Bab 6

2.9K 59 0
                                    

Bab 6

"KAU tak masuk battle tu, Uncle Lim cakap." Hafizul memecah kesunyian setelah melepaskan penatnya seharian berlatih di gelanggang tinju. Rasa nak riuk tubuhnya akibat melakukan skil dan trick yang telah lama dia tinggalkan dulu. Sungguh, berlatih sangat memenatkan tambahan pula Uncle Lim tidak mahu dia berlatih dengan emosi yang tertekan dan marah kerana ia sangat memenatkan.

Bagaimana dia hendak lari dari emosi itu sedangkan dia sememangnya sedang tertekan? Ikmal tersenyum memandang Hafizul.

"Aku tak boleh nak masuk." balas Ikmal pendek.

"Asal pulak tak boleh?" soal Hafizul pelik. Biasanya, pantang ada battle, tentu sekali Ikmal menjadi orang pertama yang mendaftarkan diri. Sekarang, dia cuma menjadi pelatih kepada petinju-petinju Uncle Lim sahaja.

"Sebab aku ada masalah sikit." Kata-kata Ikmal itu mengundang tawa kecil Hafizul. Ikmal memang selalu libatkan dirinya dalam masalah. Sejak dari mereka masih remaja lagi. Jadi, memang tak pelik kalau Ikmal berkata begitu.

"Masalah apa pulak kali ni ha?" soal Hafizul sambil mencemik.

"Dulu waktu battle dekat Thailand, aku alami gegaran kat otak sebab banyak kali kena debik kat kepala. Doktor tak bagi aku libatkan diri dalam boxing lagi untuk keselamatan aku. Sekarang, as you can see, aku cuma boleh beri tunjuk ajar sajalah pada budak baru. Including kau, newbie." Kata Ikmal disertai dengan gurauan bagi menutup rasa pedihnya. Hafizul tersentak mendengar berita itu.

"Masalah tu kau kata sikit? Bongoklah kau! Asal aku tak tahu apa-apa pun? Jangan kata, yang kau senyap tiga empat bulan dulu sebab ni?" soal Hafizul bengang. Bukankah mereka bersahabat karib? Kenapa Ikmal tergamak merahsiakan perkara sebesar itu daripadanya? Ikmal hanya tergelak apabila dimarahi Hafizul. Bukannya apa sangat pun amarah Hafizul. Takkan kekal lama.

"Ya."

"Asal kau tipu aku? Kalau aku tau, mesti aku dah lawat kau." Hafizul agak terkilan.

"Chill, brother. Bukannya aku nak mati pun sampai kau perlu risau tahap ni. Aku yang tak ready nak beritahu sesiapa. Yang tahunya, mak ayah aku aje. Aku tak nak raih simpati sesiapa." Ikmal cuba berlagak tenang. Memang berita seperti itulah yang paling digeruni oleh semua petinju.

"Tapi aku bestfriend kau. Sampai hati kau." Hafizul mula beremosi. Dia rasa seperti seorang rakan yang teruk kerana tiada di saat Ikmal memerlukannya. Sedangkan Ikmal sentiasa di sisinya ketika dia bermasalah.

"Nak buat macam mana, Joi? Aku sendiri pun tak dapat nak terima dulu. Ini jalan yang aku pilih. Aku suka bertinju. Dapatlah 'habuannya'. Sebab itulah aku suruh kau fikir masak-masak untuk masuk semula dalam dunia boxing ni. Nak-nak, penyudahnya nanti, kau bakal berlawan dengan orang Mexico dengan orang Thailand. Diorang memang dah pro sangat dalam muay Thai dan sukan tinju ni. Takut nanti... jadi macam aku. Merana Aida dan anak kau." Katanya selamba bersama sengihan. Hafizul tertunduk. Aida?

Akan risaukah Aida kepadanya sekarang setelah apa yang berlaku antara mereka? Rasa-rasanya, selagi Aida tidak ingat, selagi itulah dia akan diabaikan begini. Aida langsung tidak merindui dia sedangkan dia separuh nyawa menahan rindu.

"Aku tahu tu, Mal. Anak aku dengan Aida tu segala-galanya buat aku." Kata Hafizul sebak. Sungguh, dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia begitu sayangkan Aida dan anaknya.

"Bloody glad to hear that." Kata Ikmal sambil mengangkat kedua bahunya.

Sungguh, dia begitu mengagumi kasih sayang Hafizul terhadap Aida. Sehingga sanggup mengakui segala yang berlaku itu merupakan salahnya seorang. Kadang kala, dia diburu rasa cemburu. Cemburu dengan sikap Hafizul yang terlalu penyayang dan rela berkorban demi yang tercinta.

Salah Siapa?Where stories live. Discover now