Batu Caves

196 12 2
                                        

"Awak, saya lapar." Ayat menyusahkan aku, fikir Neon sambil memerhati Aina yang terjelepok di tanah. Mereka baru sahaja mendarat ke puncak batu kapur di Batu Caves.

Neon memerhati ke bawah. Lampu-lampu dari rumah kedai berserakan. Sedikit kejelekan terbit di hatinya. Lampu-lampu artifisial yang muncul sejajar kemajuan tidak akan mampu menandingi lampu-lampu yang bergantungan di cakerawala.

Mungkin bukan jelek sebenarnya yang aku rasa tapi lebih kepada kebosanan, fikir Neon. Di sana-sini cahaya. Di angkasa lepas, di bumi. Kadang-kadang, gelap lebih memahami.Tiba-tiba Neon rasa keletihan jiwanya begitu berat sekali. Dia mengeluh dan terduduk.

"La, kenapa duduk pulak? Tak dengar ke saya kata. Laparlah. Hero kenalah cari makanan!" Perempuan suka bercakap ni suka pula bercakap sesuka hati.

"Awak ni kurang pengetahuan am. Saya yang jarang singgah sini pun tau."

"Pasal apa? Tentang sekarang kedai semua dah tutup? Eh ada yang bukak. Seven Eleven bukak awak!". Seven Eleven ialah kedai serbaneka penyelamat sedunia, Aina yakin.

"Bukan. Sekarang nak cari makanan tak perlu tunggu hero. Perempuan kan sehebat lelaki, itu yang kaum awak banyak perjuangkan...kesamarataan?"

"Tapi..."

"Ni Bumi, planet awak, pergilah cari sendiri. Saya tak lapar. Saya makan seminggu sekali. Nanti datang sini balik."

Dan dengan itu Neon berbaring, meletakkan tangan di sisi, melunjurkan kakinya lalu menutup mata.

"Serius?" Aina tidak percaya Neon adalah makhluk sebegitu.

Neon masih tidak bergerak dan kelihatan sedang tidur.

Menyirap darah Aina. Betul kata Ayah,lelaki sekarang memang banyak tak boleh harap. Harap muka je hensem tapi pemalas.

Persepsi naif Aina kepada Neon berubah drastik. Fantasi Cinderellanya melarut dalam kelam malam.

Agaknya inilah rasa suri rumah bila suaminya tak nak tolong buang sampah!, geram betul Aina.

Neon memerhati Aina dengan separuh mata tanpa Aina sedari. Gadis itu sedang berdiri dengan muka jeruk sambil memerhati ke rumah-rumah kedai di bawah.

Tidak berapa lama kemudian Aina mengepakkan dirinya dan terbang.

Neon senyum kerana berjaya mengenakanAina. Dia sebenarnya perlu masa untuk memeriksa sendiri kawasan yang sudah separuh abad tidak dikunjungi. Sebaik Aina menghilang dia berdiri dan memerhati sekeliling. Kawasan ini tidak banyak berubah kecuali di bahagian bawah. Patung Dewa Murugan emas gergasi di kaki tangga dan bahagian kuil ibadat lain memberi penanda ini kawasan ibadat kaum India.

Hatinya berdebar-debar untuk bertemuJinggat Terzano, makhluk paling digeruni Neon. Kalau bukan sebab dia tak boleh melanggar pantang Tok Nenek memang tak akan dia jejakkan lagi kakinya ke situ.

Jinggat Terzano adalah penghulu diTeras Bima dan Neon telah mencuri sesuatu miliknya.


***


Aina serba salah untuk terus ke Seven Eleven walaupun sudah berjaya mengenal pasti sebuah kedai serbanika24 jam itu. Terlebih dahulu dia mendarat di atas bumbung rumah kedai yang terdekat.

Okay. Kalau aku pakai kepak, mesti orang dalam kedai tu pelik. Silap-silap nanti aku kena rekod jadi viral di media sosial pulak.

Tapi, kalau aku bukak kepak nak tinggal mana? Nanti orang curi macam mana nak naik atas balik?

Gadis BintangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang