BAB 6

411 13 0
                                    

Selesai sudah majlis perkahwinan Syahira dan Munir. Lega Hidayati rasa bila akhirnya Syahira bersetuju menerima pinangan Munir yang ditangguhkan kerana tak mahu langkah bendul walaupun sudah berkali-kali dia katakan dia tak kisah.

Mungkin sudah termaktub jodoh mereka hari ini. Maka hari ini janji yang diikat selama dua tahun termaterai dengan sekali lafaz qabul dari Munir. Lega rasanya. Nampak juga wajah lega abah bila akadnya diterima dengan mudah oleh Munir.

"Penatnya" Kata Adam yang baru datang dari tempat membasuh pinggan.

Sesungguhnya abah masih mahu mengamalkan dengan acara lama. Nasib baik kami berjaya memujuk abah untuk tidak menggunakan kaedah menghidang pada setiap meja. Siapalah yang nak tolong nanti walaupun ramai jiran tapi dengan jemputan melebihi seribu orang, pengsan semua orang. Akhirnya abah setuju dengan kaedah buffet tapi mengupah tukang masak untuk memasak dirumah sebagai syarat supaya ada majlis rewang. Katanya untuk mengeratkan hubungan kejiranan.

"Yelah penat. Dari tadi aku tengok kau sembang je dengan budak-budak tu" kataku sambil memuncungkan bibir kearah teman-teman sepermainanku yang lain.

"Dah tu, kau nak aku jadi kera sumbang macam tu ke? Dari tadi asyik ambil gambar je" kata Adam sambil memandang Harith yang sedang mengambil gambar kanak-kanak dengan pelbagai cara.

Hidayati senyum melihat gelagat Harith itu. Budak-budak pun jadi. Dia perasan Harith dengan kameranya dari pagi tadi, sebelum majlis akad nikah sehingga majlis sudah selesai, dia masih mengambil gambar.

"Dia tak sumbang pun. Kau tengok. Tadi dengan budak-budak sekarang dengan orang rewang pula. Aku tengok makcik-makcik suka dengan dia" Hidayati mempertahankan Harith.

"Kau kalau dia serba serbi betul. Aku semua buruk" Adam sudah merajuk.

"Aku menyatakan kenyataan" Pertahan Hidayati.

"Kenyataan bahawa hati kau sudah menjadi miliknya?" Adam cuba menguji Hidayati.

"Sayang, Abah panggil" Kata Harith yang tiba-tiba muncul diantara mereka.

"Kau tak nampak ke aku sedang berbincang dengan Yati. Kau tak boleh tunggu sekejap ke?" Marah Adam dan bangun dari duduknya.

"Sorry, aku tak sengaja" Harith mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana terkejut dengan sergahan Adam itu. Bukan dia tak nampak Adam yang sedang bersembang dengan Hidayati tapi fikirnya mereka sembang biasa saja. Macam selalu.

"Adam" Marah Hidayati pada Adam.

Pertama kerana Adam memarahi Harith. Padanya tiada sebab Adam ingin marah Harith begitu. Yang kedua kerana Adam buat Harith kelihatan seperti orang bodoh kerana meminta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan.

"Yati, Abah panggil tu. Ada hal mustahak katanya. Awak pergi dulu" Suara Harith lembut menyuruh Hidayati pergi. Hidayati melangkah pergi dengan isyarat mata pada Adam supaya mengawal tingkah lakunya. Adam hanya diam. Dia kembali duduk.

"Adam, aku minta maaflah. Aku tak sengaja. Ingatkan kau orang tengah sembang biasa saja. Tak tahu korang tengah berbincang something serius sampai kau boleh marah macam ni" Kata Harith lembut. Sekali lagi kata maaf diluahkan.

"Kau apa yang kau tahu? Kau tahu menyemak saja. Yang kau tahu hanya buat orang rasa rimas. Kau tahu tak Yati tu rimas dengan kau. Sejak kau hadir dalam hidup dia, dia sentiasa rasa rimas dan meluat tengok kau" Kata Adam tanpa peduli tentang fakta. Rasa cemburu menguasai mindanya saat ini. Dia sedang memancing perasaan Hidayati pada Harith. Dia ingin mencungkil rasa hati gadis itu tetapi bila Harith muncul pada dia sedang ingin menguji itu buatkan rasa marahnya membuak. Rasa cemburunya meninggi.

Sembang JiwaWhere stories live. Discover now