Encik Khir tinggalkan Hidayati dengan 1001 persoalan. Setiap isu yang dia ungkapkan tiada yang salah. Semua kenyataan yang Hidayati harus hadapi. Hidayati sendiri tak menafikan hakikat bahawa Harith memang begitu.
Benar kata Encik Khir. Hidup Harith terlalu bebas. Lebih bebas dari sang burung. Sekurang-kurangnya, burung tahu batasan diri. Setinggi mana dia boleh terbang. Burung juga tahu bila malam menyinsing, harus balik ke sarang. Harith bukan hanya burung yang terbang bebas tapi juga kelawar yang mencari makan hingga ke pagi. Beza makanan kelawar untuk tenaga dan dia makanan nafsu.
"Fikirlah sedalamnya. Pilihlah pasangan hidup kerana agamanya kalau kau mahu bahagia hingga akhir hayat. Sehingga ke syurga. Abah percaya dia boleh berubah tapi seperti perokok tegar susah mahu meninggalkan rokoknya walaupun sudah difatwakan ianya haram. Dia perlu ada proses yang membantunya melupakan rokok. Harith dalam situasi yang sama cuma berbeza. Dia sudah tersasar jauh. Rokok diharamkan baru-baru ini tapi zina sudah diharamkan sejak dulu lagi. Kak Long, dia bukan perokok tegar tapi penzina. Nikmatnya melebihi rokok. Kak Long fikirkanlah. Kalau mahu abah terima dia, buktikan dia boleh jaga Kak Long dengan baik dan setia hanya pada Kak Long" Luah Encik Khir disaat Hidayati menanyakan tentang lamaran Harith. Ini bukan kali pertama lamaran Harith terpaksa ditolaknya demi abah. Masuk ini sudah kali ketujuh lamaran itu ditolak dengan alasan belum sedia.
Entah kenapa hati Hidayati tetap suka dan percaya pada Harith. Sedangkan dia tahu cara hidup jejaka itu. Jejaka itu bukan keluar dengan perempuan bertukar ganti tetapi dia punya perempuan yang dibelainya setiap malam. Senang kata perempuan simpanannya. Dia tidak tidur dengan sebarangan perempuan. Pilihannya? Perempuan yang masih dara yang hanya dia seorang boleh sentuh sehingga dia jumpa anak dara yang sanggup menjadi teman ranjangnya dan membuang yang lama dengan jaminan hidup mewah.
Harith si pemuda yang sudah tidak punya keluarga. Dia anak tunggal kepada seorang hartawan terkenal di Malaysia. Ibu bapanya sudah meninggal dunia sejak dia berumur 12 tahun. Jangan ditanya kenapa. Hidayati sendiri tak sanggup untuk bertanya dan dia keberatan untuk bercerita. Harta yang diwariskan oleh bapanya tidak akan habis walaupun cara hidupnya begitu.
Namun disebalik perlakuannya yang begitu, Harith seorang lelaki budiman. Untuk Hidayati, dia belum pernah melihat Harith berkelakuan kurang sopan terhadap sesiapa pum terutamanya seorang wanita. Sikapnya yang menghormati orang sekeliling membuatkan hati Hidayati tertambat. Harith tak pernah tahu yang Hidayati menaruh hati padanya kerana Hidayati selalu mengatakan bahawa dia sayangi Harith sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Selain itu, sifat romantis Harith yang sangat pandai membelai jiwaku membuatkan dia dipanar asmara. Seakan ada tarikan kimia antara mereka yang membuatkan Hidayati selalu terbelai dengan layanannya. Oleh itu, Hidayati selalu mengelak dari berduaan dengannya kerana takut andai dirinya tidak kuat menahan buaian perasaan cinta.
Hidayati selalu melayannya sama seperti melayani kawan-kawannya yang lain. Sebab itu bila kali pertama Harith melamarnya, dia kaku seketika. Hakikatnya, dia sangat gembira dengan lamarannya itu tapi dia menolak kerana menganggapnya hanya bergurau. Dalam keadaan gurau itu, sempat dia berkata,
"Aku punya keluarga. Jumpalah keluarga aku"
Ternyata, gurauannya itu disalah ertikan oleh Harith bila seminggu kemudian dia datang kerumah berjumpa dengan Encik Khir meminta kebenaran untuk mengahwininya.
Mulanya Encik Khir sangat setuju kerana caranya itu yang dianggap sopan, mengikut sepatutnya cara seorang lelaki yang menginginkan seorang perempuan. Namun Encik Khir tetap meminta tempoh untuk diberi jawapan. Setelah sebulan berkenalan, Encik Khir mula menyoal siasatnya. Dan dengan jujur dia menjawab setiap soalan abah. Disitulah abahnya mengetahui tentang kehidupan Harith yang jauh tersasar dari landasan Islam yang sebenar.
Hidayati tak pernah beritahu Harith kenapa lamarannya ditolak oleh Encik Khir kerana dia tak nak Harith berubah kerananya. Biarlah ikhlas dari hati Harith sendiri. Bukannya Hidayati tidak tahu yang Harith sedar akan kekhilafannya itu, namun dia seperti tidak cuba untuk berubah. Itu yang paling Hidayati kesalkan.
Kekesalan itu tidak pernah diluahkan padanya. Hidayati tak mahu Harith anggap dia ambil kisah tentangnya dan tak nak dia tahu perasaan aku padanya.
"Abah faham perasaan Kak Long pada dia walaupun Kak Long tak cakap. Tapi Kak Long kena tahu, mimilih pasangan hidup bukan hanya bergantung pada apa yang kita rasa tapi jaminan untuk masa hadapan. Memang kita tak boleh jangka masa depan tapi sekurangnya, kita boleh rancang untuk masa depan yang baik. Kahwin ni bukan boleh suka kahwin, tak suka cerai. Dalam perkahwinan ada banyak benda kena jaga, ada banyak benda yang perlu kita kisahkan. Fikirlah baik-baik. Kalau Kak Long kata dia, suruh dia datang meminang. Kalau tidak, cakap dengan dia betul-betul. Jangan buat dia tunggu Kak Long." Pesan Encik Khir.
"Kak Long faham abah." Jawab Hidayati.
YOU ARE READING
Sembang Jiwa
RomanceHIDAYATI Bagaimana aku boleh terima dia? hatiku, kenapa dia yang engkau pilih? Dia bukan playboy. Kalau playboy, tahu juga hendak jinakkan dia. Dia mengupah perempuan untuk jadi teman tidurnya. Harith, aku tak mahu kau berubah kerana aku. tapi aku...