SWEET SWEET VAMPIRE 17

2.2K 73 21
                                    

Langkah laju dibuka oleh Danish. Demi menyelamatkan isterinya digoda oleh lelaki lain. oh sungguh! hatinya dipanah cemburu.

"Sayang, jom makan." Pantas Danish meraih tangan Lidya lalu menariknya mengikut jejak langkahnya.

"Apa pegang2 ni!" Marah Lidya dalam berbisik.

Khalees hanya memerhati pasangan yang baru berkahwin semalam. Mereka berdua memang nampak sepadan.

"Aku kena la pegang kau. Kau kan isteri aku?"

"Aku tak nak! Aku rela si Khalees yang pegang aku?" cabar Lidya dengan sengaja.

Cemburu Danish naik sampai kepala.

Lidya tersenyum dalam hati. Dia tahu vampire ni cepat cemburu. Padan la muka kau!

"Khalees, jom makan?" Lidya bersilang tangan dengan Khalees.

Khalees pula hanya melayan sahaja. Dia memang rapat dengan Lidya.

Khalees ni tak tahu ke yang Lidya ni bini aku. Selamba sahaja nak sentuh-sentuh bini orang macam tu. Depan aku pula. Aku tak boleh biarkan.

Danish mencelah mereka berdua ditengah-tengah dan memeluk pinggang Lidya.

Khalees tersenyum melihat tingkah laku mereka berdua.

"Lepaslah! Tak reti bahasa ke?" Lidya cuba melepaskan diri. Sedikit sebanyak sentuhan Danish membuatkan dirinya lemas dan gementar. Aku tak boleh perasaan ini menguasai diri.

Lidya tahu jika dia ada apa2 perasaan, itulah yang dia akan rasa. Kalau tiada dia takkan rasa apa2 mcm dia bersama Khalees. Bebas.

"Kau cakap korea kot baru aku faham.." Danish tersenyum puas. Seronok dapat melihat wajah kelat Lidya. Makin comel pula. geramnnya aku...

"Korea? Mengarut je. Vampire pun tahu korea ke?" Lidya pelik.

Danish tersengih. Sebenarnya dia main sebut je.

Kini, mereka bertiga sampai diruang makan. Makanan yang disediakan cukup membuka selera Lidya.

Selepas mengambil makanan, Lidya memilih duduk disebelah Khalees.

Jelingan maut Danish tidak dipedulikan Lidya. Dia tahu lelaki itu sedang berperang dengan perasaannya. Sosej di pinggannya digigit sikit demi sikit sambil melihat ke arah Danish.

Danish makin tak tenang duduk. Lidya bagaikan menggodanya. Dia takut dia tidak dapat mengawal dirinya.

TibaTiba tangan Lidya terluka akibat terkena pisau pemotong sosej tadi.

"Adui!" Lidya terkejut.

dalam sekelip mata, Danish berada dekat dengan Lodya dan memegang tangannya dengan mata yang berwarna merah. Darah yang hampir menitis itu, segera Danish masukkan dalam botol kecil.

 Darah yang hampir menitis itu, segera Danish masukkan dalam botol kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET SWEET VAMPIREWhere stories live. Discover now