Bukan semua orang dapat beli peluang dengan wang
Kalau kau beruntung peluang tu datang tak diundang
Jangan pernah tolak rezeki yang datang
Siapa kita untuk lempar pandang
Sedangkan ada insan yang terpaksa bergelandang
Demi sesuap makan penghilang dahaga kasih sayangBiarlah aku memilih untuk terbang
Dengan minat yang aku anggap anugerah dari Yang Maha Penyayang
Jangan kau pertikai apa yang aku hadam, apa yang aku sayang
Kerana ini adalah aku
Seorang gadis cuba menjadi matang.
YOU ARE READING
Kolek-Si Aku
RandomAku; Kolek kecil yang menelusuri tenang air Terkadang bebas terayun, terkadang juga menanti terbalik Impian aku; Ingin meredah lautan yang berombak Sebelum akhirnya aku terdampar di pelabuhan Menghitung pergi mentari yang kesepian Koleksi sukasuki.