Teras Bima

98 9 2
                                        

Setelah meluncur seketika dalam terowong gelongsor bertutup itu akhirnya Neon tiba di penghujung.

GEDEBUSHHHH! 

Terowong gelongsor itu sebenarnya satu daripada 10 lorong yang berakhir di pintu berbeza. Macam permainan puzzle lingkaran yang cuba mengawal bola besi ke arah pengakhiran yang betul.

Gelongsoran Neon tamat bila dia jatuh berdiri dalam satu tiub lutsinar. BLIB! Satu cahaya ungu dipancarkan ke dalam keseluruhan tiub. Mata Neon berpinar. Tidak lama kemudian pintu tiub itu dibuka. Neon melangkah ke keluar. Dia kini di Teras Bima yang kelihatan seperti sebuah kaunter lapangan terbang yang besar. Manusia pernah buat filem mirip kawasan ini bertajuk Men In Black, Neon teringat. Bezanya Teras Bima mengekalkan ciri-ciri purba di mana dinding gua masih berwarna merah keperangan dan di sana sini pelbagai ukiran dari zaman purba bumi masih jelas di tiang-tiang utama. Pelbagai makhluk berkeliaran dalam kawasan yang seluas empat padang bola ini.  Semuanya datang dari angkasa lepas atau dari dimensi yang berbeza. Di sini mereka akan didaftarkan sebelum diberi penempatan. Kebanyakan mereka adalah pelarian dari planet atau kawasan masing-masing.

"Kaunter 7, 6 kaki, ultra-primat, lelaki, nama...?"

"Neon."

"Nama penuh."

"Neon jelah Jep. Berlagak kau sekarang." 

Neon sinis menjawab petugas kaunter, cyclops bermata satu yang memakai cermin mata Rayban Wayfarer berbingkai kuning terang. Tidak seperti kebanyakan cyclops yang badan katik gagah, Jep tinggi lampai dengan anggota kaki dan tangan yang panjang bagai big foot. Dia memakai baju T kumpulan Ramones, versi presidential seal dengan sebelah telinga bersumbat earphone. Rambutnya pendek warna maroon, berceracak.

"Protokol bro. Gua tengah kerja sekarang."

"Neon Hambra Eridanus."

"Senjata?"

"Takda."

"Jangan main-main, nanti pengawal Jinggat selongkar kau."

"Memang takda. Aku tinggalkan kat Hemisatna dengan Argas. Tengok, kepak aku pun tak ada takkan kau tak perasan?"

"Kepak kau tu pakai buang, kau ingat aku tak tau. Ok, senjata takda. Barang lain?"

"Takde yang penting. Amboi ketat betul sekarang kat sini."

"Apa nak buat bro, sekarang tak macam dulu. Macam-macam hal."

 "Itulah aku heran, apasal ketat sangat. Nak keluar pun kena nama ada dalam Daftar Angkasa? Sejak bila pulak."

Jep pandang ke kiri dan kanan takut perbualan mereka didengari.

"Gordak masuk campur hal Timur Tengah. Orang Kahfiz mengamuk, Jinggat kena warning."

"Orang Kahfiz mengamuk? Mereka mana suka campur hal orang."

"Sepatutnya. Mereka terima alamat. Silap Jinggat percaya sangat Gordak. Gordak bawak barua manusia dia tahun lepas. Senjata hilang."

"Gila. Kenapa Jinggat tak tangkap Gordak"

"Sebab..."

JEPIDAKO!!!

Kedua Neon dah Jep memandang ke arah suara. Makhluk yang meneriakkan nama Jep berpakaian seragam askar dari material kulit warna hitam berlengkapkan senapang teknologi maju di sebelah kiri dan kanan seluar. Helmet khas dengan cermin gelap membuatkan wajahnya tidak kelihatan. Tapi bentuk tubuhnya sedikit seperti siamang besar.

"Yap. Ada hal apa, Tero?"

"Tero...apa khabar?" Neon cuba beramah mesra.

"Jepidako, buat kerja. Neon. Ikut aku. Jinggat dah lama tunggu."

Lemah badan Neon dengar nama Jinggat. "Temankan aku Jep." 

"Aku kerjalah."

"Ala Jep, kita kan kawan lama..." Neon cuba memujuk. Tak sanggup rasanya nak mengadap Jinggat seorang diri.

"Masalah kau, bukan aku. Masa kau buat, ada kau pikir kawan-kawan? Tak kan? Bye." Jep kembali ke kaunter sebab ada kehadiran makhluk lain dalam tiub saringan kaunternya.

Neon telan air liur.

Gadis BintangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang