Part 8

16 0 0
                                    

"Nak dengar satu cerita tak?" Tanya Hani sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Cerita apa?"tanya Hakyeon yang kebingungan melihat reaksi Hani.

"Cerita pasal buah hati awak tulah. Nak tak?" Sampuk Nana pula. 'Pasal Hani?'. Getus hati Hakyeon. Dia mula menunjukkan minat.

"Nak2"

-Skip-

Setelah selesai makan mereka pun beransur bangun untuk pulang. Nana dan Hani laju berjalan meninggalkan Hana dan Hakyeon. Nak bagi peluang Hana dan Hakyeon berdua2 kononya.

"Saya hantar awak sampai kat kereta ok" ujar Hakyeon. Hana mengangguk. Mereka jalan beriringan.

"Awak, nak tanya sikit boleh?" Tanya Hakyeon.

"Aik, macam serius je siap nak kena minta izin bagai ni. Nak tanya ape tu?" Balas Hana. 'Pelik, sejak bila siap nak kene minta izin sebelum tanya ni'.

"Apa ex-bf awak buat dulu sampai awak kecewa berbulan dan tak nak bercinta lagi?" Tanya Hakyeon perlahan. Hana terkejut. Dia berhenti melangkah.

"Mana awak tahu ni? Ni mesti dua ekor nenek kebayan tu yang cakap kan? Nak kena stepler la mulut diorang ni baru boleh diam." Bebel Hana sambil tangannya mengenggam penumbuk.

"Takdelah. Diorang cuna pesan kat saya jangan kecewakan awak sebab awak dah pernah dikecewakan dulu. Sampai awak tak nak bercinta lagi." Ujar Hakyeon. Muka Hana tiba2 berubah. Dia berjalan semula.

"Takda apalah. Cerita lepas buat apa nak ingat. Saya bukan tak nak bercinta tapi hati saya belum jumpa dengan pemilik dia yang betul lagi. Tu je." Ujar Hana perlahan. Mereka sampai du kereta Hana. Hana membuka pintu kereta.

"Oklah, saya balik dulu. Thanks hantar kat sini" ujar Hana sambil tersenyum hambar. Tak tahu mengapa topik tadi boleh menghilangkan moodnya.

"Ok, hati2 drive. Apa2 call saya. Good night." Balas Hakyeon. Dia hanya memerhatikan kereta Hana meluncur beredar dari situ. Dia menuju ke keretanya dan memandu ke rumahnya.

Di dalam kereta Hana asyik memikir kan hal tadi. 'Nampak macam aku marah ke tadi ek. Ke nampak macam bad mood je? Ala, rasa bersalah la pula kat Hakyeon. Mesti dia fikir aku marah kat dia. Ni semua pasal budak dua ekor tu. Siaplah diorang balik ni' bebel Hana di dalam keretanya.

Pada sisi lain pula, Hakyeon juga sedang memikirkan hal tadi. 'Marah ke dia kat aku? Ke aku ada tersalah cakap apa2? Aduh.. kenapa ek? Tak pun mesti dia tak suka nak ingat apa yang ex dia dah buat kat dia. Sebab tu kot. Aku mesti cari apa sebab diorang break up. Sebab aku tak nak buat benda yang sama yang menyebabkan Hana kecewa. Aku mesti kena cari sebabnya!'

Syarikat KY

Kelihatan seorang lelaki bercakap di talian sambil tangannya mencatat sesuatu. Talian dimatikan. Tangan pantas menekan telefon diatas mejanya.

"S/u Baek. Masuk pejabat saya" arahnya. Tidak lama masuk seorang lelaki sambil tunduk kepadanya.

"Ada apa boleh saya bantu tuan?" Tanya s/u-nya.

"Pasal gadis yang saya suruh siasat tu, dia sekarang tengah cari kerja. Awak keluarkan satu iklan jawatan kosong yang sesuai dengan bidang dia. Pastikan dia berkerja disini. Iklankan dimana2. Sampai dia jumpa" Arahnya.

