Part 5

104 10 0
                                    

Tanpa disedari airmatanya mengalir. Tangannya segera menyeka airmata itu dari terus mengalir.

"Aish. Asal lak aku boleh nangis ni? Buang masa jela nangis untuk dia" bebelnya seorang diri.Pantas tangannya mencapai selimut dan menafiknya ke paras dada. 'Tidur lagi bagus' getus hatinya. Matanya dipejam. Semoga hari2 akan datang aku tak pernah terfikir kan dia lagi. Dia berharap.

* * * * * *

Malam semakin larut. Komputer ribanya ditutup. Termenung seketika. Tangannya menarik laci disebelahnya lalu mengeluarkan sebuah kotak. Kotak yang mengandungi rantai pemberian Hana. Dia tersenyum sendiri.

'Dia seorang wanita yang ceria. Suka buat lawak. Suka cakap apa yang difikirannya. Tulah yang aku suka tentang dia. Haih, penat seharian kerja pun boleh hilang kalau tengok dia hari2' Hakyeon bermonolog dalam hati. Rantai itu dibelek2.

"Bilalah aku nak luah kat dia ni?" dia bertanya pada dirinya. Dia tersenyum sendirian. 'owhhh, orang bercinta memang macam ni eh?'

Keesokkan harinya..

Hakyeon sedang memeriksa fail diatas mejanya. Tiba2 pintu pejabatnya diketuk dari luar.

"Masuk" arahnya. Lalu masuk seorang lelaki lingkungan 30an menghampirinya sambil memegang fail.

"En Cha, saya nak ingatkan tuan tentang mesyuarat tuan di utara tengahari nanti. Saya dah siapkan helikopter untuk tuan supaya cepat sampai" Setiausaha Lee menerangkan tentang jadual Hakyeon pada hari tersebut.

"Hari ni ke? Bukan esok?" Hakyeon terkejut. Dia lupa tentang itu. Melepaslah hajatnya ingin mengajak Hana lunch tengahari ni.

"Tak, Tuan. Hari ni. Kita akan berangkat dengan ayah tuan sekali." tambahnya lagi.

"Okey.Thanks" jawab Hakyeon. Dia kembali menyemak failnya. S/u Lee meminta izin keluar dan terus menuju ke arah pintu. Sejurus S/u Lee keluar, Hakyeon mencampakkan pennya dan bersandar.

"Kenapa hari ni?whyyy?" dia menghentakkan kakinya beberapa kali. Tak ubah seperti kanak2 tak dapat gula2. Dia memonyokkan mukanya. Tak dapat tengok Hana sehari sangat terseksa baginya.

"Hana, ill miss you"

Sementara itu di Seoul National University,

Hana tersedak tiba2. Dadanya diurut. 'aih, siapalah pula sebut nama aku ni' desis hatinya.

"Kau kenapa?ok tak?" tanya Nana di sebelahnya.

"Aku ok je tetiba tersedak. Entah kenapa agaknya tiba2 pula" jawabnya.

"Adalah orang sebut tu kan? Kan?" ujar Hani pula cuba mengusik Hana. Nana hanya senyum lalu mengangguk.

"Siapa pula nak sebut nama aku ni. Siapalah aku kan" balas Hana. Malas mahu melayan karenah rakanya itu.
"Adalah orang tu... Tut tuttt..." ujar Hani.

"Isy, malaslah nak layan korang. Ni kumpulkan kita punya kertas kuiz ni. Hantar kat Hakyeon. Dia yang kumpulkan kan?" tanya Hana sambil menghulurkan kertas kepada Hani. Namun hulurannya tak disambut. Hani dan Nana memandang mukanya dengan pandangan sayu.

"Korang dah kenapa? Hantarlah ni" ujar Hana. 'Pelik betullah kawan2 aku ni'

"Hana, aku tahulah kau rindu dia. Tapi janganlah sebut nama dia kat kelas ni. Dia takde kat sini Hana." ujar Hani perlahan sambil menepuk2 belakang Hana. Nana dah mula ketawa. Baru Hana perasan yang dia sebut nama Hakyeon tadi. Dia tersenyum sendiri.

"Diamlah" marah Hana. Kemudian dia juga turut ketawa bersama rakannya. 'Haih, macam mana boleh salah sebut ni'. Tak lama kemudian fon Hana berbunyi. Dia segera melihat fonnya. 'Wah, Hakyeon chat la'. Getus hatinya.

