Part 7

131 11 1
                                    

"Sama2 puan. Takpelah. Ni kira praktis bila kami dah ada anak nanti. Isteri saya pun memang suka budak2. Kan sayang?" Balas Hakyeon sambil memeluk bahu Hana. Hana membeliakkan matanya kearah Hakyeon namun dibalas dengan pandangan tak bersalah.

"Semoga awak berdua dapat anak yang comel2 ye. Saya pergi dulu. Minguk, ucap terima kasih kat noona dan hyung"

"Gomasupnidda" ucap minguk sambil tunduk hormat. Mereka pun beredar. Hana segera memandang Hakyeon dengan pandangan 'Saya mahu penjelasan!!'

"Apa? Saya ada salah cakap pape ke?" Tanya Hakyeon dengan muka tak bersalah.

"Ewah, boleh tanye pulak ada salah cakap ke tak. Tadi tu apa? Tak baik tipu tau" Hana bercekak pinggang. Lengan Hakyeon dicubit. Hakyeon mengaduh.

"Takdelah. Mana ada tipu. Tu kan bakal terjadi akan datang. Nanti kita kawin mestilah ada anak semua tu kan" Balas Hakyeon dengan muka selamba.

"Ehhh, apa kita2 ni ni? Kawin? Bila masa saya cakap nak kawin ni? Bila? Bila?"

"Yelah, hari tu awak cakap awak suka kat saya. Kalau suka sama suka oklah tu. Boleh kawin"

"Saya cakap suka je. Tak cakap nak kawin. Pandai2 je awak ea"

"So, awak tak nak kawin dengan saya la ni? Awak sajalah nak main kan perasaan saya?"

"Bukan tak nak. Tapi.. tengoklah prestasi awak macam mana nanti. Kalau ok, oklah" ujar Hana dengan muka berlagak.

"Fine, macam ni kan. Hari cakap lain, cakap suka, ni cakap lain pula. Takpelah. Tak jadilah pergi makan. Saya letih nak balik" Hakyeon merajuk. Dia memalingkan tubuhnya dan berjalan menuju ke kereta. Hana yang dibelakangnya tak mampu menahan ketawa pantas menekup mulutnya. Dia tersenyum suka. 'Kuat merajuk jugak orang tua ni'.

Setelah beberapa langkah Hakyeon dihadapan. Hana pantas berlari mendapatkannya lalu memeluknya dari belakang.

"Merajuk je tahu. Guraulah." Ujar Hana dalam tawanya. Tangannya masih memeluk Hakyeon. 'Alolo comellah buat muka camtu'. Getus hatinya.

"Dahlah. Takde mood nak gelak. Letihlah" balas Hakyeon yang masih merajuk. Tangan Hana dilepaskan dari memeluk pinggangnya.

"Ala. Janganlah merajuk. Jomlah pergi makan. Laparlah." Pujuk Hana. Hakyeon tetap tidak berganjak. Matanya diarahkan ke tempat lain.

"Oppa~~laparlah. Jomlah makan. Eh? Eh?" Pujuk Hana lagi dengan membuat muka comel di depan muka Hakyeon. Matanya dikebil2kan bagi menambahkan lagi kecomelannya. Hakyeon yang tak mampu menahan tawanya tersenyum melihat wajah Hana. 'Hai, kenapalah comel sangat dia ni. Cair akulah'

"Yelah. Saya pon lapar ni. Jom" balas Hakyeon sambil menari tangan Hana. Hana bersorak keriangan kerana strateginya berjaya.

KEESOKKAN HARINYA

Hana, Hani dan Nana pulang ke rumah dengan wajah kepenatan. Penat menguruskan hal konvokesyen mereka yang bakal berlangsung minggu depan.

"Letihnya wei, banyak pula prosesnya tadi" Keluh Hani.

"Tulah, ramai pula tu. Penat la tercegat tunggu giliran." Tambah Hana pula.

