Hai...lama gila tak update.. mesti semua menantikan sambungan suspens hahhaha sabar ye...cik penulis agak sibuk.. nak berfantasi sweet sweet vampire pun tak sempat tapi kita cuba la. Cukuplah kita membebel... jom baca sambungannya...
Lidya dan Danish terkejut. Lima makhluk misteri muncul.
Elissa senyum kemenangan. Rancanganya berjalan seperti yang telah dirancang bersama tuannya.
Lima makhluk misteri tersebut mengepung Lidya. Danish dapat rasakan debaran hatinya kencang. Dia takut Lidya di apa-apakan atau cedera. Dia cuba bergerak pantas tapi apabila dia menghampiran mereka tubuhnya tercampak.
Lima makhluk misteri tersebut telah memasang gelombang pelindung menyebabkan dia tidak dapat menghampiri mereka.
Salah seorang makhluk tersebut di beri nama Kish telah mengambil senjata ditangan Lidya.
Seorang lagi bernama Kash membaca jampi membuatkan tubuh Lidya terkaku. Dia tidak dapat bergerak.
Seorang lagi Kosh masih membaca jampi dari tadi kerana dialah yang membuat gelombang pelindung itu.
Kush pula, memeluk Lidya daripada belakang dan membisikkan sesuatu. Mimik muka Lidya yang marah dipandangan mata Danish lalu Lidya terus pengsan.
Danish yang terlalu risaukan Lidya, tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Dia memukul gelombang pelindung itu bertalu-talu tetapi...
Danish terpaku. Kini, gelombang pelindung itu beralih arah kepadanya. Secara automatic kuasanya bagaikan terkunci dan tubuhnya kaku tidak dapat bergerak. Tanpa Danish sedari, seorang lagi makhluk bernama Kesh mempunyai kuasa menghapuskan kuasa dalam tempoh 5 minit.
Dalam tempoh tersebut, Kish telah merampas senjata Danish dan memukul belakang lalu pengsan. Gelombang pelindung itu pun menghilangkan diri bersama Danish.
Tinggallah Lidya yang sudah terbaring bersama Elissa.
Elissa tersenyum kerana rancangannya Berjaya. Rancangan untuk mengurung Danish jauh daripada Lidya. Mereka tidak boleh terus bersama lagi. Anak yang bakal Lidya lahir pun akan dirampas suatu hari nanti.
"Rehat secukup. Hari itu akan tiba..." Elissa membelai wajah Lidya lalu menghilang.
Kay muncul bersama kucingnya, Mikon. Mikon dapat menghidu bau Lidya kerana sudah jadi kebiasaanya bersama Lidya.
"Lidya!" Terkejut Kay melihat keadaan Lidya. Dia segera membawa Lidya pulang. Carl, Gon, Zack dan Khalees menjadi risau melihat keadaan Lidya. Mereka berempat mahu pulang ke tempat mereka tetapi terhenti sebab melihat keadaan Lidya.
"Apa dah jadi ni, Kay?" Soal Carl.
Damia juga muncul. Dia tidak dapat mengesan bau abangnya lagi. Bagaikan menghilang sekelip mata. Damia ingin menangis. Perkara seperti ini tidak pernah terjadi.
"Sayang..." Khalees melihat raup wajah Lidya yang lemah itu.
"Saya tidak pasti apa yang berlaku tapi ia sesuatu yang buruk!" Jelas Kay.
"Saya tak dapat kesan bau abang saya dah?" Damia bersuara. Air matanya ingin menitis. Gon menghampiri Damia lalu memeluk untuk menenangkan gadis itu.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" Khalees buntu.
"Zack, cuba kau gunakan kuasa kau untuk melihat masa lalu Lidya." Arah Carl. Memang hanya Zack yang mampu melihat masa lalu Lidya. Itulah sebab kami berempat menyayangi Lidya. Hati gadis ini tulus dan bernasib malang.
"Baiklah Carl!" Zack memegang kepala Lidya dan keluar sesuatu warna hijau dari tangan Zack. Berkerut dahi Zack.
"Danish diculik!" Zack pun tidak faham apa yang berlaku. Dia hanya mampu melihat tetapi tidak mampu mendengar apa-apa daripada apa yang dilihat.
"Apa?!" Damia terus pengsan.
"Danish yang jenis berhati-hati dan hebat pun diculik. Musuh kali ini bukan calang-calang..." Kay berkata. "Kita tunggu Lidya bangun dulu."
****
Danish tersedar. Dia melihat sekeliling. Dia berada di dalam penjara yang cahaya samar-samar. Tubuhnya bagaikan hilang seribu tenaga. Dia tidak bermaya. Ingatannya terus pada Lidya. Terus tubuhnya terkejut dan berdiri tetapi seketika. Dia rebah kembali. Tubuhnya benar-benar lemah.
"Aku di mana?" perlahan suara Danish.
"Kau di penjara khas untuk kau!" ada suara yang cukup dia kenal kedengaran...
Bersambung...
YOU ARE READING
SWEET SWEET VAMPIRE
FantasiPesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pad...