Gua

168 13 8
                                    

Buat beberapa saat Aina merasakan seperti mereka sedang berjalan melalui kolam tetapi anehnya tidak basah walaupun badan Aina terlalu sejuk hingga menggigil.

Namun perasaan itu hanya beberapa saat sahaja dan Aina kemudiannya diturunkan dari bahu penculiknya.

"Siapa ni?" Aina mendengar suara seorang lelaki.

"Jumpa di luar sektor Bima. Berkepak. Seorang."

"Keluarkan dia."

Sarung guni dibuka. Aina terkejut. Keadaan sangat gelap. Hanya ada satu lilin di atas sebuah meja batu di depannya.

Aina mengelip-ngelipkan mata cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dia sedar dia kini dalam sebuah gua.

Perlahan-lahan penglihatannya mencerah. Seorang lelaki berjubah putih dengan berambut lurus keputihan hingga ke pinggul duduk mengadap dirinya. Wajahnya bersih tanpa misai atau janggut. Matanya ditutup dengan kain putih nipis yang dibalut sekeliling kepala. Bentuk matanya kelihatan samar-samar di balik kain nipis itu.

Di kiri Aina seorang lelaki berbadan sasa berpakaian hitam seperti pemain silat dengan mata yang terbuka bediri tegap tanpa berpaling kepada Aina.

Di sekeliling bilik itu tiada pintu. Aina keliru memikirkan bagaimana dia boleh berada di situ.

"Okay, saya kat mana ni? Kenapa tangkap saya? Saya tak kacau orang. Saya cuma nak pergi bintang. Kepak pun saya dah ada. Apa salah saya?" Aina memberatkan soalannya dengan perasaan tidak puas hati.

"Duduk."

Aina tidak bergerak namun lelaki sasa di sebelahnya menekan bahunya sehingga dia terduduk di satu bangku batu di depan lelaki berbaju putih. Lelaki itu kemudiannya mendekati lelaki berbaju putih dan berbisik-bisik ke telinganya. Lelaki berbaju putih mengganguk-angguk.

Lelaki berbaju putih tiba-tiba diam dan hanya merenung lilin di depan mereka. Seolah-olah sedang bertafakur. Beberapa minit berlalu tanpa suara di antara mereka.

"Nama saya Kazhan. Kami orang Kahfiz. Ini kawasan kami."

"Maafkan saya Encik Kazhan. Nama saya Aina. Saya tak sengaja kalau saya dah langgar kawasan Encik Kazhan. Saya janji tak buat dah. Tadi saya tak buang sampah pun tau, saya dah tanam sampah saya. Takkan singgah sekejap pun satu kesalahan?"

"Mana pemilik kepak awak?"

"Dia ...manalah saya tahu. Saya tengah nak cari dialah tadi. Saya rasa dia berjalan dalam tidur.  Baru saya nak cari kawan encik ni culik saya pulak!"

"Neon Hambra."

"Eh encik kenal Neon jugak ke? Glamer gak dia ya. Orang imigresen angkasa lepas pun macam member lama je dengan dia."

"Dia sekarang dengan Jinggat Terzano, selesaikan masalah lama mereka. Kalau dia ada dengan awak tadi saya dah bawa dua-dua ke sini."

"Jing...jinggat. Ya... nama tu dia ada sebut. Dia takut sangat. Kenapa tah."

"Itu masalah dia. Ia akan ambil sedikit masa. Awak kena berehat. Di luar sana tidak selamat. Awak gadis naif berkepak yang tidak tahu apa awak sedang lakukan."

"Encik Kafan...eh maksud saya Kazhan ni dah kenapa? Kejap cakap saya kena berehat, macam ambil berat. Kejap tuduh saya gadis tak tahu apa saya buat, macam kutuk pulak. Tak paham lah saya. Saya ingat haters dalam sosial media sahaja yang selalu bagi statement konpius macam tu."

"Shhh. Awak kena banyak berehat. Perjalanan awak panjang. Lofan, bawa dia jumpa Dunian, suruh Dunian beri pakaian yang lebih sesuai."

"Baik."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis BintangWhere stories live. Discover now