Part 3

117 15 0
                                    

"Selamat datang cik. Boleh saya ambil pesanan?" tanya pekerja kafe itu. Ramah.

"Saya nak ice blended latte, tambah krim atas nak lebih ye" pesan Hana.

"Saya nak sama! Macam dia." tiba2 muncul satu suara dari kaunter sebelah. Hana dapat merasakan bahawa 'orang' tersebut sedang memandangnya sambil menunding jari kearahnya. Perlahan dia memusingkan kepala kearah pemilik suara tersebut.

"Eh awak" tegur Hana. Dia tersenyum. Tangannya dilambaikan.

"Hai jiran." balas Hakyeon. Dia membalas dengan melambai2kan tangannya kearah Hana. Mereka segera membuat pembayaran dan duduk di satu meja yang sama.

"By the way, nama saya Hana. Jung Hana. Bukan 'jiran'."perli Hana sambil memperkenalkan dirinya. Hakyeon hanya tersenyum diperkatakan begitu.

"Sorry, nama saya Hakyeon. Kita tak sempat berkenalan hari tu kan" balas Hakyeon

"Awak buat apa kat sini? Sorang je ke? Ke ade tunggu sesiapa?" tanya Hana bertubi2.

"Amboi, tamaknya soalan. Macam polis." gurau Hakyeon. Hana tersenyum malu. 'Isy kenapalah aku excited gila bila jumpe dia ni. Ha kan da malu' detik hati Hana. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang terlebih excited.

"Sebenarnya saya kerja kat sini. Hari tu yang kita jumpa tu saya balik rumah mak saya sebab mereka baru pindah rumah kat sana." terang Hakyeon kepada Hana. Hana mengangguk faham.

"Dan.. Saya sorang je. Takde tunggu sesiapa. Awak pula buat apa kat seoul ni?" tanya Hakyeon pula.

"Saya belajar kat sini. Dah semester 5. Semester depan last dah." balas Hana.

"Belajar kat mana? Jurusan?" tanya Hakyeon yang berminat ingin tahu.

"Seoul University. Accounting" jawab Hana. Hakyeon mengangguk. Kemudian kedua2 mereka diam untuk beberapa saat sambil menikmati minuman yang mereka pesan.

"Okey saya balik dululah. Nak masak untuk lunch" ujar Hana bagi menghilangkan rasa janggal antara mereka. Dia mengalas beg tangannya dan berkira2 untuk bangun.

"Kejap, boleh kita exchange phone number tak? Kita kan jiran" Hakyeon memberanikan dirinya untuk bertanya walaupun alasannya tak relevan. Hana tahu itu bukan sebabnya, tapi dia gembira sebab Hakyeon minta no. fonnya. Dia segera mengangguk.

Sejak pertemuan di kafe tersebut, Hakyeon dan Hana sering berhubung. Mereka juga sering keluar bersama apabila ada waktu terluang. Hubungan mereka semakin rapat dan mereka saling mempunyai perasaan terhadap masing2.

Di Taman Tema..

Hakyeon dan Hana jalan beriringan. Mereka kelihatan letih setelah mencuba pelbagai permainan di situ. Kini, misi mereka pula ialah mencuci mata dengan pelbagai booth yang terdapat disitu.

Seutas rantai leher dengan loket huruf H di hiasi dengan permata mencuri pandangan Hana. Langkahnya dihayun ke booth tersebut.

"Cantiknya. Permata dia colorful lah.. Sukalah macam ni." Hana excited membelek2 rantai tersebut. Betul2 buat dia tertarik.

"Amboi, berkelip2 betul permatanya tu. Ni kalau awak berdiri 3 batu jauh saya nampak dah.. Haha" Hakyeon ketawa. Saja hendak mengusik Hana.

"Takpelah. Nanti bila saya hilang tak jumpa. Senanglah awak nak cari saya, kan.." ayatnya terhenti. Dia terdiam malu. 'kenapa pula dia nak kena cari aku, aku bukan girlfriend dia pun', desis hati Hana.

"Betul juga tu. Kalau awak hilang. Menangislah saya kalau tak jumpa awak." balas Hakyeon. Walaupun dia malu untuk mengaku begitu, tapi asalkan ayat tu mampu hilangkan malu Hana tadi. Dia tak kisah.