"Tapi tuan mesti yang akan datang interview. Macam mana tuan?" Tanya s/u Baek.

"Tu awak pandai2 uruskan. Suruh sesiapa siapkan bilik untuk jawatan tu sekali."

"Baik tuan. Saya keluar dulu"

******
Hana menemui satu iklan jawatan kosong di intrrnet yang sesuai dengan bidangnya. 'Wah, syarikat besar ni. Aku mesti try. Mana tau dapat.' Getis hatinya. 

Keesokkan harinya Hana peegi ke Syarikat KY untuk interview. Tapi yang peliknya. Apabila dia habis intetview saja dia terus diberitahu yang dia diterima. Tapi ramai lagi yang beratur diluar. Mungkin ada dua jawatan kot, atau mungkin memang rezekinya fikirnya.

Hana baru memberitahu Hakyeon yang dia bari sahaja diterima berkerja disebuah syarikat. Jadi Hakyeon bercadang untuk meraikan kejayaan Hana pada hujung minggu. ‘Nak buat kejutan apa ek?’ Hakyeon berfikir sejenak.

“Aduh, aku bukan pandai sangat romantik2 ni. Macam mana ni. Haa.. Cari internet!” pantas telefon pintarnya dicapai. Tangannya laju mencari idea2 romantik di internet.

“Belon dalam bonet?urm... Tu dah biasa. Candle light dinner? Lagi biasa. Whats next?” matanya masih melilau mencari idea. Tiba2..

“Haaa... Ni dia. Ni yang kita cari. Hahaha. Kau sungguh hebat Hakyeon. Syabas” Hakyeon menari kegirangan di katilnya.

* * * * * *
Hana sedang bergolek2 diatas katil sambil bermain fonnya. Tiba2 satu mesej masuk dari Hakyeon.

[Ahad ni free tak? Nak ajak dinner la]
[Free. Orang nak belanja makan gila tak nak. Nak2!]
[Ok, jangan lupa ok ahad malam. Saya datang ambil kat rumah]
[Ok got it]

Hana meletakkan fonnya ditepi. ‘Nak pakai baju apa ek? Haa.. Baju yang beli masa shopping dengan dorang hari tu'. Hana bangun menuju ke almari. Sehelai dress paras lutut berwarna cream. Dia mengukur baju tersebut dibadannya sambil melihat dicermin.

“Haa.. Cantik2. Hana kot. Takkan tak cantik. Kalau cakap tak cantik tu jeles la tu. Hihihi” bebel Hana sambil gelak ala2 gedik sikit. Dia menuju ke almari semula.

“Ok baju selesai, kasut pakai yang ini. Beg... Beg yang ni. Beres. Ok nak tidur. Lusa hari ahad baru bangun. Haha” Hana bermonolog lagi. Dia menuju ke katil. Selimut ditarik menutupi badannya.

Di pejabat CEO syarikat KY

Setiausaha Baek mengetuk dan masuk ke bilik CEOnya dengan membawa fail. Fail itu diletakkan di atas meja tuannya.

“Tuan, perempuan yang tuan cakap tu, dia dah interview masa tuan outstation hari tu. Ni fail resume dia” ujar S/u Baek.

“Kamu dah cakap yang dia diterima berkerja disini?”

“Dah tuan. Tapi saya bagitau walaupun dia diterima, dia tetap kene interview dengan tuan sekali lagi dengan tuan minggu depan.”

“Bagus, ok Thanks S/u Baek”

“Baik tuan, kalau takde apa2 lagi saya keluar dulu ya”

“Takde apa2 dah.”

S/u Baek tunduk hormat dan keluar. Fail yang diberi oleh s/unya tadi diambil dan dibuka. Resume gadis itu dibaca satu persatu.

“Hana, awak cantik macam dulu. Makin cantik. Saya tak sabar nak jumpa awak.” gambar di resume gadis itu dipegang. Dia tersenyum sendiri.

Bersambung...

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now