BAB 7

362 18 0
                                    

                  

Perasaan Hidayati tidak tenteram. Sudah lebih seminggu tiada perkhabaran dari Harith. Selalunya harith akan menghubunginya sehari berkali-kali. Sekurang-kurangnya sehari tiga kali. Namun, kini sudah seminggu dia diam. Tiada panggilan telefon atau pesanan darinya.

"Aqil" nama itu terlintas di benaknya. Untuk menelefon terus Harith, dia rasa segan. Selalu bila Harith telefon, pasti dia akan buat acuh tak acuh. Kadang-kadang dia sengaja cari alasan untuk cepat menamatkan perbualan. Tiba-tiba dia mahu hubungi Harith. Tidakkah nampak janggal?

Dia cuba menelefon Aqil tetapi tidak dapat. Taliannya sibuk. Beberapa kali dia menelefon tetap juga gagal menembusi talian Aqil. Dia meletakkan talefonnya di atas meja. Dia bersandar di kerusinya. Cuba untuk menghadirkan rasa tenang. Cuba bernafas dengan baik. Setelah seketika. Telefonnya berbunyi. Nama Aqil tertera. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan Aqil.

"Assalamualaikum. Busy ke?" Hidayati terus saja bertanya tanpa menunggu salamnya dijawab.

"Waalaikumsalam. Busy hal peribadi orang. Kenapa call? Macam urgent je. Berkali-kali" Tanya Aqil semula tentang tujuan Hidayati.

"Nak tanya pun segan. Tapi kau tau pasal Harith? Dah seminggu tak dengar khabar berita" Jelas Hidayati tentang tujuan asalnya. Rasa malu dibuang ke tepi demi menjaga sebuah hubungan persahabatan.

"Bukan kau suka ke dia tak kacau kau?" Tanya Aqil terus menembak.

Dia baru bercakap dengan Harith tadi. Sahabatnya itu bertanyakan tentang Hidayati. Katanya sudah seminggu lebih tidak menghubungi Hidayati kerana hatinya tersentap bila Adam kata Hidayati tidak suka dia mengganggu. Alih-alih kini, Hidayati menelefonnya dan bertanyakan tentang Harith.

Geram pula hatinya. Dia faham apa yang Harith rasa. Kenapa perlu bercerita tentang rasa rimas itu pada Adam? Kenapa mesti menjatuhkan air muka Harith pada Adam? Seolah-olah Harith adalah pengganggu hidupnya sedangkan Harith cuma mengambil berat tentangnya. Harith cuma ingin melepaskan rasa rindu padanya. Harith ingin mencuba untuk membuat Hidayati juga mencintainya. Salahkah?

"Kenapa kau cakap macam tu?" Hidayati mula pelik.

Setahunya dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun tentang itu kerana dia suka Harith menelefonnya walaupun selalu dikatakan pada Harith bahawa Harith hanya mengacau kerjanya. Namun, Harith tak pernah kisah. Harith tak pernah marah. Harith buat tidak endah. Kenapa kini Harith terasa hati kerana itu?

"Kalau kau tak suka dia ganggu kau. Bagitahu dia secara tegas. Bukan main-main. Tak perlu juga untuk kau beritahu Adam tentang apa yang kau rasa tu. Harith pun ada air muka yang perlu dijaga. Aku tak sangka kau boleh buat dia macam tu. Dah macam bukan kau. Aku macam tak percaya itu kau" Kata Aqil melepaskan rasa geramnya.

Tercengang Hidayati seketika. Dia tak pernah beritahu apa-apa pada Adam. Tidak juga tentang lamaran Harith apatah lagi tentang perasaannya pada Harith. Adam. Apa yang dia dah buat?

"Tadi aku baru lepas bersembang dengan Harith. Dia tanyakan keadaan kau. Dia rindukan kau" Jujur Aqil memberitahu Hidayati tentang perbualannya dengan Harith.

"Aqil, kau rasa aku macam tu ke? Kau percaya aku nak buat macam tu?" Tiba-tiba Hidayati berkata setelah seketika mendiamkan diri.

"Aku tak tahu nak percaya siapa. Kau yang aku kenal takkan buat macam tu tapi siapa takkan percaya kalau Adam, kawan baik kau yang sangat rapat dengan kau, bagitahu macam tu" Aqil berterus terang tentang apa yang difikirkan.

"Kau percaya aku. Aku takkan pernah mahu buat perkara macam tu. Kalau aku suka keadaan sekarang, aku takkan hubungi kau bertanyakan tentang dia" Hidayati mengajak Aqil berfikir secara logik.

Sembang JiwaWhere stories live. Discover now