Hana tersenyum. Segera rantai itu disuakan kepada penjual tersebut sambil membuat isyarat '2' dengan jarinya.

"Nah, untuk awak" Hana menghulurkan kotak rantai itu kepada Hakyeon.

"Untuk saya ke?" Hakyeon menyambut kotak itu.

"Haah, saja beli sekali. Sebab nama awak kan H juga." ujar Hana.

"Thanks, Hana. Saya akan jaga elok2. Nanti kalau saya hilang, senanglah awak cari kan.?". Balas Hakyeon memandang mata Hana. Mereka ketawa.

Selepas makan malam..

"Haih, kawan kita ni kan, sejak keluar dengan Prince Charming dia tu asyik senyum je memanjang. Orang tengah bahagia lah katakan" ujar Hani kepada Nana. Nana mengangguk.

"Betul tu, hati tengah berbunga-bunga, yang pahit jadi sedap, yang busuk jadi wangi, yang buruk jadi cantik, kan?" tambah Nana pula. Mereka berdua ketawa. Seronok tengok reaksi kawannya malu2.

"Cukup2lah tu wei, geli geliman lah dengar. Bahagialah juga. Tapi takde lah sampai pahit jadi sedap semua tu. Merepek jelah." Balas Hani yang cuba mempertahankan dirinya. Sebenarnya betullah apa yang dikatakan rakanya itu, Cuma dia yang malas hendak mengaku.

"Takdelah. Dah lama tak tengok muka bahagia kau ni. Last masa kita sekolah menengah dulu" ujar Hani selamba. Nana memandang Hani dengan muka marah. Hana cuma tersenyum pahit.

"Cerita pasal perasaan kan, kau dah luahkan perasaan kau ke Hana?" Tanya Nana yang mengubah topik.

"Belum lagi, Malulah kalau aku luah perasaan kat dia then dia langsung takde perasaan kat aku." Balas Hana. Dia tak mahu dikata terhengeh2 mencintai seseorang yang tak mencintainya.

"So, bila kau nak luah kan. Aku rasa dia suka kat kau lah.tengok cara dia pun aku tahu yang dia suka kat kau juga." Tambah Hani seseolah dia ialah seorang pakar cinta.

"Macamana kau tahu pula. Kalau dia tolak cinta aku macamana. Sadis wei. Aku tak sanggup" balas Hana dengan muka sedih

"Aku pun rasa dia suka kat kaulah Hana. Luah jelakan. Zaman sekarang ni dah tak fikir dah perempuan ke lelaki yang luah perasaan dulu. Kalau lambat melepas lah. Kalau dia tolak cinta kau nanti tu belakang cerita, kumbang bukan seekor" jelas Nana panjang lebar.

Hana mengangguk. Dalam hatinya terdetik, 'memang bukan seekor, tapi aku nak yang itu tak nak yang lain'. Namun kata2 itu hanya disimpan didalam hati.

Tiba dia termenung, teringat mimpinya sejak dua menjak ni. Dia termimpikan seseorang, seseorang yang dia ingin lenyapkan dari ingatannya. Kerana 'dia', Hana takut untuk mencintai seseorang hinggalah dia nampak Hakyeon.

'Dah lama aku tak ingat pasal dia, kenapa dia harus masuk dalam ingatan aku balik ni. Dia tak layak ada dalam ingatan aku.dan tak sepatutnya pernah ada' hati kecil Hana berkata2. Air matanya akan jatuh bila2 masa sahaja. Dia segera bangun.

"Aku masuk bilik dulu" ujar Hana pantas menuju ke bilik. Hani dan Nana berpandangan. Kehairanan.

Bersambung...

Haa.. siapakah 'dia' yang Hana ingat tu ye? Apakah kisah sedih yang dikenangkan oleh Hana? Haa.. kenalah tgu part seterusnya.. bru taw.. Ok, mcm biase sy nk mohon maap klo ade typo atau pape kesalahan pd ff sy ni. Sebarg cdgn sila komen. Dan tlg vote ye. Luv u olls. Xoxo.

LoveHate - VixxApink FF (malay)Where stories live. Discover now