. Papa dan mama tahukan yang Amel sudah ada Mira. Sampai hati papa dan mama buat Amel begini?"

"Budak Mira tu tak tahu asal keturunannya?" Bibir Puan Hamidah muncung panjang. Dia memang tidak berkenan dengan pilihan anak lelakinya itu. Entah di mana keistimewaan perempuan salesgirl itu? Mata anaknya dibutakan dengan cinta tak bertempat.

"Mama..."

"Amel kena dengar cakap papa dan mama!" Encik Alimin mencelah.

"Amel akan putuskan pertunangan ni."

"Jangan nak buat papa dan mama malu!" Puan Hamidah bangun dari duduknya. Anak sulungnya ini gemar benar membantah. Ada saja yang tidak kena. Yuslina itu tiada yang kurangnya. Gadis itu dari kalangan orang yang baik-baik. Bukan orang lain, anak kepada rakan kongsi suaminya. Mereka telah lama sepakat mahu menjodohkan Amel Fattah dengan Yuslina sejak keduanya masih kecil lagi.

"Amel takkan berkahwin dengan sesiapa kecuali dengan Mira!" Amel Fattah masih bertegas. Dia perlu mempertahankan perhubungannya dengan Mira Ezuryn.

"Amel!" Encik Alimin meninggikan suara.

"Please... Amel sudah dewasa bukan budak kecil lagi. Biar Amel tentu sendiri pasangan hidup Amel sendiri."

"Jangan jadi anak dehaka Amel!" Puan Hamidah merenung wajah anak sulungnya itu tajam. Sejak Amel Fattah berkawan dengan Mira Ezuryn, anak lelaki itu semakin pandai melawan.

"Papa, mama... sekarang bukan zaman filem Antara Dua Darjat lagi. Anak-anak kena turut kata orang tua. Amel anak lelaki. Malulah anak lelaki masih hendak ikut telunjuk orang tua. Mama ingat Yuslina tu baik sangat." Amel Fattah mula hilang sabar.

"Mama tetap takkan terima Mira. Kau ingat mama tidak tahu siapa Mira yang kau puja sangat tu. Mira tu janda kan?" Terbeliak-beliak biji mata Puan Hamidah.

"Kalau janda pun apa salahnya."

"Kau jangan buat malu keluarga kita, Amel. Kau nak oranng sekeliling mengata kita. Macamlah tiada anak dara yang kau berkenan." Encik Alimin mencelah. Mana hendak letakkan muka mereka jika anak lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang sudah bergelar janda.

"Amel malas nak bertekak dengan papa dengan mama lagi. Amel tetap denngan pendirian Amel. Suka atau tidak, Mira akan menjadi menantu dalam rumah ini." Amel Fattah melanngkah keluar.

Puan Hamidah mengetap bibir.

"Kita kena buat sesuatu bang. Kita kena pisahkan Amel dengan Mira." Puan Hamidah memandang suaminya itu.

Encik Alimin melepaskan keluhan berat.


TAJUL Ashikin leka menatap gambar yang masih terhisa di dada meja kerjanya itu. Saban waktu wnaita itu dirinduinya. Mulut mengatakan benci tetapi hatinya masih mengatakan cinta dan sayang.

Ah, kenapa dia cepat berputus asa dulu? Dia yang bodoh melepaskan wanita itu pergi dari hidupnya. Dia sepatutnya membela wanita itu. Dia kembali untuk menembus kesilapan lalu. Ada janji yang perlu dituntut. Dia akan pastikan wanita itu kembali ke sisinya semula. Tiada sesiapa yang akan menghalangnya kini. Tidak akan dibiarkan lelaki lain mendekati wanita yang paling dia cintai itu

"Walid!" Pintu kamar pejabatnya itu dikuak perlahan. Budak lelaki berusia dalam lingkungan lima tahun itu melangkah masuk. Bibirnya mengulum senyuman. Terserlah lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya itu.

Perlahan-lahan dia aturkan langkah merapati Tajul Ashikin. Tajul Ashikin seakan tidak menyedari kehadirannya. Terjengket-jengket dia pada meja Tajul Ashikin untuk melihat sama gambar tersebut.

"Walid tengok gambar siapa tu?" soalnya lembut.

Serta-merta Tajul Ashikin tersedar dari lamunan. Dia menekup gambar itu ke dada meja.

"Papa tak tengok gambar sesiapa pun." Tubuh budak lelaki itu diangkat naik ke ribanya.

"Tak baik tipu Aisy."

"Aisy dah makan." Topik perbualan berubah arah.

Anaknya menggelengkan kepala.

"Aisy makan sandwich je."

"Kalau begitu, Aisy temankan walid lunch."

"Kita makan nasi ye."

"Okay."

Tajul Ashikin bingkas bangun mendukung tubuh Tajul Aisy.

"Berat dah anak walid ni."

Tajul Aisy hanya tersengih. Dia memaut leher ayahnya itu. Kebiasaannya Hadi akan menjemput Tajul Asiy dari tadika dan terus hantar ke vilanya. tetapi hari ini dia mengarahkan Hadi membawa Tajul Aisy ke pejabat. Tajul Aisy banyak mengadu tentang sikap moyang yang dingin itu. Tajul Ashikin tidak pernah mengiraukan tingkah wanita itu yang adakalanya menyakitkan hati.

Wanita itu tidak pernah menyukai dari usianya kecil lagi. Dendam wanita itu pada arwah ayahnya seakan tidak berkesudahan.

"Walid... bila Aisy nak dapat umi?" soalan anaknya dibiarkan tergantung sebelum ini.

Walid akan dapatkan umi untuk Aisy." Kali ini Tajul Ashikin memberikan jawapannya.

"Aisy akan ada umi?" Tajul Aisy cemburu melihat rakan-rakan yang punya ibu bapa. Dia ingin juga merasai kasih seorang ibu.

"Ya, sayang. Walid akan cari umi Aisy."

"Janji."

"Janji."

Tajul Asiy senyum lebar.

Tajul Ashikin merapati meja pembantu peribadinya itu. Dia tidak memperlukan seorang setiausaha. Hadi sudah cukup berkaliber membantu segala kerjanya di pejabatnya itu.

"Hadi... saya mungkin tak masuk terus ke pejabat. Jika ada apa-apa urusan penting baharu awak hubungi saya. Jika tidak, awak minta Mr.Edward handle terus bagi pihak saya."

"Baik, Encik Tajul."

"Dan pastikan staf balik ikut pada masanya."

"Baik, Encik Tajul."

Tajul Aisy menlambaikan tangan pada Hadi. Hadi, lelaki itu jarang tersenyum tetapi orangnya jujur dan baik hati. Kepercayaan Tajul Ashikin tidak pernah dikhianati.


BENCIKU CINTAIKUWhere stories live. Discover now