Sejuk

96 8 0
                                    

Aina tidak tahu ke mana dia dibawa oleh makhluk berbadan sasa yang meletakkannya dalam guni itu. Yang dia tahu mereka seolah memanjat dinding yang tinggi sebelum turun ke tempat yang bercuram kerana perjalanan mereka terasa tidak lancar dan berkali-kali Aina rasa terhuyung-hayang lebih-lebih lagi bila badannya terdukung di bahu penculiknya.

"Turunkan saya, tolonglah, pening kepala saya ni awak bawa saya pusing-pusing."

Diam.

"Kawan saya tengah tunggu saya tau. Nanti dia cari saya, macam mana?"

Diam.

Bersuara tidak. Marah tidak. Mendengus tidak. Mengeluh pun tidak.

Aina mula terbayang-bayang samada dia ditangkap oleh Sang Kelembai yang akan menyumpahnya jadi batu tanpa bersuara apa-apa.

Sampai di satu kawasan tiba-tiba pembawanya berhenti.

"Diam. Ini sejuk. Jangan bergerak kalau nak hidup." Suara itu garau.

Aina diam. Badannya tiba-tiba merasa satu kesejukan yang aneh menyelinap ke seluruh pelusuk tubuh seolah dicelup ke dalam kolam ais, Aina menahan diri dari bersuara. 

Kesejukan yang melampau itu berlangsung selama beberapa saat.

                                                                                                       

Gadis BintangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang