Part 1

164 13 0
                                    

Di sebuah dewan kuliah di Seoul University.

Kelihatan seorang gadis tergesa-gesa mengemas bukunya selepas tamatnya waktu kuliah. Dia mengalas beg dan berlari kearah pintu keluar.

"Hana! Jung Hana!"

Namanya diseru. 'ish, sapa pulak panggil ni. Aku dah lambat ni' getus hana didalam hati. Dia toleh ke belakang. Kelihatan rakannya sedang memberi isyarat tangan supaya menunggunya.

"Wei, kau nak pergi mana ni, nak cepat2 bagai. Tunggulah aku ngan Hani. Cakap nak pergi lunch sekali" bebel Nana. Hana betul2 lupa dengan janjinya untuk lunch bersama sahabatnya itu. Lagipun dia ada hal lagi penting ni.

"Mianae. Jeongmal mianae. Aku tak boleh lah nak lunch sekali hari ni. Aku ada hal penting ni"

"Wae.. Ngajuk la macam ni" celah Hani yang entah bila munculnya disitu.

"Hal apa pula wei? Tak best la macam ni." tambah Nana.

"Omma aku sakit. Aku kena balik. Kau tau la omma aku tu lemah jantung. Aku takut la ape2 berlaku. Tu aku memang kena balik." luah Hana.

"Yela. Habis tu kau da kemas barang kau dekat rumah kita belum. Kalau belum, jom kitorang tolong kau." pelawa Nana. Hana memandang mereka berdua lalu memeluk mereka berdua.

"Wahh.. Terharunya aku. Aku tahu korang memang sahabat yang terbaik. Sayang korang" ujar Hana.

Di depan Rumah Sewa Hana.

"Betul semua barang penting dah bawa ea? Tengok2 kalau ada yang tinggal." tanya Hani.

"Ok, semua aku da bawa. Thanks tau korang tolong aku. Jaga diri baik2 ye kat rumah ni. Korang tinggak berdua je."pesan Hana. Risau pula nak tinggalkan mereka berdua.

"Yela, kau pun sama. Hati2 drive tu. Dah sampai busan nanti call kitorang tau." ujar Nana sambil memeluk Hana. Kemudian dia memeluk Hani pula.

Di Haeundae, Busan.

"Nak dekat sampai pun. Harap2 omma dah sihat lah." Hana mengomel sendirian. Tiba-tiba... Sebuah kereta meluncur laju dari arah bertentangan dengan Hana.

"Wei2, asal pula dengan kereta depan ni tak nampak ke jalan sempit ni. Macam mane nak muat 2 kereta." Hana mengelabah. Tangannya laju mengawal stereng. Bagi mengelakkan berlanggar, Hana segera membelokkan keretanya ketepi dan menyebabkan keretanya hampir saja menjunam ke dalam parit besar di tepi dalam tersebut.

"Isy, tak guna betul la lelaki tu. Masuk tempat orang berlagak pulak. Nasib baik aku tak masuk dalam ni. Kalau tak aku saman kau lahhh! Boleh jadi gila la macam ni.!!" Hana menjerit melepaskan sakit hatinya di dalam kereta. Dia mengundurkan keretanya dan segera meluncur ke arah rumahnya.

Malam tu..

Selepas makan, Hana mengurut bahu ommanya di ruang tamu sambil membebel kepada ommanya yang degil ingin membuat kerja sehingga sakit.

"Kalau omma tak tengok2kan restoran tu sapa lagi" alasan ommanya.

"Ala, apa gunanya omma gajikan pekerja semua tu. Diorang boleh jaga la omma. Tak pasal2 da pengsan kat restoran semalam. Omma mane bole penat2" bebel Hana.

" Yela, nanti omma arahkan budak2 tu" akhirnya puan jung mengalah dengan anaknya.

"Omma, dengarla ni. Petang tadi ada sorang mamat tu bawak kereta laju gila. Nasib baik tak langgar hana. Tapi kereta hana hampir je menjunam dalam parit tau. Kalau kereta jatuh tadi, takde hana malam ni nak urut omma taw." ngadu Hana.

"Lah.. Yeke.. Habis tu dia tak minta maaf ke?" tanya ommanya.

"Taklah omma. Dia tinggal macam tu je. Hana tengok muka dia je dah tahu dia memang berlagak. Dia bukan orang kampung ni. Muka macam budak bandar je."

"Takpe la Hana. Nasib baik kamu tak apa2" pujuk ommanya.

Pagi keesokkannya.

"Good morning, omma" sapa Hana pada ibunya yang sedang menyediakan ssarapan. Matanya melilau mencari sesuatu.

"Morning sayang. Apa yang kamu tercari2 tu?" tanya ommanya.

"Appa tak balik lagi ke? Cakap balik pagi ni."

"Appa cakap dia dari seoul singgah office dulu pagi ni. Hantar fail. Kejap lagi balik la tu." jawap ommanya. Hana mengangguk. Mereka bersarapan berdua.

"Hana kejap lagi kamu hantar makanan ni dekat ruma sebelah boleh. Kita ada jiran baru. Pindah pagi semalam. Orang seoul katanya." ujar ommanya sambil menyusun makanan dalam bekas.

"Lah, yeke.. Tak perasan pula semalam. Ok je. Mana makanannya?" tanyanya. Dalam hatinya terdetik 'manalah tahu ada anak lelaki... Bujang... yang HENSEM' hahaha.

Hana segera menuju ke rumah jiran dengan makanan yang dikirim oleh ommanya. Dia segera mengetuk pintu rumah tersebut.

"Annyeong haseyo"

"Ada orang tak?"

Namun tiada jawapan. Dia mengetuk pintu tersebut dengan lebih kuat.

"Ada orang tak, saya..." sebelum sempat Hana mengabiskan ayatnya. Pintu itu sudah terbuka.

Maka muncullah seorang lelaki muda lingkungan 20an di muka pintu. Lelaki itu kelihatan seperti baru bangun tidur dengan rambutnya yang kusut, matanya yang sepet, namun..... HENSEMNYAAA!!. Jerit hati Hana.

BERSAMBUNG...

* Sedikit bebelan si penulis *

Hai readers semua, ni ialah first fanfic yg sy buat. So, mmg byklah kekurangnnye disitu. Sy disini dgn rndah drinya nk mmohon maap kalau readers semua ade terjmpe ayat mcm kapal karam ke, typo yg berlmbak tu ke. Typo dn sy sukar dipisahkan. Haha.. jika ade sbrang cdgn, boleh comment ye. Sy sudi mendgr. Dan... sudi2lah menekan vote utk fanfic sy ni ea. Luv u olls. Xoxos..

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now