SWEET SWEET VAMPIRE 7

5.7K 248 21
                                    

"Lidya, mana kau pergi?" Rintih Danish. Dia tidak berjaya menjejaki kekasih hatinya itu. Dia terus melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain.

Terimbas kembali apa yang dilihatnya. Lidya hilang sekelip mata dengan kabus putih sekelilingnya. Dia yakin,itu orang upahan Zafril. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Tapi muncul depan aku, tak berani langsung.Hish!

Teruk Ken dibelasah olehnya. Bukan dia tidak kasihan pada Mikon tapi tuan dia, over sangat. Memang patut makan penumbuk aku.

Danish berjalan pula. Dia memandang sekelilingnya. Tiba-tiba, hatinya berlebar lain macam. Dia terus berpaling ke belakang.

Satu makhluk merenung tajam ke arahnya.

"Siapa kau?" Danish tidak mempedulikan renungan tajam itu. Apa yang paling dia risau adalah Lidya.

"Aku?" Makhluk itu menghilang bersama kabus putih bersertakan dengan ketawa yang kuat.

Kini, Danish yakin. Kehilangan Lidya ada kaitan dengan makhluk tersebut. Dia kena cari seseorang yang dapat mengesan makhluk tersebut. Ya! Shah!!

***

Lidya terasa tubuhnya sakit sangat. Perlahan kelopak matanya di buka. Sungguh dia terkejut melihat sekelilingnya.

Dia berada di sebuah tempat yang sangat tinggi. Tangan diikat. Tubuhnya tergantung. Kakinya tidak memijak lantai. Hanya asap putih yang kelihatan di bawahnya. Dia tidak pasti apa yang ada disebalik asap putih tersebut.

Tubuhnya makin lengguh kerana diikat kuat dengan tali. Dia cuba leraikan ikatan itu tetapi tidak berjaya.

"Terlalu ketat!" Lidya mengeluh. Tiba-tiba dia menangkap satu bunyi. Bunyi pintu yang dibuka dari luar. Pantas dia memejamkan mata. Pura-pura pengsan.

"Bagus tindakan kau!" Zafril tersenyum. Dia yakin perempuan di hadapannya ada sesuatu yang berharga. Dia tahu yang Danish dalam kegelisahan mencari manusia ini.

"Terima kasih, tuan!" Dhoom berkata. Dia makhluk yang boleh menyerupai manusia. Wajahnya yang sekarang, sangat kacak dan bergaya. Berseri-seri walaupun dia satu makhluk yang pernah hidup dua ratus tahun.

"Aku ada satu rancangan..." Zafril memetik jarinya. Sekelip mata pakaian Lidya berubah menjadi gaun merah yang cantik. Dia memetik untuk kali ke dua. Pakaian Dhoom pula berubah.

"Aku nak kau gunakan kuasa kau untuk menarik perhatian Danish. Selepas itu..." Mereka terus berbincang sambil berjalan ke arah pintu keluar.

"Baiklah, tuan!"

"Batal rancangan tu. Kau buat macam ni..." Zafril tersenyum jahat. Dia tahu yang Lidya sudah sedarkan diri. Rancangan pertama itu sengaja dia berkata dengan kuat supaya Lidya mendengarnya. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang.

Tup...

Pintu tersebut tertutup. Terus Lidya membuka matanya. Apa yang perlu aku lakukan? Rancangan mereka memang tidak munasabah. Apa yang aku kena buat dengan keadaan terikat macam ni. Siapa nak tolong aku?

P/s : Apa rancangan Zafril yang tak munasabah sangat tu? Teruk sangat ke? Nantikan sambungannya pada masa akan datang... Saya minta maaf lambat update.... SEMOGA TERHIBUR...

SWEET SWEET VAMPIREWhere stories live. Discover now