SWEET SWEET VAMPIRE Part 3

8.8K 421 23
                                    

Wajah keliru Lidya dipandang oleh Danish. Rasa kasihan pada buah hatinya itu. Lidya tidak seharusnya terlibat dalam pergaduhannya dengan Zafri.

"Sayang jangan takut." Pujuk Danish. "Ini urusan saya dengan dia. Sayang jangan masuk campur, okey!" Danish tahu yang Lidya pasti terkejut dengan apa yang terjadi.

Danish tinggalkan Lidya di situ dan menghadapi Darguis. Siap kau! Kacau aku date dengan Lidya ya. Mati kau! Marah Danish dalam hati.

Danish mengeluarkan pisau kecil miliknya sejak dia berusia 9 tahun lagi. Arwah ayahnya berikan padanya. Ia amat tajam dan boleh memotong apa sahaja.

"Ini untuk kau sebab dah menyerang buah hati aku." Danish menghayunkan pisaunya ke arah Darguis dan tangan Darguis terpotong. Segala-galanya berlaku sangat pantas.

Darguis selamba sahaja. Tiada tanda yang dia rasa sakit. Beberapa saat kemudian, tangan baru tumbuh semula.

Danish tersenyum. Hebat juga lawan aku malam ni.

Zafri pula sedang duduk dan menjadi penonton setia. Dia ingin menyaksikan kematian Danish. Danish masih tidak tahu yang kuasa dan kekuatan Zafri sudah bertambah. Dia seorang yang berbeza kini.

Sempat Zafri memerhati perempuan yang dilindungi oleh Danish. Menarik!

Danish cuba menghampiri Darguis. Kuasa peniruannya hanya berlaku apabila dia bersentuhan dengan pihak musuh.

Darguis mengelak dan dia melepaskan lagi power Dark. Nasib baik Danish sempat mengelak.

Lidya pula kerana terlalu takut, dia cuba bergerak ke tempat lain. Dia melalui belakang Danish tetapi rebah di situ. Kakinya benar-benar sakit. Danish perasan pergerakan Lidya pada masa yang sama Darguis melepaskan lagi power Dark.

Jika aku mengelak, pasti Lidya yang kena. Tanpa berfikir panjang Danish berpaling dan berlari ke arah Lidya lantas memeluk tubuh kekasihnya itu. Dia mahu melindungi Lidya.

Danish terkena Power Dark. Baju bahagian belakangnya koyak. Lidya tergamam. Lelaki ni lindungi aku? Lidya tidak menyangka ini yang berlaku.

"Sayang tak apa-apa?" soal Danish. Dia meleraikan pelukannya. Ingin sekali hatinya melihat wajah Lidya tersenyum.

Lidya hanya mampu merenung Danish sahaja. Dia tidak pasti mahu menjawab apa sedangkan banyak darah mengalir dari mulut Danish.

"Sayang jawablah. Sekurang-kurangnya hati saya lebih tenang." Pujuk Danish.

"Saya okey..." akhirnya Lidya jawab.

Danish tersenyum. Dia menggunakan kuasa penyembuhnya. Tetapi mengambil masa. Darguis tidak berdiam diri, dia terus menyerang Danish.

"Blades wind!" tiba-tiba tubuh Darguis keluar pisau yang banyak.

Danish perlu mengelak serangan ini. dengan tenaga yang masih ada. Dia mencempung tubuh Lidya lagi ke tempat selamat.

"Boleh tak saya minta tolong?" Tenaga dia tidak mungkin akan sembuh dalam masa yang cepat. Dia perlukan sesuatu yang lebih berkuasa.

"Tolong apa?" Lidya keliru. Dia merenung mata Danish yang kelihatan makin merah pula. Dia menelan liur.

"Tolong beri darah sayang sikit. Setitik dah mampu buat kuasa saya kembali." Kata Danish penuh yakin. itulah kelebihan yang diberikan. Hanya setitik sahaja sudah mampu buat dia berkuasa kembali. Cuma yang menjadi masalah, mampukah dia mengawal nafsu dahagakan darah jika sudah menghisapnya.

Lidya tergamam.

Hanya itu jalan penyelamat dan memulihkan kembali kuasa Danish. Tanpa menunggu jawapan dari Lidya, Danish terus mengeluarkan pisau dan lukakan sedikit jari Lidya.

SWEET SWEET VAMPIREWhere stories live. Discover now