Pandang Pada Aku

32 2 0
                                    


Pernah terfikirkah engkau untuk bertanyakan aku
Perihal kamus hidupku
Yang;
Muka suratnya berjela
Ayatnya tiada noktah atau koma
Tulisannya tak terbaca mata
Isinya tak tercapai minda

Pernahkah?

Yang engkau tahu
Menilai aku ini dan itu
Yang engkau nampak
Hanya bayang yang mengekori aku
Dan kau mencipta segala macam cerita hanya melalui ekor mata
Saat hati kau telah hitam membusuk dipenuhi dendam menggila
Kerana apa?
Kerana bayang aku yang kau nampak itu cuma sekadar bayang hitam
Kosong, tiada rasa
Dan kau tidak langsung merasakan wujudnya satu jasad ini yang penuh cerita
Hakikat nyata
Jasad aku ini yang masih meliar hidup
Terkabur dek mata kau yang penuh lumpur

Kau tak pernah pandang pada aku
Dan tidak akan pernah itu berlaku.

Kolek-Si AkuWhere stories live. Discover now