"Apa yang penting kena cepat cari kerja pasni. Kalau tak takde duitlah wei" Pesan Nana pula. Mereka mengangguk. Mereka telah berjanji untuk berkerja di seoul bersama.

"Okey minggu depan mula cari kerja. Setuju?!" Tanya Hani dengan lantang seolah-olah rakan2nya itu pekak.

"Setuju!"

--skip--

Hana sedang berjalan keluar dari sebuah syarikat sambil membawa fail. Dia tersenyum. Fail itu dipeluknya. 'Minta2 interview tadi berjaya. Tak sabar nak kerja'. Dia berjalan semula menuju ke keretanya.

Tiba2 telefonnya berdering. Nama di skrinnya dibaca. 'Oh, Hani. Kenapa dia telefon pula ni'.

"Yeobseo, Hani. Kenapa?"

"Kau katne? Dah habis interview?"
"Dah. Kat kereta. Nak gi pasar jap nak beli barang dapur sikit."

"Oh, ingat nak ajak pi shopping. Nak beli baju baru. Si Nana ni dah dapat kerja. Excited nak beli baju baru"

"Oh yeke. Bestnye. Oklah aku follow korang. Kejap lagi aku datang."

Jadi mereka bertiga pun bershopping sampai tak ingat dunia. Hampir kesemua kedai di shopping itu disinggah walaupun tak membeli apa2. Sedar2 sudah jam 6.30 petang.

"Woi, lapar lah" rungut Hani dengan muka seposen.

"Samalah. Tak larat lagi nak jalan. Tangan ni dah berat dah" tambah Nana pula.

"Kalau macam tu jomlah gi makan. Jom kita gi cari tempat makan best pula" cadang Hana. Mereka semua bersetuju dan menuju ke kereta. Hana memandu seorang manakala Hani dengan Nana. Tiba2 handphone Hana berbunyi menandakan ada mesej masuk.

[Hai, awak sibuk ke?]
[Taklah. Baru balik shopping. Nak gi makan. Lapar pula. Kenapa?]
[Takde apa saja. Saya pun baru nak balik ni. Lapar jugak]
[Jomlah join kitorang. Nanti saya send location.]
[Takpe ke? Kawan awak ok?]
[Ala dorang oklah. Jangan risau]
[Ok. Saya datang. Tunggu tau]
[Ok]

Di kedai makan

Mereka berempat makan dengan berselera sambil bercerita tentang ragam mereka dirumah. Lagi2 Hani yang gemar membuat lawak.

"Sorry lah kalau bising. Hani ni memang macam ni." Ujar Hana. Segan dengan perangai rakannya.

"Takpe, saya tak kesah" balas Hakyeon.

"Kejap ye, saya nak ke tandas." Ujar Hana. Dia bangun menuju ke tandas. Hakyeon hanya memerhati dari belakang. Tiba2 bahu Hakyeon di cuit.  Dia segera menoleh.

"Nak dengar satu cerita tak?" Tanya Hani sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Cerita apa?"tanya Hakyeon yang kebingungan melihat reaksi Hani.

"Cerita pasal buah hati awak tulah. Nak tak?" Sampuk Nana pula. 'Pasal Hani?'. Getus hati Hakyeon.

Bersambung~~

Annyeonggggggg..!! Berjaya juga cita2 sy nk update dlm terdekat ni. Tq idea sbb sudi dtg kt otak sy ni. Kpd yg mbaca tu tengs sesgttt. Sorry klo bosan ye. Sila lah beri tnjuk ajr kpd newbie mcm sy ni *bow*. Jgn lupa vote ye. Klo sudi letak lah ff sy kt reading list awk. Klo sudi la *buat muka sedih*. Oklah mcm byk plak yg sy bebel. Tengs skali lah ye readers sume. Sy akn update dgn cepat lg ok. Tak sbar nk abes kan ff ni senau nyer. Part akn dtg akn masuk la wat.. tak.. b..*mulut da kene solotep oleh si Suga* 'SUGA YAHHH!!'

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now