BAB 4

613 19 7
                                    

"Kau nak juga pergi kerja? Dengan kaki macam tu? Nak jalan pun payah, macam mana nak bawa kereta?" Mak dah bising semasa mak masuk ke bilik untuk melihat keadaan anaknya itu. Asalnya mahu melihat keadaan si anak berubah menjadi perasaan geram bila dilihat Hidayati sudah bersiap dengan berpakaian formal untuk ke tempat kerja. Bukan kerana Hidayati sudah buat salah tetapi kerana risaukan anaknya itu.

"Semalam siapa hantar Harith?" Hidayati mengalih topik perbualan. Kalau ikutkan, dia memang tak larat nak pergi kerja. Kakinya sakit dan dia penat seminar selama empat hari, dari pagi hingga ke lewat petang. Namun, esok dia ada mesyuarat dengan pemilik syarikat dia bekerja. Harus untuknya membuat persiapan sebelum mesyuarat diadakan. Andai ditanya sebarang soalan dia sudah ada jawapannya.

"Kau nak pergi kerja juga" Tanya mak tidak berkesan dengan topic yang sengaja diubah oleh Hidayati itu. Hidayati angguk saja. Malas nak terangkan apa-apa.

Mak kemudian berlalu. Marah barangkali kerana Hidayati tidak mahu dengar kata-katanya. Hidayati terhinjut-hinjut jalan ke luar. Dia sudah menyuruh Adha, adik lelaki tunggalnya, memanaskan enjin kereta. Entah betul atau tak petua penjagaan kereta itu yang pasti dia sudah dibiasakan buat begitu oleh abah. Hidayati berjalan terhinjut-hinjut ke meja makan untuk menikmati sarapan yang telah disediakan emaknya.

"Tak sampai lagi Harith?" Tanya abah pada mak. Hidayati mengerutkan mukanya bila mendengar pertanyaan abah itu. Dia tak balik ke?

"Kejap lagi sampailah tu" Jawab mak.

"Bukan dia dah balik ke?" Tanya Hidayati.

"Asaalamualaikum" Satu suara memberi salam.

"Waalaikummusalam" Jawab semua yang berada di meja makan serentak. Hidayati melihat Harith masuk sambil memeluk bahu Adha. Mereka tersenyum mesra.

Adha memang agak rapat dengan Harith kalau nak dibandingkan dengan Adam. Kata Adha, Adam tu poyo. Entahlah. Pada Hidayati, Harith yang terlalu gulakan keluarga aku. Dengan semua pun dia rapat. Abah pun dia rapat, emak apatah lagi. Adik-adik perempuannya yang lain pun dia rapat juga tapi tidak serapat dia dengan Adha. Adha terlalu manja dengan Harith. Kadang-kadang risau juga andai suatu hari nanti Harith pergi dari keluarga ini, pasti Adha akan sangat merasa kehilangan itu.

"Tak balik lagi? Tak kerja ke?" Tanya Hidayati sebaik saja Harith tiba di meja makan.

"Saya ambil cuti. Penat nak balik" Jawab Harith dan duduk disebelah Hidayati tanpa dijemput. Jangan pelik melihat Harith seperti tidak ada adab. Sesungguhnya dia dah terlalu biasa dengan rumah keluarga Hidayati sejak 2-3 tahun ni.

"Kalau dah penat, pergilah rehat. Datang sini buat apa?" Kata Hidayati selamba. Mak menjengilkan matanya tanda kurang senang dengan kata-kata Hidayati itu.

"Abah suruh datang. Abah minta Harith teman kamu hari ni. Abah tahu kamu mesti nak masuk pejabat punya hari ni" Balas abah.

Hidayati diam saja dengan kata-kata abah itu. Hendak atau tidak terpaksa juga menyusahkan Harith hari ni. Silap-silap esok pun sama. Hidayati memandang Harith. Harith hanya mengangguk seakan faham apa yang ingin ditanyakan oleh Hidayati. Bolehkah?

Selesai makan, Hidayati meminta diri untuk pergi dan dia cuba untuk berjalan. Di saat itu, sekali lagi Hidayati dicempung oleh Harith. Hidayati meronta minta diturunkan. Malunya dia masa tu walaupun yang lain buat tidak tahu saja. Paling Hidayati pelik bila abah juga buat tak kisah bila melihat anak gadisnya diperlakukan sebegitu rupa.

Usai meletakkan Hidayati ditempat duduk disebelah pemandu, Harith menyalami bapa Hidayati. Tidak pula dihulur salam pada mak Hidayati bagi menghormati ibunya yang bukan mahramnya. Lagipun, pertama kali datang ke rumah ini, huluran salamnya tidak disambut. Maka tahulah bahawa ibu Hidayati menjaga batasan.

Sembang JiwaWhere stories live. Discover now