Part 2

107 14 0
                                    

"Ada orang tak, saya..." sebelum sempat Hana mengabiskan ayatnya. Pintu itu sudah terbuka.

Maka muncullah seorang lelaki muda lingkungan 20an di muka pintu. Lelaki itu kelihatan seperti baru bangun tidur dengan rambutnya yang kusut, matanya yang sepet, namun..... HENSEMNYAAA!!. Jerit hati Hana.

Matanya dengan cepat menganalisis lelaki tersebut. ' walaupun muke pisat2 bangun tidur, hanya bersinglet dan berseluar pendek paras lutut, muka dia tetap.. Hensem, kacak, bergaya.. Tapi, macam pernah tengoklah.. Urm, kat mane ye.. Ntah2..

Dalam tv kot!! Sebab muka dia memang standard dengan artis2 terkenal.. Haha..' hana terus bermolong sendirian dalam hati.

Tanpa dia duga Hana telah berdiri disitu selama 2minit dengan mulut terganga sambil mata tepat memandang lelaki tersebut. Dia tak ubah seperti patung cendana.

"Cik, boleh saya bantu? Cik, cik!" panggil lelaki itu. 'apahal pulak minah ni" getus hatinya.

"Cik!!!" jeritan itu berjaya mengejutkan Hana dari mimpi indahnya. Dia kini kembali ke dunia realiti. Mukanya merah padam. 'dah berapa lama aku berangan ni'

"Saya Hana. anak dari keluarga di rumah sebelah. Omma saya kirimkan makanan untuk keluarga awak kerana awak baru pindah semalam. Omma cakap dia harap kita akan jadi jiran yang baik. Tu je. Nah. Saya balik dulu." Hana menghabiskan ayatnya selaju mungkin seperti penyanyi rap profesional. Dia segera menghulurkan makanan tersebut dan berlalu pergi.

Lelaki itu mencapai makanan tersebut dan hanya memerhatikan Hana berjalan dengan laju dengan perasaan yang pelik.

"Aigoo. Pelik la minah tu. Apa2 jela. Lapar pula. Makan dulu la."

* * * * * *

Hana meluru masuk ke rumahnya dan menuju ke bilik. Ommanya yang berada didapur kehairanan dengan perangai anaknya. 'Hai, macam2 lah perangai anak dara aku ni' getus ommanya dalam hati.

Hana meluru masuk ke biliknya dan pantas tangannya menutup pintu. Dia bersandar dibelakang pintu sambil memegang dadanya yang berdegup kencang. Penat berlari. Mungkin.

'Isy, macamana aku boleh berangan pula depan mamat tu tadi. Buat malu jelah.' marah Hana kepada dirinya sendiri. Kepalanya diketuk perlahan. Tiba2 dia tersenyum sendiri.

"Tapikan... Dia tu memang hensem la. Kacak. Macho. Sukanya2." ujar Hana sambil menumbuk2 lembut bantalnya. Dia berguling2 di atas katil sambil tersenyum.

"Inikah yang dinamakan cinta. Makan tak basah. Tidur tak kenyang. Mandi tak lena. Bagaikan berada di awan-awangan." bebel Hana sambil memintal rambutnya. Tiba2 dia segera berdiri dengan mengejut.

"Pergh.. Macam pro lah pulak aku berpuisi. Gila lah. Unbelievable." dia mengeleng2 kepalanya sambil menuju ke bilik mandi.

* * * * * *

"Hmmp.. Sedapnye makcik ni masak. Standard restoran terkenal lah" tangannya laju menyuap makanan ke mulutnya. Tiba2 pintu dapurnya terkuak. Masuk seorang wanita sambil memegang beberapa plastik beg lalu diletakkan diatas meja.

"Hakyeon-ah, mana kamu dapat makanan ni. Kamu pesan ke?" tanya wanita lingkungan 50an itu.

