SWEET SWEET VAMPIRE Part 4

7.3K 360 23
                                    

Ais krim nak pula minah ni. Tak apa la. Janji buah hati aku ni gembira. Danish tersenyum sendiri.

"Apa senyum-senyum hah?! Nak kena belasah!" marah Alya.

"Garangnya!" Danish berkata. Comel juga kalau Alya selalu marah-marah. Dia tersenyum lagi.

"Senyum lagi! Cepatlah bayar! Aku dah nak makan ni!" Ais krim di tangan dan kiri kanannya sudah hampir cair.

Danish membayarnya. Mereka berdua duduk di taman rekreasi. Alya hanya makan dan makan tanpa pedulikan Danish.

"Comotnya!" tegur Danish. Dia mengelap tepi bibir Alya dengan jarinya.

"Kurang ajar!" Alya marah dirinya di sentuh begitu. Dengan pantas dia memanggil pedang Alya keluar lalu menghunuskan pedang tersebut tepat di leher Danish.

DAnish hanya ketawa. Dia suka Alya bersikap seperti itu. Maknanya gadis ini pandai menjaga diri. Bagus! Bagus!

"Apa gelak-gelak ni? Kau memang nak mati ye?" makin membara hati Alya. Dahla ais krimnya terpaksa menjadi korban. Geramnya! Dia sempat menjeling ais krimnya yang masih belum habis lagi itu.

"Mati? Bakal suami sayang mana boleh mati." Makin lebar senyuman Danish. Dia menyentuh pelahan pipi comel milik Alya.

"Tak guna!" Alya ingin kelar leher Danish tetapi sekelip mata Danish berada di belakang Alya bersama pisau istimewanya.

"Jangan bergerak, kalau luka, sayang juga yang susah kena layan nafsu saya ni." amaran Danish kepada Alya.

"Nafsu?"

"Yup! Nafsu dahagakan darah..." bisik Danish dekat di telinga Alya.

Aku lupa yang lelaki ni vampire tetapi aku tetap nak lepas dari pisau ni. Alya cuba bergerak tetapi malangnya pisau tu terkena leher Alya membuatkan darahnya mengalir sedikit.

Danish mengeluh. Memang sukar untuk dia mengawal perasan inginkan darah. Dia menarik tubuh Alya dalam pelukannya dan membawa masuk ke dalam semak dan dia biarkan Alya bersandar pada pokok.

"Saya dah beri amaran, tapi sayang tak dengar apa yang saya kata. Jadi jangan salahkan saya kalau..." kata-kata Danish terhenti.

"Kalau apa?" ALya tidak menyangka yang Danish sekuat ini. Makin marah Alya rasakan.

"Kalau..." Danish tersenyum. Dia menjilat darah Alya yang mengalir sedikit itu.

Alya yang tidak suka di perlakukan begitu terus menendang perut Danish dan berlari masuk ke dalam hutan.

Danish hanya membiarkan Alya melarikan diri. Sekelip mata Alya hilang. Eh, pelik! Laju betul buah hati aku menghilang.

"Tolong!" jerit seorang perempuan. Danish mencari suara itu.

"Alya..." dia terkejut melihat Alya di situ. Kakinya tersekat di akar pokok yang besar. Jadi suasana di situ menjadi agak gelap kerana banyak pokok-pokok yang besar tumbuh.

"Tolong saya awak..." pinta Alya.

DAnish perasan akan perubahan Alya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

"Nail black!" bisik Alya apabila Danish rapat dengannya. Tubuh Danish terpelanting jauh dan dia terlekat di pokok.

"Paku?" Danish terkejut. Paku tersebut tidak boleh di tanggal oleh kuasa biasa sahaja. Habislah aku. Hari masih siang. Macam mana nak guna kuasa aku ni.

Tiba-tiba wajah Alya yang cantik berubah menjadi seorang budak.

"Wan Shan!" Danish mengenali budak itu. Dia adalah orang suruhan Zafri.


"Aku akan bunuh kau hari ni!" kata Wan Shan. "Nail black red!" banyak paku yang keluar dari badan Wan Shan. "Serang!"

Alamak! Danish berserah sahaja. Dia memejamkan mata. Tetapi dia rasa pelik kerana dia tidak rasa sakit pula. Lama dia rasa begitu. Rupa-rupanya Alya datang selamatkan dirinya.

"Alya!"

"Kau jangan nak salah faham. Aku datang sini bukan nak tolong kau tapi aku berminat nak berlawan dengan budak hantu ni!" Alya teruja melihat budak kecik berambut putih itu.

"Pedang Alya!" Alya menyeru pedang istimewanya. Dia terus berlari ke arah Wan Shan. Wan Shan pula terbang sambil ketawa.

"Kakak tak kan dapat kalahkan saya..." Wan Shan tersenyum. "Nail Black Red!" Banyak paku yang berkumpul dan menyerang ke arah Alya. Alya cuba mengelak.

"Ish, budak kecik ni main terbang-terbang pula. Macam mana nak serang ni!" geram Alya. Danish yang hanya memerhati dari jauh hanya ketawa kecil. Lucu sungguh wajah Alya saat ini. Dia menunggu Wan Shan di kalahkan. Automatik kuasa pakunya akan hilang.

Alya dapat idea. "Sword wing!" Alya mengerakkan pedangnya secara kasar ke arah Wan Shan. Ada kuasa berwarna merah dikeluarkan menuju ke arah Wan Shan. Ketika itu Wan Shan tidak bersedia lalu terkena serangan Alya.

"Kakak jahat! Kakak pun akan mati macam mak dan ayah saya!" Wan Shan mengamuk. Dia benci pada manusia yang melukai perasaannya termasuk mak dan ayahnya.

"Takutnya..." Alya sememangnya berani.

"Kakak akan mati!" mata Wan Shan menjadi hitam. Dia menyeru sesuatu dan benda yang diseru itu masuk ke dalam tubuh Wan Shan. Dia akan berubah menjadi raksasa.

Mereka berdua saling berlawan. Ada satu saat Alya tercuai lalu dia terkena tumbukkan raksasa Wan Shan. Banyak darah keluar dari mulut Alya.

Danish yang masuk dipaku tidak dapat menahan bau darah yang keluar dari tubuh Alya mula berubah menjadi ganas. Akibat terlalu teringinkan darah, sekelip mata kuasa paku itu tertanggal dari terus menyekatnya.

Danish berlari pantas ke arah Alya. Dia telah menyelamatkan Alya daripada dilenyek oleh Wan Shan. Lagi sekali leher Alya yang luka digigit oleh Danish. Lalu kuasanya mula aktif.

Dengan sekali tumbuk sahaja Wan Shan terus hilang menjadi debu-debu halus.

"Sayang tak apa-apa."

Alya masih terkejut dengan kuasa yang di miliki Danish. Dia jatuh cinta dengan kuasa itu. Kuasa yang kuat. Dia sukakan kuasa yang kuat. Akhirnya Alya tersenyum.

"Aku tak apa-apa." entah mengapa Alya tersenyum...


P/S : APA yang berlaku dengan hubungan alya dan danish...tunggu next episod...maaf tak sempat nak cari gambar la kali ni.....nak cepat...kejar masa sikit...semoga terhibur membacanya....


SWEET SWEET VAMPIREWhere stories live. Discover now