[Hai]
[Haiii]
[Busy ke? Dalam kelas?]
[Tak, baru habis. Nak keluar makan]
[Yeke, lapar pula tetiba awak cakap nak gi makan]
[Haha, jomlah lunch sekali]
[Tak boleh, saya ada meeting kat jepun kejap lagi]
[Lah yeke. Bila balik?]
[Tak pergi lagi da tanya bila balik. Rindu ea?. Haha]
[Takdelah, just asking ok]
[Esok petang. Malam esok awak free tak]
[Free,nak belanja makan ea]
[Haah, nak ajak dinner. Lama da tak keluar dengan awak.]
[Yeay. Nanti hati2 tau kat sana. Yang penting bawa balik buah tangan]
[Ok, everything for u. Haha. Got to go. Bye]
[Bye, have a save trip]

Hana menyimpan semula fonnya ke dalam handbang. Dia mula fokus kepada hidangan diatas meja. Sudunya dicapai. Baru dia ingun membuat suapan pertama. Tiba2

"ehem2"

"Eh, korang. Asal tak makan lagi?". Tanya Hana. Pelik melihat kawannya buat muka tak puas hati kepadanya.

"Kita orang ni punyalah baik hati tunggu kau bahagia2 balas chat dulu dari tadi, kau selamba ayam je nak makan dulu kan" protes Hani. Hana tersengih.

"Ala sorry la. Bukan lama pun kan" balas Hana sambil buat muka minta simpati.

"Kalau nak tahu lama ke tidak, cuba rasa makanan tu. Dah sejuk siap beku lagi dah." balas Nana pula.

"Ala, takde la sampai beku. Sejuk je ni. Oklah. Aku belanjalah hari ni.ok?" balas Hana. Hanya tu saja yang terlintas di fikirannya sekarang.

"Ha, tu yang aku nak dengar sebenarnya." balas Hani sambil ketawa. Hana menjeling. Hani saja membuat muka selamba.

Keesokkan harinya..

Disebuah restoran mewah di bandar Seoul. Kelihatan Hakyeon sedang menunggu seseorang. Dia mengerling kearah jam tangannya. 'Urm, lambatnya Hana sampai. Kenapa agaknya ye'. Dia bermonolog dalam hati. Tangannya diseluk kedalam kotnya. Iphone kepunyaannya dikeluarkan. Pantas no. Hana di dail.

"Yeobseo, awak kat mana dah?" Hakyeon memulakan panggilan.

"Saya otw dah ni. Jam lah. Ada accident kat depan tu. Sorry" balas Hana. Dia juga rimas dengan keadaan sesak begitu.

"Tulah. Tadi saya nak ambil kat rumah tak nak. Sombong tadi. Kan dah sekat kat jam." balas Hakyeon.

"Bukanlah. Tadi saya tak siap lagi. Takkan nak suruh awak tunggu lama. Lagipun saya bawak kereta saya lagi senang." Hana memberi alasan.

"Oklah, awak tengah drive tu. Hati2. Bye"

"Bye" Hana mematikan panggilan. Matanya kembali fokus kepada barisan kereta dihadapannya. Mula bergerak kedepan sedikit demi sedikit. Dia segera menekan minyak.

Di Restoran K

Hana segera memasuki pintu utama restoran. Dia berlari2 anak. Takut Hakyeon tunggu lama. Tiba2 dia terlanggar seseorang. Dia jatuh.

"aduhh, aigoo. Mianhae. Saya nak cepat tadi. Mian." ucap Hana sambil bangun. Tangannya ingin mencapai handbangnya yang tergolek dilantai namun satu lagi tangan yang lebih dulu mengambil handbagnya itu.

"Ni handbag awak. Saya pon nak mintak maaf sebab terlanggar awak" ucap pemilik tangan tersebut. Hana menyambut handbagnya lalu mengangkat muka.

"Hana, Jung Hana!" ujar lelaki itu. Hana memalingkan mukanya.

"Maaf, salah orang. Terima kasih. Saya pergi dulu" ujar Hana lalu meninggalkan lelaki tersebut terpingga2.

'Jung Hana. Aku pasti itu Jung Hana. Aku kenal sangat muka kau. Kenal sangat' . Lelaki itu bermonolog dalam hati dan meninggalkan tempat tersebut.

BERSAMBUNG~~

Annyeong... hai readers, thanks sebab sudi bace ff saye yg x seberapa ni.. kamsahamnidda *bow 90˚*.. sbenarnye nak buat part suwiitt sawitt kat part ni, tapi.. kite xpandai la nak wat scene suwwiitt2 ni.. so, gitu jela hasilnye..oklah, taknak bebel pnjang cume nk ckp thanks again sbb bce n sudi2 lah vote ye.. bye uollss!! Saranghae!! Annyeong!! *main lari2 gn mino*

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now