Asing

62 3 0
                                    

Pernah kau rasa terasing?
Rasa dimana kau keseorangan dalam keramaian. Rasa dianaktiri dalam keluarga sendiri. Rasa keseorangan saat kau berjalan berduaan. Rasa aneh dalam damai. Rasa yang luar biasa. Rasa terbiar (Ini semua contoh)


Ya aku sedang alaminya.
Aku terasing dari diri sendiri. Dan semua ini rasa yg sangat celaka.


Kenapa?


Kerana aku terlihat sendiri sisi hodoh aku. Aku nampak betapa tidak sempurnanya aku (jika dibanding dengan orang lain). Aku nampak ketidakpandaian aku dalam mengemudi diri sendiri. Aku jugak akan nampak keadaan aku yang serba serbi teruk untuk masa akan datang.


Kenapa?


Kerana aku tidak berusaha untuk capai apa yang aku nak dan membiarkan orang sekeliling aku bertepuk tangan tanda kekalahan serta membiarkan musuh dalam selimut mentertawakan kebodohan aku.


Jadi, untuk tidak membiarkan diri anda terasing, makanya UBAH! Tunjuk pada semua, mulut kau juga boleh tersenyum dalam ribuan mulut puaka.

Kolek-Si AkuWhere stories live. Discover now