"Takda lah omma. Tadi anak jiran sebelah hantar. Katanya dia nampak kita baru pindah semalam. Sedaplah omma. Omma nak rasa?" Pelawa Hakyeon. Ommanya menggeleng.

"Takpalah omma dah makan dengan appa masa pergi pasar tadi. Omma nak siap2 masaklah. Omma kenalah balas makanan yang dihantar ni.". Segera tangan wanita itu memunggah barang yang dibelinya.

"Ha, lupa omma nak tanya. Bila kamu nak pulang ke seoul? Walaupun itu syarikat appa kamu. Kamu tak bolehlah cuti lama sangat" bebel ommanya.

"Ya, saya taulah omma. Esok saya masuk kerja. Petang nanti saya siap pulang ke seoul" balas hakyeon.

* * * * * *

"Makanan yang omma siapkan tu da ambil sekali? Nanti tinggal pulak" tanya ommanya.

"Dah omma. Semua dah ambil dah. Hana nak gerak dah ni." sambil memeluk ommanya kemudian appanya pula.

"Bawa kereta hati2 ya. Jangan laju2" pesan appanya.

"Ok appa. Saya pergi dulu." katanya sambil membuka pintu keretanya. Sebelun kereta bergerak, dia sempat melambai2 ke arah omma dan appanya.

* * * * * *

"Letihkan hari ni. Kelas dari pagi tadi. Letih gila." Hani mengeluh. Hana mengganguk.

"Sekarang ni aku nak makan banyak2. Lapar." Kata Nana sambil mengosok2 perutnya. Matanya tepat memandang meja yang penuh dengan makanan yang dipesan mereka.

"Mari makan" kata mereka serentak.

"Wei, yang pasal jiran kau yang hensem tu kan. Aku teringinlah nak jumpa. Kalau kau balik busan aku nak ikut." kata Hani dengan mulut yang penuh.

"Ikot balik boleh. Tapi kau jangan sesekali nak try dia ok. Aku dah cop dia dulu." pesan Hana.

"Ala, kenapa pulak? Kalau kau suka dia kenapa kau tak cakap je dengan dia hari tu?" Hani mencebik. Merajuklah konon.

"Takkan tetibe aku nak cakap aku suka kat dia. Kau ingat aku ni dah tak waras ke?" marah Hana. Nana mengangguk.

"Betul tu. Nanti lelaki tu cakap si Hana gila pulak. Haa lagipun kau tu dah ada Si Jaehwan tu. Kau nak campak dia kat mana" tambah Nana.

"Hee.. Ala aku gurau je. Aku setialah dengan Jaehwan" Hani tersengih menampakkan kesemua giginya.

* * * * * *

Hana yang baru siap membeli barang dapur segera masuk ke dalam kereta. Laju keretanya meluncur ke destinasi seterusnya iaitu ke kafe. Tekaknya tiba2 teringin minum latte ice blended.

Setelah sampai di depan kafe, kakinya dihayun menuju ke pintu masuk kafe. 'Huh, nasib baik tak ramai' desis hatinya. Dia ke kaunter untuk membuat pesanan.

"Selamat datang cik. Boleh saya ambil pesanan?" tanya pekerja kafe itu. Ramah.

"Saya nak ice blended latte, tambah krim atas nak lebih ye" pesan Hana.

"Saya nak sama! Macam dia." tiba2 muncul satu suara dari kaunter sebelah. Hana dapat merasakan bahawa 'orang' tersebut sedang memandangnya sambil menunding jari kearahnya. Perlahan dia memusingkan kepala kearah pemilik suara tersebut.

BERSAMBUNG...

#sedikit bebelan#

Hope korang suka. Sorry kalau tak best sgt sbb sy budak bru.. haha.. sorry jgak diatas segala typo ye (klau ade typolah). Sila komen klau ade idea ke pape ke. Mohon vote tok ff sy. Sekian. Annyeong..

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now