Tua Masih Belum

24 3 0
                                    


Tidaklah semua yang berusia itu terlihat sayu menghitung nafas berlalu
Ada yang masih lagi tegak menongkat langit
Juga ada lagi yang menampung bebanan beribu
Getir payahnya tidaklah dipampang ditayang
Sendirinya disimpan dalam poket usang
Lapar dahaganya tidaklah dicanang digoncang
Sendirinya ditelan dengan tekak senang

Masih lagi tenang

Merungutnya apa daging dan sendi meluput dimamah masa
Syukurnya apa masih dikurnia nyawa menyujud setia
Dan sekeliling yang berlaku dihadapnya sebegitu
Tidaklah berkira-kira mahu ditelan sepayahnya atau dibiar berlalu
Cukup saja dinikmati atas kurnia dari Yang Satu

Kolek-Si AkuWhere stories live. Discover now