Harith sendiri tak tahu sama ada ini kerja gila atau dia yang tak sedar diri. Majlis malam ini temanya 'Couple Party' tapi dia datang ke Kuala Lumpur seorang dengan harapan boleh ajak Hidayati jadi pasangannya.
Memang gila dan tak sedar diri. Untung kalau Hidayati nak ikut. Buatnya Hidayati tak nak. Padan muka aku. Alah, sekadar cuba nasib. Kalau dah tak ada, aku pergi saja seorang. Tak jadi masalah pun. Takkan dia orang nak halau aku hanya sebab aku datang seorang. Kalau susah sangat aku ajak si Alice'
Alice, budak dari Timur Malaysia. Sangat menarik nafsunya. Harith terjumpa Alice yang sedang berteduh di lorong belakang rumah Aqil. Dalam keadaan basah kuyup dan sedang kesejukan. Waktu itu Harith sedang membasuh cawan yang digunakan sewaktu dia berkunjung ke rumah Aqil.
Terus saja waktu itu Harith memberitahu Aqil dan Aqil menyuruhnya membawa Alice masuk. Atas dasar perikemanusiaan. Aqil memberinya pakaian isterinya dan suruh dia menyalin pakaian yang sudah basah.
"Bro, jangan kau nak buat gila bagi budak tu tidur kat rumah aku. Kau tahu wife aku macan manakan? Tak pasal aku perang besar. Baik kau bawa balik. Lagi cepat lagi baik"
Harith faham isteri Aqil, semua orang tahu tahap cemburunya. Sejak di universiti lagi. Ingatkan lepas kahwin berubah tapi sama saja. Itu yang buat Aqil makin ligat diluar. Dia rimas disoal siasat setiap waktu. Namun, dia bertahan kerana rasa sayang pada keluarganya terutama pada kedua-dua orang anaknya.
Selesai saja Alice tukar pakaian dan Aqil berikannya plastik untuk mengisi pakaian basah, Harith terus mengajaknya balik. Buntu ingin bawanya kemana. Tidak mungkin ke rumahnya. Rumah itu dibelinya untuk dia hidup bersama Hidayati andai ada jodoh mereka. Dia tak mahu rumah itu didiami oleh orang lain walaupun untuk seketika.
'Letak saja di hotel bajet yang elok tempatnya. Sementara. Nanti pandai dialah nak uruskan dirinya'
Setelah sebulat suara antara semua kata hatinya, dia menuju ke sebuah hotel yang dia biasa diduduki Hidayati yang padanya sangat penjimat. Dia selalu bergaduh dengan Hidayati kerana sifat berjimat cermat Hidayati itu. Sehingga dia ingin memberikan sesuatu padanya juga ditolak kerana katanya membazir.
Sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba bunyi petir berdentum dengan kuatnya. Alice menjerit dan memeluk Harith dengan erat sekali sehingga mengganggu kawalan stering keretanya. Harith pandu kereta ke bahu jalan.
"Kenapa? Lepaskan tangan kau ni. Aku tak boleh drive kalau macam ni" kata Harith sambil cuba merenggangkan pelukan itu. Masalahnya dia bukan peluk tangan. Leher.
"Aku takut" jawab Alice sambil terus mengeratkan pelukannya. Terasa getar tubuh Alice yang tentu saja sudah meransang syahwat Harith.
"Alah, petir je. Lagipun kita dalam kereta. Nak takut apa? Kalau kau macam ni aku tak boleh bawa kereta. Bahaya duduk tepi jalan macam ni" kata Harith cuma rasional dan tidak melayan nafsunya.
'Kalau ikutkan nafsu, sekarang ni juga aku 'tibai' perempuan ni. Maklumlah, aku lelaki sangat bernafsu bila melibatkan perempuan'
Alice melepaskan tangannya lambat-lambat. Sebaik tangan Alice sudah kembali ke posisinya dan Alice sudah kelihatan sedikit tenang, Harith meneruskan pemanduanya.
Sebaik sampai di hotel tersebut, Harith terus check in untuk 3 hari. Harith tolong mengangkat beg pakaian Alice untuk dibawa ke biliknya. Sebenarnya dia ingin melihat bilik yang menjadi tempat menginap Hidayati.
Tempoh hari sewaktu dia diberi tanggungjawab untuk mengambil dan menghantar Hidayati pulang, Hidayati menginap di hotel tempat seminar berlangsung. Entah mimpi apa tiba-tiba check in hotel mahal. Yang paling mahal di JB pula tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sembang Jiwa
RomantizmHIDAYATI Bagaimana aku boleh terima dia? hatiku, kenapa dia yang engkau pilih? Dia bukan playboy. Kalau playboy, tahu juga hendak jinakkan dia. Dia mengupah perempuan untuk jadi teman tidurnya. Harith, aku tak mahu kau berubah kerana aku. tapi aku...
